"Ian nak keluar kejap . Make sure tidur awal k ? Jangan tunggu Ian . Ian pun tak tahu balik pukul berapa okay ? " pesan Eiden mencium dahi Zahra sekilas .
Zahra hanya mengangguk faham . Bayangan Eiden yang sudah menapak keluar dari bilik hanya diperhatikan .
Jam di dinding dikerling : 21:47 p.m .
Zahra mengeluh . Rosak rancangannya untuk meluangkan masa bersama Eiden sebaik saja Eiden menerima panggilan dari seseorang .
Zahra membaringkan tubuhnya . Berkalih-kalih mendapatkan posisi yang selesa sebelum dia termenung dan terlena .
- - - - -
"Pahal ? Tak boleh tunggu besok ke ? "
Rayden , Mikael , dan Adam memandang figura bertubuh tegap yang melangkah masuk kedalam rumah .
"Sampai pun kau , Bro . Aku ingatkan dah on mode dengan bini " sampuk satu suara daru dapur .
Melangkah lelaki itu ke ruang tamu dengan sebotol susu ditangan kanan , Ayden Ryan , adik lelaki kepada Eiden Rian .
Eiden menjeling adiknya tajam .
"Kau tu yang balik Malaysia kenapa ? Tinggal jelah dekat US sana " Eiden menjeling Ayden menyampah .
Sewaktu majlis pernikahannya dengan Zahra , adiknya , Ayden tidak dapat hadir kerana perlu menguruskan anak syarikat keluarganya di US .
Ayden memang tinggal di sana memandangkan dia juga sedang further study . Jarang balik ke tanah air melainkan dia tengah pokai .
Pokai apanya , harta mak bapak tak habis dimakan tujuh keturunan . Mereka merupakan jutawan muda di Malaysia . Bukan mereka sahaja , ibu bapa mereka , Encik Edham dan Puan Risya juga merupakan jutawan memandangkan pasangan suami isteri ini mempunyai kerjaya yang hebat .
Encik Edham , walaupun tak diberikan pangkat atau gelaran Dato' , Dato' Sri , beliau merupakan seorang jutawan #5 Malaysia kerana memiliki syarikat perkapalan dan perhotelan .
Kapal-kapal layar mewah pelusuk dunia yang diberi nama ER Ship dan ER Renai .
Manakala Puan Risya pula merupakan seorang bussiness woman yang berjaya mencipta nama di dunia perniagaan .
Anak syarikat yang diuruskan oleh Ayden di US itu adalah anak syarikatnya yang ke 6 .
Eiden Rian mengambil alih kerjaya Daddynya memandangkan syarikat-syarikat Mummynya sudah diuruskan Ayden dengan tertib .
"Aku balik bawa news bro . Aku pun tak hingin nak balik tengok muka kau . "
Eiden buat bodoh mendengar kata-kata adiknya . Jangan dilayan budak bawah umur , nanti kau gila .
"Tell me Mikael " Eiden memandang Mikael serius .
Lelaki bernama Mikael berdehem sebelum membetulkan duduknya disofa .
"Aku baru dapat tahu ada budak-budak sampah dalam kumpulan kita . Budak sampah tu dah bongkarkan rancangan kita untuk sabotaj penyeludupan senjata api geng Lizard . "
Eiden ketap gigi . Dia pejamkan mata cuba tenangkan diri . Dia tak mahu cepat melatah .
"Kau tahu siapa ? " ujarnya dengan mara terpejam .
"Roy , budak pungut yang kita kutip "
Roy , budak belasan tahun yang dilayan dengan baik merupakan musuh dalam selimut . Budak mentah itu tanpa sengaja diselamatkan dia dari dipukul oleh budak-budak Lizard .
"Kau uruskan budak tu tapi jangan sampai dia tahu yang dia dah kantoi . Kita buat macam biasa . Aku nak tengok sejauh mana dia melompat ke langit dengan bangga sebab berjaya tipu aku hidup-hidup "
Yang lain mengangguk akur . Jika si ketua sudah katakan A maka mereka perlu laksanakan A mengikut arahan .
"Macam mana dengan Zahra ? Kau masih sembunyikan Eiden dari dia ? " soal Ayden sambil selamba dia mengunyah potato chips .
Eiden terdiam .
Zahra tak boleh tahu siapa diri dia .
Cukup hanya seorang bukan kali ini lagi .
"Adam , kau ketatkan maklumat aku dan Zahra . Jangan sampai pecah . Pecah maklumat , pecah muka kau " warning Eiden .
"Pasal Zahra , aku taknak sesiapa pun yang terlepas cakap . Biar aku sendiri yang bagitahu dia . Lagipun masih awal untuk dia tahu "
Yang lain berpandangan antara satu sama lain .
"Macam mana kalau musuh-musuh dapat tahu kewujudan Zahra ? " soal Mikael .
Eiden terus bangun .
"Jadi kau buat kerja kau jangan sampai diorang tahu ! Dah , aku nak chaw " dia terus berlalu ke pintu utama .
Sebelum itu dia terhenti langkah dan berpusing semula menghadap anak buahnya .
"Aku nak kau siasat perempuan nama Rina . Lepastu usik dia sikit . Dia dah buat isteri aku sakit hati . " terus dia keluar dari rumah elit itu .
Eiden terus menyarung Rayban sunglasses . Membetulkan jaket kulit nya sebelum berlalu masuk ke dalam BMW i8 hitamnya .
Seketika kemudian laju kereta itu berlalu membelah jalan .
Ini hidup Eiden Rian yang sebenar . Dia bagaikan bidadari syurga kerana senyuman dan perilakunya . Tapi jangan sampai Eiden keluar , kalau tak kau memang tak mahu berjumpa dengan si malaikat maut .
Kau terima atau tak
Ini jalan yang aku pilih
Episode 7 ✔
![](https://img.wattpad.com/cover/140645299-288-k983850.jpg)
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Last Love
Lãng mạnPerkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara tanpa rela untuk menutup malu kelurga Eiden Rian kerana pengantin perempuan Rose Emilyn mengambil k...