Pagi Sabtu itu aku sedikit gementar untuk meluangkan masa dengan Akif. Walaupun aku agak teruja namun gusar andai Akif tidak selesa dengan aku. Lamunan aku terganggu dengan mesej dari Rafiq menyatakan dia sudah sampai. Setelah selesai mengunci rumah dan pagar, aku mendekati keretanya Rafiq. Kelihatan Rafiq menungguku dengan Akif dalam dukungannya. Kedua mereka memandang aku dengan senyuman. Satu pemandangan yang aku sangat bersyukur. Terbit rasa bersyukur dan bahagia dengan hadiah yang Allah kurniakan ini.
"Hai sayang" tegurku pada Akif sebelum mencuba untuk memancingnya masuk ke dukungan aku. Dan aku berjaya. Terasa erat Akif memelukku, manja. Terbit rasa kasih yang besar untuk Akif.
"I ingat you hai I rupanya Akif" mula dah drama dari Rafiq.
"Mestilah, dah jom. Nanti lambat"
"Yes, ma'am" seraya itu pintu kereta dibukakan untuk aku masuk. Akif masih di dalam dukungan aku.
Sepanjang di dalam kereta, Akif sangat behave dan tidak banyak perangai. Dia duduk dalam dakapan aku dengan selesa. Sesekali kepalanya aku kucup, aku suka bau bayi. Aku selesa dengan keadaan ini, terasa nikmat menjadi seorang ibu. Sesekali aku berbual dengan Akif, meskipun dia masih kecil untuk membalasnya.
"Dear" aku menyeru Rafiq yang sedang khusuk memandu.
"Panggil I ke? Ingatkan I dah tak wujud" Rafiq mengusik.
"Ala, dengan Akif pun you nak jealous ke?"
"Mestilah. Nape sayang panggil tadi?" dia menyoal menumpu tentang perihal aku memanggilnya tadi.
"You bahasakan diri you dengan Akif apa?"
"Hm, papa. Why? You nak Akif panggil you mama ke" Rafiq memandang aku.
"Boleh ke?"
Kedengaran Rafiq ketawa kecil.
"Boleh sayang. Soon, you akan jadi mama dia juga kan?" senyuman itu dikuntumkan untukku. Sungguh aku bersyukur dengan kurniaan ini.
Setiba di supermarket, Rafiq membukakan pintu untuk aku. Kami melangkah masuk ke kawasan barangan basah. Rafiq mengambil troli untuk kegunaan nanti.
"Sayang nak apa, I ambilkan. Lagipun nanti you nak pegang Akif kotor pula. Kalau you lenguh bagitahu okay?" Rafiq mengeluarkan arahannya. Sudah aku agak tindakannya. Selalu kalau kami keluar mencari barang, memang dia yang akan jadi orang yang menolak dan mengambil barang. He spoils me a lot.
"You nak makan apa?" kami berjalan beriringan melihat barangan yang ada.
"I nak tom yam boleh? Lama tak makan tom yam yang you masak"
"Boleh je. Kalau macam tu, you ambilkan seafood la. Ayam, udang and sotong, But udang tu you ambil lebih sikitla, I nak masak sambal untuk abang I. And your family? You nak I masak apa? Ibu you suka apa?" aku baru teringat yang nanti akan ada kelurga Rafiq juga.
"My parents okay je anything. Diorang tak picky"
"Okay kalau macam tu, I masakkan kari kepala ikan. Okay?"
"Boleh sayang" seraya itu kelihatan Rafiq berhenti di kawasan barangan basah. Dia memilih bahan yang diperlukan. Sesekali dia memandang aku dan Akif dengan senyumannya.
Dan aku sedar bahawa kami menjadi perhatian orang di sini. Kedengaran orang memuji Rafiq dan ada juga yang mengejinya kerana membiarkan aku mengendong bayi. Tapi aku bersyukur dengan tindakannya. Lagipun aku yang berkeras untuk mendukung Akif instead of menggunakan stroller. Mengenali Rafiq selama bertahun ini cukup membuatkan aku tahu betapa dia enggan melihat aku susah.
💖
Selesai Rafiq membuat bayaran, dia mengajak aku sarapan memandangkan dia ingin berbincang tentang hal perkahwinan kami sebelum dia bertemu dengan orang tua aku. Ketika dia menghantar aku, aku meluahkan permintaan aku yang baru.
YOU ARE READING
Last Tears
Short StoryMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...