Mengingati pertemuan aku dengan Rauda minggu lepas, membuatkan aku sedikit terkenang tentang Rafiq. Kini, aku kerap bertemu dengan Rauda memandangkan dia bekerja di bahagian kewangan sebagai akauntan. Aku dan Rauda berkongsi aras yang sama. Pernah juga beberapa kali kami makan tengah hari bersama – sama.
Tapi setakat ini, tidak pernah lagi Rauda membangkitkan hal antara aku dengan Rafiq. Aku tidak kisah lagipun Rafiq kini sudah beristeri dan tak silap aku, dia sudah menimbang cahaya mata. Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk dia, sakit dan kecewa tidak penting kerana dia pernah menjadi insan yang aku cintai dan mungkin masih.
Lamunan aku terganggu dengan bunyi telefon aku memanggil unuk diangkat panggilan yang diterima. Tertera nama Rauda.
"Hello, assalamualaikum. Ya Rauda, ada apa call Kak Sarah memalam ni?" aku menyoal kerana agak pelik pula tetiba Rauda menelefon aku ni. Selalunya dia hanya chat aku saja.
"Sorry Kak Sarah, ganggu memalam macam ni. Rauda nak ajak Kak Sarah datang kenduri kesyukuran dekat rumah Rauda hari Sabtu ni. So, Rauda ingat nak jemput Kak Sarah datang".
"Ouh ye ke. Kiranya lusa eh? Kak Sarah tak rasa akak boleh pergi sebab Kak Sarah ada hal la Rauda. Kak Sarah minta maaf sangat. Kak Sarah tak boleh janji nak pergi sebab akak ada hal dengan kawan akak. Dah janji dengan dia" memang benar Sabtu ini aku ada hal dengan Kak Aisha. Andai aku free hari Sabtu ni, mustahil juga untuk aku pergi. Aku sendiri tak pasti dengan hati aku sama ada cukup kuat atau tidak. Terdengar suara Rauda merungut sedih.
"Rauda baru plan nak ajak akak datang nanti, majlis kesyukuran Rauda. Sedihnya akak takde" Rauda merengek lembut. Aku ketawa kecil, Rauda memang manja dengan aku dan aku okay je. Sebab aku takde adik, jadi aku dah anggap Rauda macam adik aku.
'Sorry sayang. Kak Sarah minta maaf ok. Nanti akak belanja Rauda makan. Okay?" pujukku, serba salah pula dengan Rauda.
"Sure, tapi nanti Rauda ws Kak Sarah alamat. Just in case Kak Sarah ada masa. Okla akak, Rauda dah nak tidur. Selamat malam" suara Rauda sudah kembali ceria.
"Ok, goodnight too" panggilan itu aku tamatkan.
Separuh hati aku ingin pergi, agar dapat bertentangan mata dengan Rafiq dan melihat keadaan dia kini. Tapi separuh lagi tahu yang hati aku tak kuat. Malam itu aku tidur dengan fikiran yang melayang memikirkan pelbagai perkara.
💖
Aku merapikan tudung dan jubah aku buat kali terakhir di hadapan cermin besar di ruang tamu rumah aku. Kak Aisha sedang duduk di sofa ruang tamu aku, memerhati gerak geri aku.
"Dah cantik dah adik akak ni, kang ada pula yang terpikat nanti" Kak Aisha mengusik aku. Kak Aisha memang suka mengusik aku, lebih – lebih lagi sejak kami menjadi sangat rapat kini.
"Mana adala akak ni. Dah jom pergi. Kang sesat susah" aku mengambil beg tangan aku di sofa. Lampu kipas aku tutup suisnya. Kak Aisha sudah keluar untuk panaskan kereta.
Petang itu kami bertolak ke rumah mak saudara Kak Aisha seperti yang dirancang. Aku hanya duduk senyap di sebelah pemandu, tempat yang ditujukan juga aku tak tahu di mana.
💖
Beberapa jam kemudian, kami sampai ke destinasi. Terdapat khemah putih di pekarangan rumah besar itu. Aku membetulkan jubah putih aku dan tudung biru gelap aku. Memastikan tidak ada apa – apa yang pelik.
"Jom" setelah kereta Kak Aisha di kunci, kami melangkah masuk ke pekarangan rumah itu.
"Ni rumah mak sedara akak, kenduri sepupu akak. Mak dengan ayah akak takleh datang sebab balik kampung ibu akak. Jadi akak la yang wakilkan. Jom, takyah malu tau. Mak su akak ni baik orangnya" tangan aku ditarik masuk ke khemah itu.
YOU ARE READING
Last Tears
Historia CortaMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...