Epd 24

15K 823 35
                                    

Ramai pula yang broken Rina dengan Affan . Okaylah , nah sis belanja second last chap for #AyRin

Keluarga Encik Edham sedang menikmati makan malam bersama . Masakkan Puan Risya dijamu dengan selera . Begitu sedap sekali air tangan seorang ibu .

"Semua dah siap pack ke ? " ujar Encik Edham . Mengusir kesunyian meja makan . Yang lain mengangguk kepala kecuali Ayden yang hanya mendiamkan diri .

"Cepat sangat kita balik D . Mika nak main pantai pun tak sempat " cebik Mikael sambil menghirup mushroom soup .

Encik Edham dan yang lain ketawa kecil mendengar adu Mikael . Encik Edham dan Puan Risya sudah menganggap 3 jejaka tampan ini seperti anak mereka oleh sebab itu mereka bertiga juga memanggil Puan Risya dan Encik Edham , daddy dan mummy .

Adam meluku kepala Mikael .

"Woo kau 24 jam berendam dalam laut sampai kecut tak sempat lagi ? " usik Adam . Mikael menjeling saja tanpa membalas .

Malas nak layan . Makan lagi bagus .

"Eh , tadi Aunty Linda ada call Mummy "

Ayden terus angkat muka memandang Puan Risya . Aunty Linda ialah ibu kepada Affan .

"Ye ? Kenapa Mum ? " soal Eiden memandang Puan Risya sambil tangannya menyuap Zahra mushroop soup .

"Dia jemput kita pergi rumah dia weekend ni . Ada majlis.."

Strtt ..

Bunyi kerusi bergeseran dengan lantai marmar membuatkan semua menoleh . Ayden berdiri dan berlalu naik ke atas tanpa suara .

Mereka bertujuh saling pandang memandang kemudian mengeluh .

"Apa lagi lah ni.." ujar Puan Risya perlahan .

- - - - - -

Ayden mengunci pintu bilik sebelum tersandar lemah di dinding .  Tangannya naik menggenggam rambutnya . Dia berpaling menghadap dinding .

Dahinya disandar pada dinding .

Dia sudah penat menangis . Penat meraung . Penat emosi . Penat mental . Penat fizikal .

Dia memejamkan mata rapat . Tiada satu pun butir mutiara turun mengalir . Seakan air matanya sudah habis untuk mengalir .

Dia perlu terima hakikat bahawa Rina bukan untuknya .

Berusaha pun dia akan gagal . Dia punca Rina menjadi milik orang lain . Sepupunya sendiri . Sahabat dia sendiri .

Andai dia bisa putarkan waktu dia ingin kembali pada malam 3 bulan yang lalu . Melontarkan kata romantis dari kata hinaan .

Pasti dia yang akan menemani Rina di kolam renang . Dia yang akan bawa Rina pergi dari situ . Dia yang akan membawa Rina pergi dari sini . Sudah pasti bukan kerana sakit tetapi kerana bahagia bersama .

Dan sudah pasti Khairina Letisha kini menjadi miliknya yang sah bukan milik Affan .

Bam !

Sudah pasti bahagia Khairina Letisha kerana dirinya .

Bam !

Sudah pasti senyuman manis Khairina Letisha diukir kerana dia .

Bam !

Dia terlalu sakit . Tetapi dia perlu hadapi . Ini kekhilafan diri dia sendiri .

Dia menyakiti Rina dan sudah pasti kini dia pula yang tersakiti .

Buku limanya sudah mengalirkan darah oleh kerana tumbukkan kuatnya pada dinding tadi .

Luka dibuku lima tak sesakit apa yang dia rasakan .

His Baby Girl : My Last LoveWhere stories live. Discover now