Mine 13

97 8 0
                                    

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku, aku sekadar melempar pandangan aku ke luar tingkap kereta. Perbualan aku dengan mak sedara Kak Aisha iaitu ibu Rafiq dan Rauda menerobos masuk ke dalam fikiran aku. Aku sempat berbual dengan Puan Hajar ketika Kak Aisha meninggalkan aku untuk ke tandas.

"Sarah kan?" tegur Puan Hajar ketika aku dan dia sedang duduk di kerusi di dapur.

"Ya saya" aku hanya membalas pendek. Bukan niatku untuk begini, cuma aku janggal untuk berbual dengannya kerana aku tahu tentang keadaan hubungan aku dan Puan Hajar.

"Auntie nak minta maaf dengan Sarah, tentang apa yang jadi. Auntie tak tahu nak terangkan macam mana dengan Sarah. Cukuplah Sarah tahu yang auntie rasa bersalah sangat dengan Sarah, dengan anak auntie. Auntie tahu yang auntie dah kecewakan Sarah. Memang salah auntie, apa yang jadi ni semua puncanya auntie. Auntie harap lepas Sarah tahu nanti, Sarah boleh maafkan auntie dan terima semula Rafiq kalau boleh" Puan Hajar mencapai tangan aku sebelum di genggam lembut.

"Maksud auntie? Sarah tak faham" aku bingung dengan apa yang Puan Hajar maksudkan.

"Auntie takleh terangkan lebih – lebih. Nanti Sarah dengar sendiri dari mulut yang layak" Puan Hajar mengusap lembut bahu aku tanda memujuk aku.

Perbualan kami tamat begitu saja ketika Kak Aisha muncul. Ketika bersalam juga Puan Hajar sempat berbisik maaf semasa aku dan dia berpeluk.

Sungguh aku buntu dan keliru dengan apa yang jadi. Aku perlukan seseorang untuk terangkan kepada aku. Kebuntuan aku berlarutan sehingga tiba di rumah aku.

💖

Terasa segar badan aku setelah mandi sebentar tadi, malam itu aku bercadang untuk memeriksa beberapa laporan dan kerja lain. Secawan teh limau suam di atas meja aku. Suasana dingin hujan di luar rumah aku, terasa sehingga ke dalam bilik kerja aku.

Jam di dinding kelihatan pukul 10 malam. Masih awal memandangkan esok masih hujung minggu. Kerja aku terganggu dengan panggilan telefon yang aku terima. Panggilan itu aku terima, telefon ditekap ke telinga sambil mata aku masih fokus kepada helaian kertas laporan di tangan aku.

"Hello" aku bersuara menyapa si pemanggil. Sesekali aku berkerut sedikit saat terbaca beberapa perkara di laporan itu.

"Hello, Sarah here. Anything can I help you?" aku menegur setelah tiada sapaan suara dari pemanggil. Kertas laporan aku letakkan ke meja. Skrin telefon aku periksa, panggilan dari nombor yang tak dikenali.

"Sarah, sayang. It's me" mendengar suara itu, aku kenal siapa.

'Rafiq Hakimi'

"Sorry, I'm busy" dalam aku berkira untuk matikan panggilan. Aku terdengar suara Rafiq.

"We need to talk. I miss you so much sayang" terdengar suara Rafiq seolah seperti menangis. Panggilan itu aku tamatkan.

Tipu kalau hati aku tak terusik mendengar suara dia, panggilan sayang dari dia membuatkan aku teringat kembali kenangan kami. Sungguh aku masih buntu dengan apa yang jadi. Aku perlukan seseorang untuk terangkan kepada aku. Seseorang yang rapat dengan Rafiq dan Puan Hajar. Dan orang itu ialah Rauda. Seraya itu aku menghubungi Rauda. Semoga dia tidak tidur lagi. Beberapa deringan, panggilan aku dijawabnya. Kedengaran suara Rauda.

"Kak Sarah, sebelum akak marah Rauda. Rauda minta maaf sangat, Along yang paksa Rauda untuk kasi number akak. I'm sorry, Rauda tahu akak mesti marah Rauda" suara Rauda terselit pelbagai emosi, cemas ada, takut ada. Aku ketawa kecil.

"Sokay, Kak Sarah call ni sebab nak aja Rauda teman akak lunch esok. Boleh?" aku berharap Rauda sudi. Banyak perkara yang aku ingin soal kepada Rauda.

"Sure, nanti akak ws Rauda location. Kita jumpa kat sana nanti" Rauda memberikan persetujuannya. Lega hati aku.

