Mine 10

90 8 0
                                    

Masuk hari ini, dah hampir seminggu Sarah seperti mayat hidup. Helena mengeluh di muka pintu bilik Sarah. Dia sudah buntu dengan perangainya Sarah. Sudah lama dia tidak ke pejabat. Helena sudah penat bersabar melayan perangai Sarah yang seolah putus asa dengan hidupnya. Hari ini, Helena akan brainwash si Sarah tu.

Sarah yang sedang duduk termenung di balkoni rumah mereka didekatinya. Malam itu, langit penuh dengan bintang dan bulan yang sangat cantik. Helena duduk di kerusi di sebelah Sarah.

"Sarah, can we talk?" Helena cuba meminta perhatian dari Sarah.

"Kenapa?" Sarah menjawab tanpa memandang ke arah Helena.

"You ada agama kan?" Helena tahu soalannya agak kasar. Tapi melalui apa yang dia tahu dan baca, mungkin ini jalan yang terbaik.

Sarah seolah terkejut, memalingkan wajahnya memandang ke arah Helena.

"You act macam ni, macam you takde. I tahu I tak patut cakap macam ni. Tapi you kena sedar. Tuhan you buat semua ni mesti ada sebab. You kena muhasabah diri you, apa kurang you selama ni. Maybe Tuhan pisahkan you dan Rafiq untuk jadikan you lebih baik. Mungkin you tak cukup baik untuk Rafiq. Sarah, sedih tu boleh. I faham yang you kecewa. Tapi bila you asyik meratapi macam ni, you push away everyone dalam hidup you, you tak makan, you tak bergaul. Dalam masa you meratapi dan bersedih macam ni. You dah hilang banyak lagi kemanisan hidup you. The worst part is, you hilang diri you sendiri. Think about your parents and everyone around you. Stop blaming yourself for what already happened. Cari diri you balik. You macam ni, nothing would change. You the one who decided all this. So you kena ready dengan apa yang dah jadi" Helena berhenti berkata saat melihat air mata Sarah yang mula mengalir.

'Damn you Helena. You make it worst' Helena menyumpah dirinya di dalam hati.

"Sorry, kalau apa yang I cakap buatkan you sakit hati or marah. I just want the best untuk you" belakang badan Sarah digosoknya perlahan. Cuba meredakan tangisan Sarah. Meskipun tangisan tidak seteruk dulu, tapi masih membuatkan dia serba salah.

"Tak, I tak marah you. Apa yang you cakap betul. I tak patut buat perangai macam ni. Thanks sebab still sabar dengan I dan sedarkan I" Sarah tersenyum kepada Helena sebelum memeluk Helena mesra.

Dia sedar tentang perubahan dirinya. Dia juga tahu yang dia sudah lama tidak ke tempat kerja. Memikirkan perangai dia yang tidak matang ini membuatkan dia memarahi dirinya sendiri. Dia berjanji untuk takkan senang menangis lagi. Dia patut redha dengan apa yang jadi dan mulakan hidup baru. Ini pilihan yang dia sendiri buat. Jadi dia patut bersedia untuk menjalani hidup yang baru tanpa perlu persoalkan apa yang jadi.

Malam itu, mereka menghabiskan masa berbual. Melihat keceriaan yang ditunjukkan oleh Sarah membuatkan dia kembali senang. Dia tahu keceriaan itu hanya sesuatu yang palsu. Mustahil untuk Sarah semudah itu gembira. Kekecewaan Sarah mengambil masa untuk sembuh. Biarlah masa yang menyembuhkan luka di hati Sarah. Dia mendoakan yang terbaik untuk kawannya itu.

💖

Hari ini aku membuat keputusan untuk bersiar – siar di sekitar tasik berhampiran dengan rumah. Memandangkan cuti aku masih berbaki lagi 2 hari, aku bercadang untuk menghabiskan baki cuti ini dengan mencari kekuatan.

Bangku yang berdekatan dengan tasik itu aku duduki. Pada tangan aku terdapat sekeping simcard yang baru dibelinya tadi. Telefonnya di capai. Gallery dibuka, penuh dengan gambar – gambar dia dan Rafiq. Gambar vacation mereka, gambar mereka ketika keluar bersama dan selfie merepek yang dihantar saat rindu. Setiap keping gambar itu menyimpan pelbagai memori. Dia ketawa kecil saat melihat gambar Rafiq yang agak kebudakan. Ni mesti gambar yang dihantar kepadanya saat dia merajuk kerana Rafiq mengusiknya something.

Last TearsWhere stories live. Discover now