Mine 9

96 9 0
                                    

Aku terjaga dari tidurku. Aku sedar semalam aku tertidur di sejadah tapi pagi ini aku berada di katilku. Kepala terasa berat sangat. Dalam aku sedang berusaha untuk bangkit, pintu bilikku dikuak dari luar. Helena muncul dibalik pintu. Dulang makanan yang dibawanya itu diletakan di meja kecil di sisi katil aku.

"Hi babe. Morning. You demam ni, so you tak payah pergi kerja tau. I already call your PA" Helena mengambil tempat di sisi katil aku. Rambut aku diusapnya perlahan. Helena umpama seorang kakak kepada aku.

"Kitorang dah putus Helena. I dah hilang dia" aku kembali sebak. Air mata mula mengalir. Aku yang sedang duduk di penjuru katil dipeluk oleh Helena. Aku menangis lagi dan mula teresak. Sukar untuk aku gambarkan rasa sakit di hati aku kini. Rafiq cinta pertama aku dan pengakhiran hubungan kami juga dalam keadaan baik.

"Shush, just cry out everything yang you rasa. Luahkan apa yang kat hati you. I dengar" pujuk Helena. Bahu aku diusap lembut, menyalurkan kekuatan untuk aku.

"Macam mana I nak teruskan hari I Helena. I sayang dia sangat. Masa I sakit terlantar kat hospital dulu, dia yang temankan I. He done everything for me. Sikit pun dia tak pernah berkasar dengan I, dia tak pernah mengeluh untuk layan karenah I. Even kitorang pernah long distance masa belajar dulu, tak pernah sekalipun kitorang bergaduh. Takde istilah orang ketiga pun dalam hubungan kitorang. Dia selalu buatkan I rasa I sentiasa ada dia. Tak pernah lupa call or contact I. Tak pernah terlepas our important days. 10 tahun! 10 tahun kitorang kenal. Banyak sangat, Helena. Banyak sangat kenangan kitorang. Hubungan kitorang tak pernah ada masalah sebesar ni, kalini yang pertama dan ni jugalah punca end of our relationship" aku meraung, menangis. Sungguh aku tak kuat. Memikirkan kenangan kami buatkan aku makin lemah.

"Semalam" aku tersedu sedu, suara aku tersekar sekat. Air mata mengalir laju.

"Calm down Sarah. Slow slow" pujuk Helena. Dia mula risau melihat keadaan Sarah yang tidak bermaya dan masih menangis.

"Semalam, masa I minta break up dengan dia. Rafiq merayu dan menangis suruh I stay. Kejam ke I buat dia macam tu? Mesti dia benci kan? At least I tahu yang dia takkan nak I lagi. Sangat cepat perpisahan kitorang, I patutnya tangguhkan dulu. I should not hurt him that much. Lagi – lagi after everything yang dia buat kat I" aku menangis hiba. Mengenangkan kekejaman aku pada Rafiq malam tadi. Buatkan aku dihimpit serba salah. Okay ke Rafiq sekarang? Macam mana dia sekarang? At least dia ada isteri dia untuk pujuk dia.

"No, impossible dia akan bencikan you. You kena doa supaya both of you, kuat. To face this heartbroken. Benda dah jadi macam ni, you kena terima semua ni. You should move on Sarah. Lepaskan dia pergi" Helena memujuk Sarah lembut. Hiba dia melihat Sarah yang sentiasa senyum dan ceria, kini menangis dan meratapi.

"I want him! I nak dia! I nak Rafiq!" raungku kuat. Helena memelukku erat. Aku meronta dalam dakapan Helena. Meraung memanggil nama Rafiq, berharap yang dia akan datang di hadapan aku. Nafas aku mula pendek, jantun aku terasa sangat sakit. Sakit seperti dulu, makin lama makin sakit. Dan pandangan aku kelam.

💖

Masuk hari ini, sudah hampir 3 hari Sarah terlantar di hospital. Sakitnya dulu kembali menyerangnya kembali. Dia hanya terbaring lemah dan termenung. Jasadnya saja di hospital, namun jiwanya tiada di situ. Safiq Damian hanya dapat menemani Sarah pada malam pertama dia dimasukkan ke hospital. Safiq terpaksa pulang ke Malaysia kerana mempunyai flight.

