Mine 16

118 9 0
                                    

Rafiq singgah di taman yang sering aku dan dia pergi. Sedikit sebanyak membuatkan aku mengimbau kembali kenangan lama. Aku mengekori Rafiq dari belakang menuju ke tempat duduk di sebuah wakaf yang agak redup dipayungi pepohon rendang.

"Makanla, you makin kurus" aku menghulur set makanan untuknya yang sedang berada di hadapan aku.

"Thanks, you notice huh?" dia menyoal sambil memulakan suapannya.

"You asked about something obvious" aku memerlinya sambil turut menikmati makanan aku. Sejujurnya aku agak kenyang tapi aku tahu yang Rafiq akan bebelkan aku andai aku tidak makan.

Kami hanya menikmati makanan kami sambil berbual tentang kerja. Masing – masing tidak menyentuh tentang perakhiran hubungan kami seolah perpisahan itu tidak pernah terjadi.

"I.." aku dan Rafiq serentak ingin bersuara. Agak janggal sebenarnya.

"I cakap dulu eh?" Rafiq meminta kebenaran dengan riak yang agak serius.

"Sure" aku menunggu dia menyambung kata – katanya kerana aku kenal Rafiq. Raut wajahnya kini menunjukkan dia benar serius.

"Hm, I'm sorry about what happened in the car. I faham yang you tak suka I still panggil you dengan nama tu. I'm really sorry if annoyed you"

"Hm, sokay I understand. And I nak cakap dengan you yang I nak settle pasal kita by today" sebolehnya itulah yang terbaik kerana banyak persoalan yang masing – masing punya.

"Okay, then. Proceed? I hope the same but I nak result yang baik from this discussion" Rafiq memandang terus ke tepat ke anak mata aku. Aku tahu apa yang dia harapkan. Sesungguhnya aku juga mahu itu berlaku.

"Bukan dari I. I give you chance to explain. So, you got my time. You said you deserve a chance of explanation" aku cuba bertoleransi kerana tidak rugi andai aku memberi dia peluang. Sekurangnya masih ada peluang untuk beberapa tanda tanya yang ada di fikiran aku.

"Actually, I sendiri pun taktau nak explain start dari mana. Hm, after what happened between us. Tipu kalau I tak down, tipu kalau I cakap I boleh teruskan hidup I dengan normal bila I tahu yang I dah kehilangan you. Life I hanya hospital je and rumah I. I love you so much and that's enough to effect my life" Rafiq meluahkan dengan memandang tepat ke mata aku.

"Suraya? Why don't you fix your relationship with her? She's more deserve than me? At least she's your wife" aku musykil tentang hala tuju pengakhiran cerita dia dann Suraya.

"Hm, tipu kalau I tak cuba. Sebab tu permintaan you kat I and you tahu yang I takkan pernah hampakan permintaan you even I yang sakit. I try accept Su dalam life I, at least berbaik as friend maybe. Dalam masa I terima dia, there's something happened and Akif lahir. After Akif lahir, I and Su discussed few things and came out the decision to divorce" mendengar tentang Akif membuatkan terbit rasa cemburu. Mengenangkan tentang betapa jauh hubungan antara dia dengan Suraya.

"But don't get me wrong, sayang. I takkan betray you, at least bukan untuk benda tu. I know what you're thinking, sayang. But that's not what actually happened. Akif bukan anak I. I just mangsa dia je. Even my family tak tau benda ni. Diorang just fikir yang Suraya and I divorce sebab Su curang dengan I. And, Akif I yang jaga sebab Su taknak Akif sejak dari awal" tanda tanya aku tadi terungkai. Terbit rasa lega sedikit namun, kesian dan simpati mula jengah dalam hati aku. Memikirkan betapa Rafiq terluka dan kasihannya dia. Seolah dugaan kerap menimpa dia tanpa henti. Mendengar nama Akif membuatkan aku jatuh simpati, lebih – lebih lagi terbayang wajah manja Akif yang comel itu. Terbit rasa kasih.

"I nak kita together balik. Start over. Please, sayang. Don't shut me down. I love you from the start and only you. I tahu you kecewa, you boleh anggap I curang or tak jujur dengan you. Tapi please, consider again. I boleh jadi gila Sarah. You kewarasan I dan impian I. I love you so bad. Since the day I fall in love with you, I dah janji dengan diri I yang I nak you je sampai bebila" mata Rafiq bergelinang, aku tahu betapa sarat dan kecewa yang dia tanggung. Luka dia lebih dalam dari aku dan aku tidak boleh menyalahkan dia tentang apa yang terjadi.

Last TearsWhere stories live. Discover now