Suasana villa mewah keluarga Eiden sungguh ceria biarpun pada waktu malam .
Semua sanak saudara Encik Edham dan Puan Risya datang bertandang setelah dijemput hadir ke majlis keluarga .
"Pergi bercuti ke Pulau Pinang , bila kau nak masuk minang ? "
"Kekasih hati bernama Farhan , jangan risau jodoh ditangan Tuhan "
Rina kadang tergelak kecil mendengar sepupu-sepupu Ayden berbalas pantun dua kerat . Ayam diatas pemanggang diterbalikkan .
Dia dengan sukarela menawarkan diri untuk menjadi 'pembakar ayam ' malam ini .
"Tak payah nak suka sangat . Terpecik air liur dekat ayam . Jijik nanti orang nak makan . Nak-nak air liur kau " sinis ayat itu membuatkan Rina terdiam .
Dia tahu Ayden dihadapannya sekarang ini .
"Maaf " ucapnya perlahan .
Ayden berpeluk tubuh . Memerhati tajam Rina dari atas ke bawah .
"Aku datang sini nak ambil ayam tapi sebab kau yang bakar . Loya pula aku nak makan . Sama jijik dengan kau "
Terus dia berlalu dari situ . Rina ketap bibir . Matanya mula berkaca . Dia cuba usir sakit di hati .
"Hey Beautiful , nak aya-..Hey ! are you okay ? What's wrong , beautiful ? " Affan yang baru ingin meminta ayam dari Rina terus meletakkan pinggan dan menarik bahu Rina menghadapnya .
Dagu Rina diangkat . Mata bundar hitam berkaca itu akhirnya mengalirkan air terjun yang deras .
"Shh , what's happen ? What's wrong ? " pertanyaan itu hanya membuatkan Rina makin kuat menangis walaupun tanpa suara .
"Sa..sakit.." teresak-esak dia cuba bersuara . Ya , dia juga jijik dengan dirinya sendiri . Dia juga sudah biasa mendengar perkataan itu yang dilemparkan oleh orang laun namun kenapa saat Ayden menyatakan perkataan itu hati bagai dihiris ? Dada terasa perit ditikam . Nafas terasa bagai disekat .
"Fuck..please don't cry .." terus Affan tarik Rina kedalam dakapannya . Dia tepuk belakang Rina perlahan . Cuba menenangkan gadis itu .
Setelah dua tiga minit berlalu , Affan lepaskan pelukkan . Dia menundukkan sedikit kepalanya cuba mengintai mata Rina . Gadis itu sudah reda dengan tangisan . Rina gigit bibir bawah .
Argh malu !
"Hey.."panggil Affan perlahan .
Mata Rina terus memandang tepat mata hazel Affan . Affan ukir senyum manis .
"Roses are red , violets are blue , don't you know you're so beautiful ? "
Seksi suara itu cuba bermain ayat manis . Rina pandang ke arah lain . Malu melihat senyum Affan yang sangat menggoda !
"Makan dah ? " Affan melekapkan tapak tangannya dibahagian telinga Rina *area telinga dengan pipi . Faham ?😂*
Rina menggeleng kepala . Tadi ingat nak makan tapi belum sempat nak makan datang si Ayden . Menghilangkan seleranya yang memang dari pagi tak makan .
"Jum makan . Teman Affan " Affan menarik tangan Rina menuju kedalam rumah . Erat jari jemari kasar itu berpaut dengan jari kecil Rina .
"Wait here . I go and get you some meals . Okay beautiful ? " Rina hanya angguk kepala .
Dia ukir senyum janggal . Dah lah tak kenal lepastu menangis pula depan Affan ! Malunya !!
"Beautiful , nah " suara Affan menyentakkan dia dari lamunan . Rina ambil pinggan dari tangan Affan dan ucapkan terima kasih .
![](https://img.wattpad.com/cover/140645299-288-k983850.jpg)
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Last Love
RomansPerkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara tanpa rela untuk menutup malu kelurga Eiden Rian kerana pengantin perempuan Rose Emilyn mengambil k...