Malam itu, kerja di atas meja sudah tidak tersentuh lagi. Aku tak mampu fokus untuk periksa semua laporan itu. Apa yang aku mampu hanyalah termenung di balkoni kondo aku. Aku tinggal di sini sementara waktu kerana tak mustahil Rafiq akan cari aku di rumah. Kondo ini dulu aku beli sebab masih baru dan agak murah, Cuma Safiq yang kekadang akan tidur di kondo ini kalau dia malas nak drive balik rumahnya yang agak jauh dari airport tempat dia bekerja.
Aku termenung. Membiarkan emosi menguasai diri aku kini, sudah lama aku biarkan akal aku menguasai aku. Biar emosi dan hati pula yang membuat keputusan. Aku hanya mahu yang terbaik dan segala ini selesai. Pada mulanya aku kira, dengan tamatnya hubungan aku dan Rafiq segalanya akan selesai. Mungkin aku patut berjumpa empat mata denga Rafiq dan selesaikan secara langsung. Tapi, takkanlah aku nak call dia dulu.
Telefon di tangan, aku genggam. Skrin dengan nama Rafiq sudah tertera, tinggal untuk tekan call. Hati aku berbelah bahagi. Dalam aku berkira untuk call, telefon aku menerima panggilan. Dari Rafiq.
'Macam tahu – tahu je aku cari dia'
Setelah berfikir seketika, panggilan itu aku jawab.
"Hello, sayang?" suara Rafiq menerobos masuk ke halwa telinga aku. Panggilan sayang masih tak lekang dari bibirnya.
"Hi, anything can I do for you?" terasa janggal untuk bercakap dengan Rafiq. Lagi – lagi dengan panggilan sayang dari dia. Sungguh aku tidak kuat. Buaian di luar balkoni aku duduki.
"Marry me" kata – katanya buatkan aku kejung sebentar di buaian itu.
"What?" aku tak mampu sorokkan rasa terkejut aku.
"Dah you tanya, what can you do for me right? I asked you to marry me la" terdengar Rafiq ketawa kecil. Tawa yang aku rindui.
"Ouh, silly me. Maksud I, ada apa you call I malam malam macam ni" aku cuba betulkan salah faham yang terbit.
"Saja, I miss your voice. I ganggu you ke?" aku mula berdebar. Kesan Rafiq di dalam hati aku masih terasa. Sukar untuk aku hilangkan.
"Not really, just checking some report before go to sleep" aku tak tipu sebab betul la kan? Aku check report tadi, sebelum aku tidur nanti.
"You still you kan? Kerja and kerja je, even before tidur pun you fikir pasal kerja you. Sometimes I teringin nak jadi kerja you" terdengar Rafiq mengeluh.
"Maksud you?" aku tak dapat agak arah perbualan kami kini.
"I nak jadi something yang you bangun pagi untuk dia dan sampailah you nak tidur pun you masih fikir dia. Even all day, dia stick around you. If only you know how much I want to be with you. Tak tipu kalau I cakap I sanggup quit job and change my career just to make sure I got time for you. I always envy with your career because at the end of everything, you choose your career over me. But, don't get me wrong. I promise you to always support you, I'm happy seeing you success in your career and I'm proud to be someone that adore you even dari jauh. Boleh I jujur something?" bait kata Rafiq yang aku hayati tadi terhenti dengan soalan.
"Sure, just spill everything. You get my attention now" memang itu yang aku perlukan kini. Luahan dari dia.
"From that day, I try my best to fulfill your wish which is to forget everything about you. But I can't, the more I try to forget you the stronger I remember you. I buat macam – macam untuk lupakan you. I terluka, Sarah. I sampai tahap hilang diri I sendiri. I lost dengan harapan yang cipta sendiri. Hope to be with you. Harapan tu yang jadi kekuatan I untuk survive selama ni. I cuba untuk fix myself, fix my relationship with Allah so that I can be a good husband for you and our family, I work hard with my career so that I can provide everything you need for our future family. Just thinking about that is enough for me to survive. Sometimes I kesian dengan diri I sendiri. I know I'm pathetic because hoping to be with you, the one yang I sakitkan hati dia. Tapi I tetap tunggu you untuk muncul depan I. Puas I lawan dengan diri sendiri untuk tak pergi cari you sebab I respect permintaan you. I just pray to Allah to bring you near to me if we're really meant to be together. Please, I tahu you're not dating someone right?"
"How did you know? What if I'm dating someone and what if I'm not dating someone?" tipu aku tak tersentuh dengan luahan Rafiq. Rasa Rafiq pada aku sangat tulus. Aku tak buta untuk menilai.
"If you're belongs to someone, I just want to meet him so that I can make sure that he can love you more than I can love you. If you're not dating someone, I just want both of us to fix again everything and make it work together" kata – kata itu umpama air sejuk yang mencurah ke dalam hati aku.
"Okay then, let's meet tomorrow. Lunch together, pick me up at office. Deal?" tak salah aku berjumpa dengan dia setelah lama tidak bertemu.
"Seriously" jelas suara Rafiq yang agak gembira.
"Kalau you taknak or you busy, okay je. Offer end then" aku taknaklah nampak obvious sangat untuk bertemu dengan dia walaupun itu kenyataannya.
"Tak! I'm not busy. Even busy, I'll find way to meet you. Tomorrow lunch on me? As usual, I'll pick you up" ceria saja suara Rafiq.
"Okay then. I got to go, I'm sleepy already. See you when I see you? Bye. Night" aku memang sudah mengantuk kerana jadual hari ini yang agak padat.
"Ouh, okay. Sure, see you when I see you. Thanks, sayang. I really appreciate this and I love you as usual" kata – kata Rafiq membuatkan aku tersenyum. Rindu aku pada dia umpama gunung.
"Don't thank me. Prove it to me. Bye" panggilan itu aku matikan Enggan berlama – lama.
Malam itu, dua insan yang selama ini terluka akhirnya dapat bernafas lega. Sorang menginginkan permulaan baru dan seorang lagi menginginkan pengakhiran kepada segala kekusutan lama. Masing – masing inginkan yang terbaik untuk diri mereka. Semoga takdir memihak kepada mereka.
💖
YOU ARE READING
Last Tears
Short StoryMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...