"Adik, please. Bangun. Janganlah macam ni. You should move on. Bangkit semula. Jangan mengalah macam ni. Ma dan pa akan risaukan adik kalau adik terus macam ni" anak rambut adiknya diusap lembut. Sayu hatinya melihat keadaan adiknya yang tidak bermaya dan mudah saja mengalirkan air mata.

"I want him, abang. Please" aku mula mendongkoi sayu. Air mata mengalir lagi.

"Dah adik dah. Lupakan dia. Dia dah jadi hak orang lain dah dik. Sampai bila adik nak macam ni? Dia takkan kembali dah" Safiq masih setia memujuk adiknya.

Sarah hanya diam dan menangis. Hanya air mata yang mengalir, tiada suara.

"Abang balik dulu. I got a flight. Nanti abang datang lagi sini" Safiq hanya mampu tersenyum pilu saat melihat Sarah tidak memberikan apa apa reaksi. Dahi adik kesayangannya itu dikucup lembut. Berat hatinya meninggalkan adiknya sendirian di tempat orang, lebih – lebih lagi dalam keadaan seperti sekarang. Helena yang menanti dimuka pintu, dihampirinya.

"Jagakan Sarah untuk abang eh? If there's anything, terus update dekat abang. Pasal bil or anything, nanti Helena ws kat abang. Nanti abang transfer duit" hanya Helena sajalah harapan dia untuk tolong pantau adiknya itu.

"It's okay. Sarah kawan I, mestilah I akan jaga dia. Abang Iq jangan risau. I akan selalu update pasal Sarah dengan Abang Iq. Ni Abang Iq nak pergi airport macam mana?" Helena cuba menyakinkan Safiq. Sudah tentu dia akan sentiasa pantau keadaan kawan karibnya itu. Melihat Sarah dalam keadaan begitu membuatkan Helena dihantui rasa serba salah.

"Thank you sangat Helena. Abang pergi airport dengan kawan abang. So, abang minta diri dulu eh. Thank you lagi sekali" Safiq meminta diri untuk beredar memandangkan dia ada tanggungjawab dia sebagai pilot untuk flight seterusnya nanti.

Helena hanya mengangguk saja dan menghantar pemergian Safiq Damian dengan pandangan. Setelah batang tubuh Safiq sudah tidak kelihatan. Helena mendekati Sarah yang sedang duduk termenung melihat keluar tingkap yang menghala ke taman hospital ini.

"Sarah, jom breakfast. I ada masak chicken porridge untuk you. Lepas makan ni, you makan ubat and rest kay. I suapkan you" Helena mengambil tempat duduk di kerusi sebelahnya Sarah. Mangkuk bubur yang dibawanya tadi dipegang.

Helena memujuk lembut Sarah untuk menjamah makanan yang dibawanya. Suapan sudu Helena, Sarah sambut lemah. Tiada tenaga untuk dia membuka mulut. Sejak kejadian itu, dia tidak menjamah banyak sangat makanan. Seleranya juga turut hilang seperti jiwanya.

Masuk suapan ke 3, Sarah menggeleng menolak untuk menjamah lagi. Helena yang memahami Sarah yang tidak menjamah lagi, menghulurkan segelas air kosong bersama ubatnya. Sarah kembali membuang pandangan ke arah taman yang tersergam indah di luar hospital itu

Helena hanya meninggalkan Sarah sendirian kerana dia perlu kembali ke tempat kerjanya. Dia masih punya tanggungjawabnya yang lain. Serba salah untuk meninggalkan Sarah sendirian, namun dia terpaksa memandangkan ada beberapa task lagi yang perlu dia lengkapkan sebelum pulang ke tanah air hujung tahun ini.

'I doakan semoga you kuat, Sarah. I nak Sarah yang dulu. Please come back' monolog Helena sebelum beredar.

💖

Last TearsWhere stories live. Discover now