Mine 6

109 9 0
                                    

Maka bermulalah segala aktiviti aku dan Rafiq, hari ini kami hanya bersiar di kawasan ini saja. Mungkin esok aku akan membawa Rafiq melawat ke kawasan yang lebih menarik. Sepanjang kami bersama, tak pernah aku lepas dari pandangan Rafiq. Pagi itu Rafiq hanya singgah bersarapan dengan aku sebelum keluar bersiar.

"Mesti you rindu I sangat kan?" usikku sambil meletakkan semangkuk nasi goreng di hadapan Rafiq. Isaac dan Helena sedang berbual di balkoni rumah kami memandangkan mereka sudah kenyang. Rafiq menginap di rumah Isaac, meskipun Rafiq sudah menempah hotel namun untuk menolak ajakan Isaac yang tinggal seorang, agak sukar.

"Of course la sayang, kalau I tak rindu. Takdenya I kat sini" matanya masih tidak lepas dari memandang aku.

"Dahla Fiq, makan tu. Jangan nak pandang I" tegurku kerana aku rasa sangat berdebar menerima pandangan begitu dari Rafiq. Meskipun jauh di lubuk hati aku, aku senang dimanjakan begini.

"Wow, someone seems blushing" ketawa Rafiq menerobos masuk ke gegendang telinga aku. Ketawa dia saja sudah menghilangkan segala penat aku selama berkerja di sini.

"Baik you makan diam diam sebelum I tinggal you makan sesorang" aku dah berkira untuk meninggalkan meja di ruang makan itu.

"Okay okay. I tak mainkan you. I'm just kidding okay" Rafiq menyambung menjamah nasi di dalam pinggannya. Selang seli itu kami ada berbual tentang beberapa perkara. Sekadar untuk mengetahui perkembangan masing – masing.

💖

Setelah hampir seminggu bersama dengan Sarah di Jerman, kini rutin aku kembali seperti biasa. Baru saja berpisah dengan Sarah, rindu mula bertapak. Rasa sayang terhadap Sarah makin kuat dan aku selesa dengan rasa ini.

Perbincangan dengan ibu dan ayah aku petang tadi menyentak segala lamunan aku tadi. Perkahwinan yang diatur keluarga aku begitu sukar untuk aku bantah. Lebih – lebih lagi aku merupakan anak sulung dalam keluarga ini dan merupakan tunggal lelaki. Besar harapan ibubapa aku terhadap aku.

"Ibu nak Along kawin dengan Su. Kalau boleh hujung bulan ini juga" Puan Hajar bersuara memenuhi ruang tamu rumah keluarga Rafiq.

"Apa ni ibu? Kan Along cakap Along taknak, lagipun Along dah ada Sarah, ibu" aku cuba memujuk ibu yang sedang duduk berhadapan dengan aku. Ayah di sebelah ibu hanya memandang aku sambil menggelengkan kepalanya lemah sebagai tanda dia tak mampu untuk memujuk ibu lagi.

"No, Along tau kan yang ibu dari dulu tak berkenan dengan Sarah tu. Dia tu perempuan moden Along. Yang dia tahu hanya kerjaya dia semata – mata. Tengok sekarang? Dia pergi tinggalkan Along kan?" ibu herdik tegas.

"Dulu ibu okay je dengan Sarah kan? Kenapa tetiba? Ibu, Sarah pergi Jerman kejap je ibu. Tak lama pun. Kalau ibu nak Along kawin, okay. Kita tunggu sampai Sarah balik Malaysia" aku cuba memujuk ibuku, cuba untuk melembutkan hati dia.

"Along jangan nak mengajar ibu. Along ingat ibu tak tau Along pergi jumpa dia sampai kat Jerman sana. Along tak suka Along habiskan duit untuk perempuan tu. Ibu tetap nak Su juga sebagai menantu ibu"

"Along taknak kawin dengan dia, ibu. Along tak sedia lagi nak terima sesiapa pun, ibu" sebak mula mencengkam hati aku kini. Terkilan dengan perubahan ibu yang tetiba membenci Sarah.

