Mine 5

102 9 0
                                    

Panggilan dari Rafiq aku tamatkan, kini sudah hampir 3 bulan aku di Bumi Jerman ini. Tak pernah sekali pun Rafiq terlupa untuk call aku setiap hari. Layanan dia terhadap aku tak pernah berubah. Teringat masa hantar aku kat airport, mata ini menjadi saksi air mata seorang Rafiq Hakimi mengalir. Biarpun tak macam hujan tapi, masih boleh diperbahaskan.

"Your Rafiq ke tu yang call?" Helena, housemate aku menyoal. Seorang gadis Chinese yang sudah hampir 5 tahun menetap di Jerman.

"Haah, sape lagi nak call I. Family I dah call dah siang tadi" kalau nak diikutkan Rafiq lagi kerap menelefon aku berbanding keluarga aku sendiri. Biasalah, mama dan papa memang busy je memanjang. Nak harapkan abang aku, memang takla.

"Korang still sweet je kan, even since high school. Sparks tu tak hilang lagi. Jealousnya I. Macam baru bercinta tau" Helena giat mengusik aku sambil tangannya lincah menyiapkan bahan untuk masak dinner kami nanti.

" Ahaha, takdela Helena. Kitorang biasa je, memang tak dinafikan yang relationship kitorang smooth je alhamdulillah. Btw, this weekend I don't think I boleh teman you pergi Hamburg la. Sorry. Rafiq cakap dia nak datang. Sorry sangat" bahu Helena aku usap lembut, tanda maafku.

Serba salah sebab tak dapat temankan Helena pergi jalan - jalan sebelum dia berangkat pulang semula ke Malaysia memandangkan kontrak modelling nya di sini akan tamat hujung bulan depan. Nak buat macam mana, Rafiq last minute cakap dia nak datang. Nasib baik kerja aku untuk minggu ni aku dah siapkan awal. Yela, hidup sesorang di sini membuatkan aku tiada komitment lain selain kerja.

"Eh, sokay. I keluar ngan Issac je nanti. Memula dia cakap dia nak ikut kita dua, so alang - alang tu. Takpela, kitorang pergi berdua je nanti" Helena tersenyum mesra, tanda yang dia okay saja.

"Wah, ada chance la tu you ngan Issac nak date. Patutla tak kisah, lega hati I" aku sempat mengusik Helena.

Ketawa kami memeriahi penthouse ini.

💖

Hari ni nampaknya salji mula turun, nasib baik aku pakai baju yang agak tebal. Langit mula seakan melabuhkan tirai lagi lagi sekarang sudah mula musim sejuk. Aku melangkah keluar dari bangunan pejabat aku. Melihat keadaan di luar membuatkan aku menyesal tidak memandu hari ini. Haih, nampaknya kena berjalan dalam salji la kau Sarah.

Setelah lebih kurang 45 minit berjalan dan menggunakan public transport, aku tiba di rumah. Kelihatan Helena sedang bermalasan di sofa. Kunci rumah aku letak di tempatnya.

"Eh, Sarah. You balik dalam keadaan bersalji ni ke? Kenapa you tak call je I? I boleh pick up you" Helena sempat membebel sebelum bangun ke dapur.

Aku melabuhkan duduk di sofa, kelihatan beberapa model sedang berjalan melalui runaway terpapar di kotak televisyen.

"Nah, minum" satu mug lemon tea panas dihulurkan kepada aku. Helena sedia maklum tentang alahan aku terhadap susu, sebab tu kot dia tak bawakan hot chocolate untuk aku.

"Thanks babe" seteguk aku ambil. Terasa lega. Pening yang mula terasa tadi sudah semakin surut begitu juga dengan selsema tadi.

"Welcome, haih. You tu dahla cepat sakit. Lain kali roger je I tau"

"Ye Helena. I'll. Kalau I tau yang I akan kena bebel macam ni, I akan call you punya" usikku.

"Pandai eh kenakan I balik" marah Helena. Tapi marah manja jelah.

"Jom, dinner luar. I belanja" ajakku kerana memandangkan kami sama sama free. Dan selalunya kawasan sini agak cantik kalau tiba musim sejuk.

Last TearsWhere stories live. Discover now