Mine 15

110 10 0
                                    

Mengenangkan hari ini aku dan dia akan bertemu. Pagi itu aku mengambil masa yang lama untuk bersiap dari kebiasaannya. Dari pemilihan baju, tudung sehingga ke solekan, aku mahukan yang terbaik. Terasa seolah ingin temu janji buat pertama kali. Aku tak pasti sama ada aku terlalu berharap hubungan kami pulih atau aku hanya inginkan pengakhiran yang tidak mengecewakan aku. Mungkin dengan pertemuan ini, aku akan lebih mudah untuk move on atau mungkin akan jadi pemulaan baru untuk aku dan Rafiq.

Laporan di hadapan aku masih mampu aku periksa meskipun agak lambat. Hal ini kerana terasa masa seolah lambat berjalan sehingga waktu lunch.

'Relaks Sarah, tak ke mana pun Rafiq'

Lantas laporan ditangan kembali aku periksa dengan teliti. Enggan mencampur adukkan kerja dengan perasaan aku sendiri. Jam terus berdetik sehinggalah aku sendiri terleka dengan kerja aku. Sehinggalah ketukan pintu dari Hani, assistant aku menyedarkan aku ke reality.

"Cik Sarah nak kirim lunch tak?" soalnya kerana kebiasaannya jika tiada perjumpaan di luar dengan client, aku akan mengirimkan saja melalui dia.

"Sokay, I pun nak keluar lunch dengan kawan I jap" seraya itu aku mengemas meja kerja aku sedikit. Pantang aku melihat keadaan bersepah.

"Okay, saya minta diri dulu" setelah mendapat keizinan aku, Hani pun beredar.

Seraya itu juga aku mecapai tas tangan aku untuk turut beredar. Sempat juga aku periksa penampilan aku di cermin. Aku melangkah menuruni le lobi dalam debaran kerana ini pertama kali aku keluar dengan Rafiq setelah apa yang jadi dan yang penting ini pertama kali keluar dengan Rafiq setelah aku berhijrah bertudung.

Kelihatan Rafiq berdiri mesra di depan lobi dengan kemeja yang disingsingnya. Penampilannya masih sempurna seperti selalu, masih segak meskipun agak cengkung. Pilu rasa hati aku saat memikirkan kehidupan dia sehingga begitu sekali jadinya.

"Hi, sayang. Why you suddenly nampak sedih je ni. Are you okay?" soalan dan panggilan nama dari Rafiq buatkan aku makin berdebar. Macam manalah aku nak lupakan dia kalau begini sempurna layanan dia pada aku.

"Nothing, jom" aku hanya menggeleng lemah sebelum mengajaknya pergi. Tidak betah untuk berdiri berduaan begitu.

Keadaan dalam kereta juga agak janggal. Meskipun kami pernah ada hubungan namun keadaan kini buatkan memasing janggal. Seolah pertama kali bertemu. Agak kelakar sebenarnya namun aku hanya teruskan berdiam. Sesungguhnya aku sendiri agak janggal untuk berbual dengan dia.

Sepanjang perjalanan, aku perasaan lengan Rafiq berbalut. Balutan yang agak baru. Terbit tanda tanya.

"What happened dengan tangan you?" suara aku memecahkan kejanggalan kami.

"Nothing much, luka sikit je" balasnya sambil memandang sekilas ke mata aku bersama senyumannya yang menenangkan.

"I tanya what happened, bukan how much you injured" nada aku agak serius, mungkin kerana kerisauan menghuni perasaan aku kini.

"Okay, sorry sayang. Tadi before I keluar jemput you ada something jadi kat hospital. Ada patient nak suicide and I nak tolong. Last last, kena lengan I. Tapi bagus juga. Kalau I tak luka macam ni, mesti you diam je sepanjang perjalanan" Rafiq kelihatan sedikit tersenyum sinis.

"Hm, you're okay right? I boleh drivekan kalau you nak" tak senang melihat dia cedera.

"Sokay sayang. I can still drive" senyuman diberikan pada aku.

"And one more thing, you yang senyap. I ikut je" aku sedikit terasa.

"Ya, sayang. I tahu. I just taknak you awkward dengan I" suara Rafiq memujuk aku. Terasa perjalanan agak jauh kerana aku agak berdebar bersama dengan Rafiq.

"Can you do me a favour?" aku menyoal saat kereta berhenti di lampu isyarat.

"My pleasure, what?" Rafiq memandang aku dengan kerutan. Menanti aku menyambung kata – kata aku.

"Stop addressing me sayang" meskipun aku senang dengan pangilan itu namun aku tahu aku tak patut biarkan berterusan. Memandangkan kami masing – masing tahu bahawa kami sudah tiada apa hubungan.

"No, because you'll always be my sayang. Forever" Rafiq memandang ke dalam mata aku sebelum meneruskan perjalanan kami.

Suasana menjadi sepi sepanjang perjalanan. Aku sedikit terganggu dengan kata – kata Rafiq kerana aku sedar kasih sayang dan perasaannya terhadap aku tak pernah mati. Terbit rasa sebak, aku tak tahu apa yang membuatkan aku layak dengan kasih sayang sekuat itu.

"I'm sorry kalau you tak selesa. I just want be honest with you and myself" kata kata Rafiq lagi membuatkan aku sebak. Jelas lelaki ini terluka dengan apa yang terjadi.

"Hm, you ada keje ke after this?" aku menyoal Rafiq tetiba.

"Tak, harini I off actually tadi gi hospital sebab hantar fail. Why?" Rafiq menyoal aku pelik, mungkin kerana aku seolah mengabai luahannya.

"Can we just drive thru some fast food? And pergi memana tempat yang sesuai untuk kita bual or something" mungkin idea aku agak mendadak tapi itu idea yang agak sesuai dengan keadaan kami kini. Takkanlah nak bincang kat kedai makan. Lagipun, aku minta persetujuan Rafiq dahulu memandangkan dia tidak gemar makanan segera. Huh, such a nerdy guy.

"Sure, mcd?" Rafiq menyoal memandangkan terdapat McDonald berhampiran.

Aku hanya mengangguk setuju.

💖

Last TearsWhere stories live. Discover now