Masa terasa seolah betul betul nak pisahkan aku dan Rafiq. Esok merupakan tarikh penerbangan aku ke Jerman, terbit rasa pilu. Minggu ini Rafiq sangat sibuk dengan jadual surgery nya yang padat dan aku faham komitment kerjanya. Kehadiran keluarga aku di rumahku sedikit sebanyak membuatkan perasaan sayu aku tidak terasa sangat. Lagi lagi abang aku turut mengambil cuti beberapa harini untuk luangkan masa dengan aku.
Ya, aku mempunyai seorang abang, Safiq Damian. Tugasnya sebagai juruterbang membuatkan dia bebas mengembara. Tapi sayangnya, takde lagi gaya nak bagi ma dan pa menantu.
"Dik, jom teman abang" suara Safiq menerjah hawa telinga aku yang sedang termenung di taman rumahku.
"Pergi mana? Malasla bang" elakku, nanti ada jela tu nak ajak aku gi tempat yang memenatkan aku layan karenah dia.
"Ala, abang craving seafood la dik. Temanla, nanti kau dah takde dah nak teman abang" Ugh sudah, dia dah bagi ayat sedih.
"Ish, yela. Kau ni patutnya cari gf la bang. Takdela nak harapkan adik je" bebelku sebelum melangkah naik ke bilik untuk ganti baju.
💖
Angin malam ni agak sejuk berbanding selalu, terbit rasa rindu kat Rafiq. Sudah beberapa hari tak bersua malah call pun tak. Aku faham, selain komitment dia yang banyak. Rafiq ada sebab tersendiri.
"Adik order kan dulu. Abang nak gi toilet jap" seraya itu Safiq tinggalkan aku di meja.
Menu di atas meja aku tenung. Safiq ada cakap dah tadi dia nak makan apa masa dalam kereta. Tetiba teringin nak makan juga. Kerusi di hadapan aku ditarik oleh Safiq.
"Abang nak tambah apa apa tak? Tak order lagi ni" soalku sambil mata terpaku di menu tadi.
'Ketam steamed cam sedap lak' desis hatiku.
"Abang? Orang tanya ni" marahku sebelum memandang ke arahnya.
Terkejut sebentar dengan apa yang ada dihadapan aku.
"Rafiq? What you doing here?" soalku, terkejut saat melihat Rafiq sedang memandang aku dengan senyuman manisnya.
"Hi, sayang. I nak dinner ngan you la ni. Apsal? Takleh? " soalnya, masih dengan senyumannya. Sungguh, aku rindu dia.
"Eh, mestilah boleh. I dinner ngan abang I. Entah mana ntah dia" terangku sambil mencari kelibat Safiq.
"Abang Safiq tengah dinner ngan kawan dia kat meja depan. Dah, dah. Ni plan I. Abang you just tolong je" seolah faham dengan apa yang aku bingungkan.
"Plan apa pula? Orang tak faham" rungutku perlahan dan manja. Hehe.
"Plan I nak spend time ngan you la. Lagipun minggu ni I busy sangat. Ni pun nasib takde apa apa case. So, bolehla I dinner ngan you. Nanti dah tak boleh. You dah jauh dari I" tangan aku di atas meja dicapai lembut oleh Rafiq. Kura kura tanganku diusapnya lembut. Genggaman seolah taknak lepaskan aku.
"Ala, I faham tugas you. Sokay. Dah, nanti I balik sini kita boleh je jumpa" pujukku.
"Hm, dahla. Jom makan, you nak apa? I gi pesan terus kat sana. Lambat pula" soalnya sebelum bangun dari duduk.
"Nak steamed crab. Pastu you orderla apa apa lagi" balasku, ceria.
"Ok, tunggu jap" ujarnya sambil mengusap lembut anak rambutku sebelum beredar.
💖
Setelah pulang dari makan malam tadi, aku termenung sendirian di balkoni bilikku. Bintang dilangit bertebaran menemani bulan. Dalam menikmati pemandangan malam itu, aku turut melayan perasaan aku sendiri.
Terkenang tingkah laku Rafiq tadi, terbit rasa sayu. Hati aku berasa tidak sedap tetiba. Seolah akan ada sesuatu yang akan berlaku. Sebak turut mengetuk pintu rasa, perasaan takut kehilangan Rafiq menjalar segenap hati aku.
'Ya Allah, saya sayangkan hubungan ini. Semoga Allah lindungi hubungan ini dan kurniakan kami pengakhiran yang mengembirakan. Jagakan Rafiq Hakimi untuk saya, Ya Allah'
💖
Sukar untuk melelapkan mata, mengenangkan si dia akan terbang jauh dari aku esok. Akal aku makin buntu, memilih antara dua merupakan satu yang mustahil untuk aku lakukan. Sungguh aku kasihkan Sarah setulus hati. Andai ada yang cakap aku obses terhadap Sarah pun, terpulanglah. Memikirkan bakal berjauhan dengan Sarah buatkan hatiku sebak tambahan pula mengenangkan kenyataan yang bakal berlaku.
Mengenali Sarah sejak di bangku sekolah cukup menjadi alasan betapa aku serius ingin memiliki Sarah. Berjauhan sepanjang 5 tahun kerana memasing mengejar cita - cita juga tidak mengubah kasih ini. Aku yakin untuk terus menyayangi Sarah, tapi apa reaksi Sarah andai dia tahu kebenaran.
Lockscreen phone aku tatap, gambar aku dan Sarah ketika bersiar - siar di Cameron Highlands. Manis senyuman Sarah, membuatkan aku turut tersenyum setiap kali menatapnya. Mampukah dia masih tersenyum andai dia tahu apa yang bakal jadi.
Menyedari jam menunjukan angka 3.30 pagi, aku bingkas bangun untuk menunaikan solat sunat sewajarnya.
"Ya Allah, saya ikhlas sayangkan Sarah Dayana. Jadikanlah dia jodoh saya Ya Allah. Satukanlah kami meskipun kami berjauhan. Kuatkanlah jodoh kami andai ada badai yang menimpa. Berikanlah saya kekuatan untuk menjalani hari - hari yang bakal berlangsung ini Ya Allah. Amin"
💖
YOU ARE READING
Last Tears
PovídkyMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...