"Ibu takleh terima alasan Along tu, ridiculous. Ibu dah bagi Along masa dah. Sebelum ni bila ibu suruh Along kawin, Along minta masa untuk pujuk Sarah la apa la. Tapi apa keputusannya? Dia pergi tinggalkan Along. So, jangan cakap ibu tak bagi Along peluang. Nak tak nak Along kena kawin dengan Su kalau tak, Along jangan jumpa ibu dah" seraya itu Puan Hajar meninggalkan ruangan itu. Panggilan dari Rafiq langsung tidak dihiraukan.

💖

Sudah hampir setahun aku menetap di Jerman. Hubungan aku dengan Rafiq masih tetap sama. Tiada apa yang berubah, cuma Rafiq semakin sensitif dengan perasaan aku. Bukannya sensitif dengan merajuk atau apa. Cuma dia berusaha untuk pastikan aku tak terabai. Tak pernah terlepas untuk menelefon aku seperti selalu. Kalau ikutkan Rafiq setiap malam dia nak video call dengan aku, Cuma aku faham komitment dia. Jadinya aku pujuk dia untuk video call sekali saja untuk seminggu. Tapi Rafiq sentiasa Rafiq, begitu obsess mencurahkan kasih sayang dia dengan aku.

Panggilan masuk di skrin macbook aku di atas meja mengejutkan aku yang sedang membuat kerja.

'Panjang umur' hati aku berdesis perlahan seraya itu panggilan itu aku jawab.

"Hi sayang saya. Sihat? What you doing? I ganggu tak?" dia punya terjah tu. Haih sabar jela.

"Hi my dear. I sihat je. I tengah check design je and tak you tak ganggu I. Haa, suka sangat tembak I dengan soalan memacam" usikku, wajah bersih di skrin laptop aku pandang sayang. Dia Nampak segak dengan baju kelabu plainnya dan sweatpants senada dengan bajunya.

"Kenakan I eh sayang ni. Rindunya you. You la tak kasi call selalu" Rafiq membuat muka sedih tanda merajuk. Haih, makin manja dia ni sekarang.

"Saja je taknak layan mengada you. I nak you rest juga. Ni pun patutnya you tidur, dahla you balik dah lewat. Nak kena stay up nak call I. Tak sukala dear, you kena stay up macam ni" serba salah menggunung, bukannya aku tak tahu yang dia agak sibuk bulan ini.

"Look sayang, I okay je. I would do anything that I could, as long as you ada dengan I selalu. Even I perlu macam ni pun I sanggup. Life I kat sini tak complete without you. Penat on call kat hospital tak terasa bila nampak you" haih, kata – kata Rafiq umpama air sejuk yang menyiram ke hati aku. Limpah rasa kasih dia pada aku.

"Yes, I know and that's why I sayang sangat kat you. Eh, dear. You ubah arrangement furniture you ke?" terasa asing pula background yang Rafiq duduk. Sebab aku tahu susunan furniture dan design kondo Rafiq.

"And I love you so much, Sarah. Takdelah sayang, I dah tak duduk kondo I. I beli penthouse kat area hospital ni, dekat dengan area rumah you juga tapi jauh sikit dengan tempat keje lama you. Kenapa sayang tanya?" terserlah lesung pipt di pipi kekasih hati aku ini.

"I okay je. Saja tanya you sebab background you Nampak asing dengan yang I selalu tengok"

"Ouh, sorry sayang sebab I tak bagitau you awal awal. Ni pun I baru masuk petang tadi. Barang pun macam tak banyak lagi. Takde peneman yang nak temankan I beli barang macam selalu. You balik cepat tau, nanti boleh hiaskan rumah I ni"

Aku hanya tersenyum. Memang kondo milik Rafiq dulu pun, boleh katakan 80 % adalah idea aku. Pemilihan perabot, warna rumah dan beberapa perkara yang lain. Banyak perkara tentang Rafiq yang dia tidak berahsia dengan aku, Rafiq memberikan aku ruang untukmemasuki dan mengenali hidup seorang Rafiq Hakimi dengan mudah sekali.

Malam itu kami berbual tentang beberapa hal, Rafiq menceritakan tentang pembedahan pembedahan dia yang berjaya dan beberapa peristiwa menarik. Sehinggalah Rafiq tertidur. Melihat dia yang tertidur kepenatan membuatkan aku rasa sayu, kasih sayang dia pada aku tidak pernah berkurang malah semakin kuat.

'Semoga hubungan kita berkekalan dan dipelihara. Rafiq Hakimi hanya untuk Sarah Dayana'

💖

Last TearsWhere stories live. Discover now