Akhirnya hubungan aku dengan Rafiq sudah kembali pulih, terasa lapang dada aku memikirkan Rafiq sudah memberikan kebenarannya. Meskipun dia memberi idea untuk aku mendapatkan consultation dari rakannya, Alya namun aku berjaya memujuk untuk membenarkan aku untuk terus mendapatkan nasihat dari doktor peribadi aku sendiri dengan syarat aku tidak berahsia dengan Rafiq.
Aku bersyukur dikurniakan insan sebaik Rafiq yang sentiasa menyokong dan inginkan yang terbaik untuk aku. Aku dapat rasakan kasih sayangnya begitu tulus untuk aku. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan sehingga aku layak memilikinya. Aku berterima kasih pada Tuhan. Dapat juga aku merasa menyusukan Akif, lagipun untuk kebaikan Akif dan bakal anak – anak aku juga. Aurat juga terjamin. Terasa tidak sabar untuk menjadi ibu yang menyusukan Akif.
"Thank you dear. I love you so much and I'm sorry for my behaviour" Rafiq disebelah aku dipeluk erat.
"Welcome, sayang. Anything for you and I love you more. I'm sorry too, for my action" terasa erat Rafiq membalas pelukan aku tadi. Terasa ciuman singgah di dahiku. Tumpah segala kasih sayang. Malam itu, nyenyak tidur aku dan Rafiq, tiada lagi masalah dan kerisauan.
💖
Sejak mengetahui aku mengandung, Rafiq semakin protective dengan aku. Segala pemakanan dan aktiviti aku dipantaunya. Aku senang dengan layanan Rafiq, cara dia manjakan aku. Meskipun pada mulanya dia agak risau dengan berita kandungan aku namun sedikit sebanyak dia menerimanya kerana melihat aku gembira.
Inshaallah penyakit aku tidak akan mendatangkan komplikasi kerana aku sudah sembuh dari masalah hypothyroidism aku. Kini aku hanya berkerja dari rumah sahaja. Lebh mudah untuk aku menjaga dan memberi perhatian kepada Akif. Akif juga sudah pandai bercakap memandangkan usianya sudah masuk 2 tahun. Aku bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar.
Hari ini aku bercadang untuk mencari bahan untuk memasak untuk makan malam ini memandangkan hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan aku dan Rafiq yang pertama. Sudah hampir setahun kami berumah tangga, setelah hal breast feeding dulu. Tiada lagi perselisihan faham antara kami. Mengenali antara kami sejak dari usia 16 tahun lagi sudah membuatkan kami masak dengan perangai dan emosi masing – masing.
Akif aku letakkan pada babyseat yang aku letak pada bahagian tepi pemandu. Lebih mudah untuk aku menguruskannya. Pemanduan berjalan lancar, sesekali aku berbual mesra dengan Akif.
💖
Panggilan dari Sarah tamat, lockscreen terpampang wajah manjanya Sarah. Terbit rasa kasih yang menggunung terhadap seorang insan bernama Sarah Dayana. Gallery aku buka memandangkan sekarang merupakan waktu rehat aku. Fotonya Sarah menghiasi hampir semua dalam gallery aku. Turut ada wajahnya Akif. Terkenang saat Sarah mengkhabarkan berita kehamilannya, terbit rasa syukur meskipun aku risau dengan keadaan kesihatan Sarah namun laporan kesihatannya membuatkan aku kembali lega kerana THS levelnya sudah kembali stabil.
Kelihatan makan malam tersedia enak di meja makan. Sarah menarik aku mendekati tempat dudukku. Senyuman menghiasi di bibirnya. Melihat senyuman itu aku juga turut tersenyum.
"Ada apa ni sayang?" aku menyoal saat Sarah menyedukkan lauk ke pinggan aku.
"Takde apa, saja nak masak special untuk abang hari ni" Sarah masih tersenyum.
"You sure, sayang? Better bagitau dulu, if not abang taknak makan lagi" aku memandang Sarah pelik. Mesti ada sesuatu yang diingini Sarah, tahu sangat dengan manjanya ini.
"Okay okay. Langsung tak bagi peluang kat I. Nah" Sarah menghulurkan sekotak hadiah untukku. Seingat aku hari ini bukanlah hari jadi aku mahupun special date untuk apa – apa.
YOU ARE READING
Last Tears
Short StoryMenyayangi itu satu kekuatan untuk dia, juga satu kelemahan untuk dia. Saat perlu memilih antara 2 masing - masing tersepit antara syurga atau cinta, antara cinta atau impian. Melangkah pergi bukan bermaksud tamatnya hubungan itu, tapi permulaan kep...