Aku dan Helena sedang duduk makan tengah hari di restoran Turki yang terletak sekitar tempat kerja Helena, Sementara menunggu makanan yang dipesan tadi sampai, Helena bermain dengan telefon pintarnya manakala aku hanya memerhati kawasan taman berhampiran dengan restoran itu.
Melihat pasangan yang sedang berbual di kerusi di taman itu membuatkan aku teringat dengan Rafiq. Sepanjang 8 bulan aku di sini, sudah 2 kali Rafiq melawat aku di sini. Bulan hadapan katanya dia ingin ke sini lagi. Meskipun hanya melawat aku tak sampai seminggu, tapi itu sudah cukup untuk aku. Tanggungjwab Rafiq sebagai seorang doktor sangat besar dan dia sanggup menggunakan cuti yang dia peroleh untuk melawat lagi. Apa lagi alasan untuk aku mengkhianati cintanya pada aku.
"Hm, Sarah. I nak tanya you something ni babe" Helena meletakkan telefonnya di atas meja. Meminta perhatian dari aku.
"Sure" air yang sudah tiba tadi aku sisip sedikit.
"You dengan Rafiq okay?" Helena memandang aku tegas. Pelik pula aku lihat si Helena ni.
"Okay je, kenapa you tanya?"
"Takde apala, korang kan long distance. Macam macam boleh jadi" fries di atas meja dicapainya.
"Alhamdulilah, kitorang okay je. Hujung bulan ni dia datang katanya. Memang long distance ni mencabar actually tapi setakat ni Rafiq tak pernah berubah langsung. Tak pernah miss whatsapp or call aku" terang aku kerana setakat ini aku tidak pernah mencurigai Rafiq dengan layanannya yang sempurna dan tidak pernah kirang walaupun sedikit.
"Okayla macam tu. I tumpang senang dengan your happiness. I pray the best for you. Dahlah makan la, nanti you ada keje kan?" Helena tersenyum mesra ke arah aku. Makanan aku ditolak mendekati aku.
💖
Malam itu aku dan Helena hanya menonton Netflix di ruang tamu. Memandangkan esok weekend, bolehlah kalau terlajak tidur pun esok. Helena meninggalkan aku sendirian di ruang tamu kerana menerima panggilan telefon tadi.
Tetiba tayangan di skrin televisyen di pause. Kelihatan Helena memegang remote. Aku hanya memandang Helena pelik. Dia mengambil tempat duduk disisi aku. Telefonnya dihulurkan kepada aku.
"Apa ni?" soalku sebelum melihat skrin telefon Helena di tangan aku.
"You tengokla" dari raut wajahnya, ada pandangan serba salah.
Terasa hati aku umpama dipanah petir. Imej individu di skrin telefon Helena membuatkan seolah aku tidak tahu bernafas. Membaca sebaris nama itu membuatkan air mata aku mengalir perlahan. Menggigil seluruh badan aku, telefon Helena terlepas dari genggaman aku.
"Sarah, I minta maaf sebab I tunjuk you gambar tu. I pun dapat dalam group modelling I sebab perempuan tu on of model dalam my agency" Helena mengusap lembut bahu aku, cuba untuk menenangkan aku.
"Sokay, I nak masuk bilik I dulu. Hm, nanti you send I eh gambar tu" seraya itu aku bangun. Hampir aku terjatuh kerana lutut aku terasa lemah. Helena memapah aku untuk masuk ke bilik.
Malam itu aku tidur bertemankan air mata. Terasa rindu dengan abang aku kerana selain dia, abang juga merupakan pendengar setia aku. Seolah kebetulan yang memahami kehendak hati aku ini. Telefon aku berbunyi, tanda ada panggilan masuk. Pandangan aku terasa berbalam kerana air mata yang mengalir bagai tiada henti. Tertera nama Abang Safiq. Video call itu aku jawab. Terpapar wajah Safiq di skrin.
"Abang" seruku dengan air mata yang masih mengalir laju.
"Eh, adik kenapa ni? What's wrong? Adik ada masalah ke?" Safiq yang dari posisi baring terus bangkit duduk, menumpukan perhatian kepada aku.
YOU ARE READING
Last Tears
KurzgeschichtenMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...