"Ok, nanti Kak Sarah ws Rauda. Okayla, Kak Sarah letak dulu. Akak nak check laporan sikit" aku meminta diri, setelah menerima ucapan selamat malam dari Rauda, panggilan itu aku matikan.

Aku kembali menyambung kerja aku yang terbantut. Khusyuk saja aku menyiapkan kerja aku tanpa aku sedar jam sudah berganjak ke jam 12.40 malam. Setelah kerja siap, aku mula bersiap untuk tidur. Sambil berbaring, aku periksa telefon aku. Kelihatan satu mesej diterima dari satu nombor.

Sayang, don't work too much. Take a rest. Sleep early okay? And please, don't think too much. If you have time, text me. You deserve an explanation so do I deserve some chance

Membaca sebaris ayat itu aku sudah tahu dari siapa, tanpa membalas mesej itu aku save number phone Rafiq. Malam berlanjutan dan aku pun tertidur.

💖

Memandangkan aku dan Rauda sudah selesai makan, aku berkira untuk menyoalnya.

"Rauda, can I ask something?" aku menyoalnya setelah Rauda menolak ketengah pinggan kosongnya.

"Sure, pasal apa?" Rauda mengelap tepi bibirnya sebelum menyisip sedikit air. Menunggu soalan dari Sarah.

"Explain pasal apa yang jadi dengan Rafiq" aku memandang Rauda penuh berharap, sungguh aku inginkan jawapan.

"Hm, memandangkan Rauda dah buat salah dengan akak. So kiranya ni bayar hutang tau. Ok, Kak Sarah nak tahu dari mana?" Rauda menyoal, wajahnya serius.

"Everything" ya, aku ingin tahu semuanya.

"Ok, lepas Kak Sarah dengan Along putus. Along macam orang tak betul, kerap nangis, selalu termenung, senyap je dia. Makan pun tak, akak perasan kan abang makin kurus. Along macam hilang semangat, hidup dia hanya rumah dan hospital je. Dia macam takde jiwa"

"Wife dia?" aku perasan perubahan Rafiq semalam. Dia kelihatan cengkung saja.

"Along dengan Kak Su dah bercerai. Lepas Kak Su bersalinkan Akif. Masa Along down dulu Kak Su ada juga berbaik dengan Along. Nampakla juga Along cuba terima Kak Su walaupun Rauda tahu yang Along memendam hati rindukan Kak Sarah. Lepas bersalinkan Akif, Kak Su buat hal dan diorang berpisah cara baik. Akif dapat kat Along untuk jaga. Kalau pasal Akif, Rauda rasa better Kak Sarah tanya Along sendiri" Rauda memberikan aku senyuman serba salah, aku faham mungkin perkara itu agak sensitive.

Aku hanya terangguk perlahan. Cuba menghadam explanation dari Rauda.

"Cuma Rauda nak Kak Sarah tahu yang Along sampai sekarang sayangkan Kak Sarah. Dia cinta mati dekat akak. Rauda sendiri jadi saksi jatuhnya seorang Rafiq Hakimi. Setiap malam dia mengigaukan akak. Mudah je air mata Along mengalir kalau ada tetiba Along ingatkan akak. Semua benda pasal Kak Sarah. Sarah yang suka aiskrim, Sarah yang takut petir. Rauda ni sampai dah boleh kenal benda yang akak suka, benda yang akak takut. Along asyik keluar masuk ward je sebab dia terlalu sibukkan diri dia dekat hospital tanpa rest, kekadang makan pun tak. Akif tu pun Along langsung tak ambil tahu. Please Kak Sarah, terimalah Along. Bagi dia peluang sebab benda ni semua jadi bukan salah Along. Ibu pun dah menyesal sangat dengan apa yang jadi, lelagi dia tengok anak kesayangan dia tu jadi hilang semangat macam tu" Rauda memegang lembut tangan aku sebagai tanda pujukan mungkin.

"Kak Sarah tak boleh decide, akak perlu masa. Sorry" aku serba salah melihat Rauda yang begitu berharap.

Aku tau ini bukan salah Rafiq. Aku dan Rafiq sama – sama terluka, kecewa. Tapi aku juga manusia yang perlukan masa untuk berfikir dan menghadam semua ini. Luka aku masih basah. Aku perlukan ruang untuk menghadam semua kenyataan ini. Jujur yang aku pun masih sayangkan Rafiq dan aku masih berharap agar hubungan kami masih punya peluang. Tapi bukan sepantas ini.

💖

Last TearsWhere stories live. Discover now