Mine 8

104 9 1
                                    

Malam itu, tepat jam seperti selalu. Rafiq menelefon aku. Dengan segala kekuatan yang ada, aku tahan air mata dari mengalir kerana aku tahu andai aku menangis, keadaan akan bertambah buruk. Rafiq mesti akan risau dan nak gila risau melihat aku menangis. Setelah yakin dengan kekuatan diri sendiri, panggilan dari Rafiq aku jawab. Terpapar wajah Rafiq di skrin laptopku. Aku jarang bervideo call dengan Rafiq menggunakan telefon. Wajah kacak bersih Rafiq aku tatap penuh kasih. Lepas ni wajah ini takkan mampu aku pandang lagi, ini yang terakhir. Aku memerhati segenap tubuh Rafiq, mencari andai ada yang mencurigakan. Di jarinya tiada sebarang cincin.

"Hi sayang? Sayang okay tak ni?" suara itu, yang menjadi penceria hari hari aku dulu. Namun suara itu juga yang menyentak tangkai hati aku.

"I okay. You sihat?" aku cuba berbasa basi dengan dia.

"Okay je sayang. Cuma rindu dekat you. You know what? Berat badan I turun mendadak sangat sayang. Almost 5 kg" ngadu Rafiq dengan suara yang ceria.

"Ya ke? You tak makan ke dear?"

"I tak selera sangat, selalunya kan you temankan I lunch. But now, no one ingatkan I untuk lunch. Kekadang I terlajak sampai ke dinner. Tu pun kalau balik rumah, I terus tidur. I miss you so bad sayang. Rasa macam boleh gila tau tak" suara Rafiq agak bergetar, mungkin dia sedih.

"Kenapa you macam ni Rafiq? You patut jaga diri you, kesihatan you. I takkan selamanya dengan you. Soon or sooner, mungkin kita dah tak together" sebak hati aku saat menuturkan ini. Melihat betapa naifnya Rafiq dalam meluahkan cintanya pada aku membuatkan aku tidak sampai hati untuk membangkitkan hal itu.

"Apa you cakap ni sayang? I tak suka. You and I will always be together. I hanya sayang you sorang. No one could replace you Sarah Dayana. Only you and forever you can stay in my heart" merah muka Rafiq saat aku katakan begitu, aku tahu dia hanya sedih mendengarnya. Rafiq takkan pernah marahkan aku. Jelas pada raut wajahnya kerisauan.

"I mean it Rafiq. Tell me something I should know" aku bertegas, aku cuba untuk membuatkan dia sendiri yang jelaskan kepada aku.

"Apa ni sayang? I ada buat salah dengan you ke? Tell me sayang, what bother your mind?" Rafiq memandang aku risau.

"Are you married?" aku tak sanggup untuk menyimpan dan menunggu lagi. Makin lama aku teruskan, makin aku tersepit di antara asa hati aku dan kenyataan hubungan kami.

"What?!" jelas Rafiq terkejut.

"I know everything Rafiq. I know who your wife. And I deserve an explanation from you" aku masih dengan tegasku. Meskipun hati aku sungguh berdebar menunggu jawapan dari Rafiq. Separuh hati aku masih berharap bahawa apa yang aku lihat hanyalah pembohongan semata – mata.

"Sayang. I'm sorry. I tak bermaksud nak tipu you atau rahsiakan dari you. I just rasa benda tu semua tak penting pun sebab even I kawin dengan Su, hati I hanya untuk you" suara Rafiq mula kendur, dia menahan sebak menanti kata balas dari aku.

"Penting Rafiq. Dia isteri you and I ni hanya stranger je pada you Rafiq. You should tell me earlier. Since when?" aku cuba tidak memandang tepat ke arah mata Rafiq kerana hati aku mula berperang untuk mengalirkan air mata.

"No, sayang. Sarah Dayana bukan stranger dalam hidup I, you're my everything sayang. I would die for you. Remember the first time I lawat you kat sana? Balik je dari Jerman, my mom suruh I kawin dengan pilihan dia. Puas I tolak tapi tak berjaya. My mom akan anggap I anak derhaka kalau I tak ikut. I buntu sayang, I don't even know who my wife would be. I tahu you mungkin anggap I tipu. Tapi percayalah I, sayang. I taknak kawin dengan dia" pujuknya, jelas dengar suara sebak Rafiq.

"Mana dia?" aku enggan tergugat dengan suara lirih itu, aku masih bertegas dengan Rafiq.

"Kat kondo I. I duduk penthouse I. Kitorang buat haluan sendiri. Lagipun dia tahu yang I ada you. Dia tau je yang I pergi Jerman lawat you. Lagipun I dah plan nak divorce dengan dia soon. At least dalam 6 months or lebih sebab nanti my mom persoalkan pula"

Last TearsWhere stories live. Discover now