Mine 17

73 6 0
                                    

Malam itu aku memeriksa laporan yang penting untuk mesyuarat esok. Kini tiada lagi lara seperti dulu, hari aku mula terasa seperti dulu. Udara yang dihirup juga terasa segar dan dada aku kini lapang dari segala kerisauan dan tanda tanya. Telefon aku berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Dari siiapa lagi kalau bukan dari Rafiq. Hanya dia saja yang akan menganggu aku. Hidup aku hanya kerja dan dia sahaja.

Sayang, can we meet tomorrow? Got something to discuss.

I quite busy tomorrow. Can we meet for dinner?

Sure, I'll pick you up at 9. Can?

Sure

Sayang, I tau you busy with your work now. But make sure don't stay up too late okay? Take care of your health, don't forget your medicine.

Sorry, dear. I got report to check for tomorrow meeting. But promise you, I takkan stay up too late and I'll take my medicine.

Okay. I off dulu. Night, sayang. I love you. Thanks for today.

Night and love you too.

❤️

"Online" tadi kini bertukar kepada "last seen". Aku tersenyum mengenangkan layanan dia yang tidak pernah berubah. Sedar dari angauan tadi, aku kembali menyiapkan kerja yang tertangguh. Seperti yang dijanjikan, aku sedaya upaya menyiapkan kerja sebelum jam 12.30 malam dan aku mengambil ubat aku sebelum tidur. Mengharapkan esok menjadi permulaan baru untuk hubungan aku dan Rafiq.

'Terima kasih Allah"

💖

Jam 9 malam, Rafiq muncul mengambil aku untuk keluar makan. Pelik, sepanjang dalam perjalanan. Rafiq langsung tidak bersuara. Terbit rasa risau andai ada sesuatu yang tidak kena. Ketika di traffic light juga dia mengelamun.

"Sayang?" aku menyeru Rafiq. Tiada sahutan dari Rafiq, matanya sahaja tumpu pada jalan tapi aku tahu fikirannya merewang jauh.

"Rafiq Hakimi!" suara aku sedikit aku kuatkan.

"Ya, sayang? What? Are you okay?" dengan nada yang sedikit terkejut, Rafiq memandang aku sekilas.

"I okay. You yang tak okay. I panggil pun mengelamun" marahku sedikit.

"Sorry, I tak dengar."

Memandangkan sudah sampai ke destinasi, aku hanya diamkan diri. Malas untuk memanjangkan hal tadi. Mungkin ada hal kerja yang dia sedang fikirkan. Aku turun dari kereta menuju masuk ke restoran. Rafiq, kelihatan berjalan laju mendekati aku dari belakang. Tiba di meja makan, kami masing – masing berdiam diri sehingga membuat pesanan.

"Sayang, I tahu you marah pasal tadi. I'm sorry okay?" Rafiq memecahkan kesunyian antara kami sejak dari tadi.

"I'm not mad at you. I just pelik kenapa you diam and mengelamun je. I know you got something on your mind. That's why I asked you" aku tersenyum sebagai tanda aku tidak marah dengan dia. Tiada maknanya aku nak marah hanya sebab kecil macam tu.

"Hm, actually I tengah fikir macam mana nak bagitau you apa yang I fikirkan" Rafiq kelihatan agak keberatan untuk meluahkan apa yang ada dalam fikirannya.

"Bagitau je, dear. Spill it and we figure out together"

"Can I meet your family? My family and I, actually" kelihatan Rafiq menggosok belakang kepalanya perlahan. Tahu sangat kalau dia tengah malu, memang dia akan berbuat begitu.

Aku tidak dapat menahan diri dari ketawa.

"Sebab tu je you mengelamun? Rafiq, you boleh je nak jumpa my family. Plus, my family datang rumah I this weekend. You can meet them if you ready enough" aku senyum sedikit mengusik Rafiq.

"Sayang, I'm ready enough to meet your family. A long time ago lagi I ready. Tapi what your family would say. Lelagi I pernah lukakan hati you. And dengan status I lagi" kelihatan kegusaran pada wajahnya. Dan nampaknya aku perlu untuk serius.

"Rafiq, my family okay je. They know everything about us. I told my family yang kita together again. And my family okay with that. And yes, including my brother. So, you jangan risau okay? About your status, they okay with it as long as I'm okay"

"Really?" wajahnya masih ragu – ragu.

"Yes, and can I request something?"

"Sure, apa tu?" perbualan kami terhenti kerana pesanan kami tiba.

"Hm, you free ke weekend ni? On Saturday?"

"I'll free my weekend for you. Saturday and Sunday if you want" senyuman Rafiq yang sentiasa mendebarkan aku. Terasa indah melihatnya.

"Okay. I nak you temankan I pagi tu cari barang untuk masak. But, I nak Akif ada" serba salah sebenarnya dengan permintaan aku kerana aku tahu topik Akif agak sensitif untuk Rafiq.

"Sure, boleh je sayang. I'll pick you up pagi tu. With Akif"

"Are you okay with it? About Akif"

"I okay je. I tahu you nak rapat dengan Akif and I'll always support you. So, don't worry okay. And if you want, kita keluar nak? On Sunday"

"Hm, sure. Boleh je sebab I free this whole weekend" aku senyum gembira dengan penerimaan Rafiq.

Seraya itu, kami menikmati makanan yang dihantar tadi.

💖

Last TearsWhere stories live. Discover now