Suasana perkuburan diisi dengan tangisan . Hujan mula merintik . Seakan tahu hati yang sedang menangis . Tak .. bukan hanya hati ..
Hujan yang kian lebat tidak membuatkan dia , Eiden Rian berganjak walaupun sedikit dari pusara arwah isterinya , Aisy Zahra.
Semuanya bagaikan mimpi . Seakan baru semalam mereka diijab kabul dengan kelam kabut .
Seakan baru semalam , dia melihat Zahra anggun dalam gaun pengantin. Riak ceria dan teruja milik gadis itu.
Tuhan , kenapa semuanya berlalu begitu pantas ? Mengapa dia perlu hilang orang yang dia sayang sebegini rupa ?
Lagi sakit dirinya saat dikejutkan dengan berita bahawa Aisy Zahra sedang mengandungkan anaknya. Walapun baru berusia 4 minggu . Dia kehilangan dua insan tersayang dalam satu masa .
Tanah yang masih merah itu digenggam erat . Dia mula menangis. Rata-rata anak buahnya berdiri tegak dengan memakai baju melayu warna suram hanya mampu menunduk .
Jujur didalam hati mereka sebak melihat ketua mereka begitu . Namun apa kan daya . Nak ditegah pasti hancur muka nanti . Jadi mereka biarkan saja asal tidak melebih-lebih.
"Sayang..kenapa sayang pergi ? Kenapa tinggalkan abang ? " lirihnya. Badan sudah basah dihiraukan .
"Anak Daddy..kenapa bawa Mummy pergi..Daddy nak tengok anak Daddy.."
Yang lain mula mengesat air mata masing-masing .
"Daddy nak beli toys dekat anak Daddy . Daddy nak bawa anak daddy jalan-jalan.. God.."
Eiden kalah . Kalah dengan tangisan yang menggila . Dia tahu , dia tak akan mendapat kembali isteri dan anaknya .
Satu persatu detik terindah mula terlayar di minda . Dari hari pertama Aisy Zahra bergelar isteri sahnya hingga hari semalam . Hari terakhir dimana dia melihat Zahra memandangnya dengan pandangan teruja . Membalas senyumannya dengan senyuman manis .
Puan Zurain juga sedang menangis dalam dakapan suaminya . Kehilangan Aisy Zahra memberi kesan yang besar terhadap mereka .
Aisy Zahra seorang anak yang patuh , seorang isteri yang taat dan seorang kawan yang peramah. Wallahu ..
Syurga tempatmu wahai isteriku
"Bawa abang sekali sayang . Abang dah tak ada sesiapa dalam dunia ni . Sayang harta abang . Sayang jiwa abang . Kalau tak ada sayang , abang kosong . Lebih baik abang mati sahaja " lirih Eiden menangis tak berlagu .
Dadanya yang sakit dicengkam kuat . Air hujan yang melimpah turun keseluruh badannya tidak menghalang dia untuk terus menangis .
Berpinar matanya . Dia kerdipkan berkali-kali . Pening kepala . Dia jatuhkan diri diatas tanah merah itu . Seakan memeluk arwah isterinya .
"Sayang..abang nak ikut..."
Ujarnya sebelum semua mulai gelap .
- - - - -
"Abang !! "
Eiden yang pada mulanya bingung mengapa dirinya di sebuah taman yang indah mula tercari-cari suara itu . Suara yang cukup dia kenali . Suara yang dia rindui .
Dia tercari-cari hingga satu saat dia terpaku melihat bidadarinya sedang manis tersenyum . Mata Eiden mula berkaca .
Zahra sedang berdiri tidak jauh darinya . Melambai-lambai tangan dengan teruja . Senyuman ceria yang dia rindui tak lekang dari bibir gadis itu .
Eiden terus berlari . Berlari selaju mungkin mendapatkan Zahra . Laju . Makin laju .. tetapi kenapa Zahra menangis sambil menggelengkan kepalanya .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Last Love
RomancePerkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara tanpa rela untuk menutup malu kelurga Eiden Rian kerana pengantin perempuan Rose Emilyn mengambil k...