Helena sedar tentang perubahan Sarah, dia mengucapkan syukur. Sarah kembali bekerja seperti biasa, dia sedar bahawa Sarah cuba untuk menyibukkan harinya dengaan aktiviti. Buktinya, Sarah sering pulang lewat kerana menyiapkan kerjanya di pejabat. Hujung minggunya pula dihabsikan dengan aktivitinya dengan Kak Aishah. Helena juga telah berkenalan dengan Kak Aishah dan Helena nampak perubahan terbesar Sarah setelah berkawan dengan Kak Aishah iaitu Sarah sudah mula memakai tudung. Sarah sangat cantik dengan tudung yang digayakannya mengikut trend dan masih menutup aurat dengan sempurna.
"Helena, you busy tak weekend ni?" Sarah yang sedang membuat kerja di ruang tamu mengejutkan aku yang sedang mengelamun di balkoni.
"Tak, I dah tak banyak show dah. Just nak settle hal visa and hal lain before I balik Malaysia. Kenapa babe?" aku mengambil tempat menghadap Sarah yang berada di sofa ruang tamu.
"Kita lunch kat rumah Kak Aishah nak tak? Dia lunch sorang sebab housemate dia takde" hubungan Sarah dengan Kak Aishah sangat rapat, seolah kakak dan adik.
"Sure. Boleh je. You dengan Kak Aishah rapat kan?" snek di atas meja aku capai sebelum menjamahnya.
"Haah, dia selalu bawa I pergi usrah yang dia join. And alhamdulillah, I'm happy now. I rasa tenang dah and I redha dah hubungan I dengan Rafiq dah berakhir" Sarah tersenyum ke arah aku. Laptopnya sudah dia tutup, snek di dalam mangkuk yang berada di tanganaku dicapainya.
"I happy sangat tengok you dah berubah. I tau yang you kuat. Just remember that I'll always support you" ya, aku akan sentiasa support apa yang Sarah buat sebab aku tahu yang Sarah layak untuk bahagia semula.
"Thanks a lot, Helena" Sarah merangkul aku. Aku membalas pelukan sahabat baik aku itu.
Malam itu kami menghabiskan masa dengan menonton Netflix. Tidak lama lagi aku akan pulang ke Malaysia dan diikuti dengan Sarah. Katanya Sarah, projeknya dijangka siap awal. Aku tahu yang Sarah tidak keberatan untuk pulang awal ke Malaysia. Aku yakin yang Sarah kuat untuk hadap aturan hidup dia. Aku doakan yang terbaik saja untuk dia.
💖
Kini tinggal aku sendirian di tanah Jerman ini, Helena sudah pulang ke tanah air semalam. Nampaknya hujung bulan ini aku juga akan pulang ke Malaysia kerana projek aku sudah hampir siap. Ikutkan hati, ingin saja aku stay di sini namun aku masih ada tanggungjawab di pejabat aku di Malaysia. Nasib aku baik apabila Kak Aishah juga ingin pulang ke Malaysia memandangkan pengajiannya di Jerman aku berakhir. Ya, Kak Aishah menyambung pengajian Master nya berkaitan dengan psikologi di sini.
Sejak mengenali Kak Aishah, aku makin banyak berubah. Betul, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Jika aku tidak putus dengan Rafiq, aku tidak akan ke tasik itu malah aku tidak akan mengenali Kak Aishah. Aturan Tuhan itu sempurna. Aku kini sudah redha dengan pengakhiran hubungan aku dengan Rafiq. Aku ingin menumpukan perhatian kepada diri aku dan karier aku serta keluarga tercinta di Malaysia.
💖
Setelah hampir seminggu pulang ke tanah air, aku masuk semula ke pejabat aku. Kak Aishah juga masih berhubung dengan aku, malah dia ada mengajak aku menemani dia ke majlis kesyukuran makciknya nanti. Memandangkan aku juga tidak punya ramai kawan, jadi tiada masalah untuk aku menemani dia.
Hari ini aku melapor diri di pejabat lama aku, setelah lama aku tidak menjejakkan kaki di sini membuatkan aku sedikit berdebar. Fail di tangan aku selak sepintas lalu sebelum melangkah masuk ke ruang depan syarikat ini. Penampilan aku yang baru ini menambahkan lagi debaran di hati aku. Debaran aku hilang saat aku terdengar seseorang memanggil aku.
"Cik, excuse me. Cik" seorang gadis agak sedikit rendah dari aku memanggil aku sambil berjalan laju mendekati aku. Di tangannya ada sehelai kertas. Aku berjalan mendekati gadis tadi.
"Ni kertas cik jatuh tadi" kertas tadi bertukar tangan. Kertas itu aku periksa, memang benar itu kertas aku . Mungkin tercicir saat aku memeriksa fail tasi, tambahan pula angin di luar pekarangan syarikat agak sepoi bahasa.
"Thanks, haah ni kertas saya" aku tersenyum mesra kepadanya. Orang dah tolong kita takkanlah kita nak bermasam muka pula kan.
"Kak Sarah kan? Sarah Dayana right?" gadis itu menegur aku setelah sekian lama menilik aku. Aku sedar diri aku diperhatikan. Lama aku perhati gadis itu, namun ingatan aku agak samar.
"Ya saya, siapa awak eh? Macam mana kenal saya?" sopan aku bertanya dia, enggan membuatkan gadis itu terasa hati.
"Ouh sorry sorry. Nama saya Rauda, Rauda Hakimah" gadis itu memperkenalkan dirinya. Senyuman gadis bertudung biru laut itu mengingatkan aku pada sesorang.
"You adik Rafiq eh?" setelah lama berfikir dan menenangkan diri, aku mula meneka.
"Haah, saya adik Rafiq. Sorrylah kalau Kak Sarah terkejut bila Rauda tegur akak macam ni. Kita pernah jumpa sekali dulu, cuma sekarang penampilan akak lain" Rauda berbahasa dengan aku. Sedikit pun aku tidak terasa, aku tahu gadis ini ceria orangnya. Terasa seperti mendengar celoteh adik sendiri.
"Ouh I see. Nasib baik Rauda tegur akak. Kalau tak memang Kak Sarah tak perasan. Sorry eh" bahu Rauda aku tepuk perlahan.
"Eh sokay, Kak Sarah. Rauda pun tak sangka jumpa Kak Sarah dekat sini. Abang Rafiq banyak cakap pasal Kak Sarah" mendengar nama itu, jantung aku mula berdebar. Jentikan ini membuatkan aku tidak senang.
"Hm Rauda, Kak Sarah kena minta diri dulu. I got a meeting to attend" enggan melanjutkan perbualan tentang Rafiq, aku meminta diri dulu. Lagipun memang aku ada mesyuarat untuk dihadiri.
"Eh, sorry ambil masa Kak Sarah. Sokay, Rauda pun ada hal sebab harini first day Rauda kat sini" Rauda masih tersenyum dengan suaranya yang sentiasa riang.
"Ouh, Kak Sarah pun kerja sini. Nanti kita jumpa lagi okay, ni kad Kak Sarah. Nanti call je kalau ada apa – apa. Kak Sarah minta diri dulu, assalamualaikum" setelah bertukar salam dan senyuman dengan Rauda, aku beredar.
💖
YOU ARE READING
Last Tears
Short StoryMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...