Aku dan Rafiq melangkah masuk ke dalam shopping mall itu. Tangan aku masih berada dalam genggaman Rafiq. Naik lenguh tangan aku. Haih.
"Rafiq" namanya aku seru lembut ketika kami masih berjalan di situ.
"Lepasla kejap, lenguh tangan I" sambil membuat wajah sedih. Tau sangat yang Rafiq ni boleh tahan degil juga.
"Hmm, okla gitu. Tukar tangan" balas Rafiq sebelum melepaskan genggaman pada tangan kanan aku. Kemudian, tangan kiri aku dicapainya.
"Eh! Mana boleh" protesku. Lecehla kalau jalan macam tu, aku nak jalan laju usha barang pun susah. Takkanla nak heret dia sekali kot.
"Takde takde, you nak gi mana mana pun cakap. I temankan. Hari ni I jadi bodyguard you"
"Mana ada bodyguard main pegang tangan macam ni" marahku, sengaja ingin cari pasal dengan Rafiq. Aku ok je keadaan macam ni.
"Ni namanya bodyguard special edition. Edition untuk you sorang je. Dah, tadi kata nak icecream kan? Jom gi situ" seraya itu, aku diheret masuk ke dalam Baskin Robins.
Sambil menikmati icecream dan berbual. Aku terfikir tentang Rafiq dan effort nya. Memandangkan selera makan aku yang kurang jadi, Rafiq akan sedaya upaya mencarinya semula. Haih, dia terlalu sempurna dimata aku.
💖
Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika kereta Rafiq masuk ke kawasan perumahan aku. Seharian meluangkan masa bersama sama sedikit sebanyak memberikan lagi aku kenangan antara kami sepanjang perkenalan ini.
"Thanks temankan I hari ni" ujarku saat ingin melangkah keluar dari keretanya.
Rafiq tidak membalas apa apa, dia hanya menatap wajah aku sedalamnya. Aku faham gelodak Rafiq, sukar untuk dia terima perpisahan sementara kami tapi demi aku, dia pura pura terima. Sungguh besar kasih sayang dia terhadap aku.
"I nak masuk dah ni, lepasla" tangan aku yang ada dalam genggaman Rafiq aku cuba untuk leraikan dan lega kerana berjaya.
Pipi aku diusap lemah oleh Rafiq. Buatkan aku risau.
"Apa apa jadi, you kena tau yang hati I hanya ada nama Sarah Dayana sorang je. Dahla, gi masuk. Jaga diri" rambut aku diusap lembut sebelum melepaskannya.
"Night. I sayang you sorang je" pintu kereta sudah aku buka untuk keluar ke kawasan rumah aku.
Ketika aku sedang melangkah ke pintu pagar, aku sempat berpaling melihat Rafiq. Setelah aku masuk ke dalam rumah, barulah keretanya meninggalkan kawasan rumahku.
💖
Selesai membersihkan diri dan solat, aku duduk termenung di atas katilku. Rancangan TV sedikit pun tidak menarik minat aku. Mesej dari Rafiq yang menyatakan dia sudah selamat sampai ke rumah tidak aku hiraukan.
Otak aku masih lagi ligat berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Rafiq semasa kami meluangkan masa di tasik tadi. Tambahan pula, tadi aku sedar yang Rafiq menangis sewaktu aku hendak masuk ke dalam rumah.
Ketika di taman,
"Sarah, since first time kita rapat. Masatu I dah tekad untuk jadikan the one untuk I. If anything happen soon, I nak you tau yang perasaan I tetap sama dan takkan berubah" dia merenung jauh ke dalam mata aku. Jelas ada satu kelukaan disebalik katanya itu.
"I pergi kejap je. But if anything happen, percayala. I takkan salahkan you, sebab I yang degil nak pergi. You still buah hati yang I sayang, nothing would change even kita berjauhan. Kan? "
"Yes, kita still together. Takkan ada yang boleh ubah sayang I kat you. Sejujurnya, I taknak you pergi pun. I nak you ada dekat sini. Kalau boleh sekarang juga I nak ajak you kawin. Tapi I faham yang you need to settle down urusan you. I tunggu you balik, kalau jadi gila pun I sanggup. Asalkan ada you dengan I".
Kata kata Rafiq tadi sedikit sebanyak menganggu fikiran aku, kenapa dia nampak sangat tertekan. Aku dah tanya, tapi takde balasan dan luahan darinya. Takkanla, aku tak sanggup berbeza dunia dengan dia. Moga usianya dipanjangkan Tuhan. Sebab aku tak sanggup hilang dia, biarlah dia hilang menjadi milik orang lain dan bukannya hilang ke dunia lain.
💖
YOU ARE READING
Last Tears
Short StoryMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...