"Aku terima nikahnya Aisy Zahra Binti Kisham dengan mas kahwin sebanyak RM10,000 tunai "
Sekali lafaz , Aisy Zahra sah menjadi isteri kepada Eiden Rian Bin Edham . Masing-masing menghelakan nafas lega .
Eiden menoleh memandang Zahra diatas kusyen pelamin . Gadis itu kelihatan anggun sekali walaupun hanya dicalit maskara , lipstik dan eyeliner .
Eiden perlahan mengeluh nafas berat .
Tunang dengan orang lain , kahwin dengan orang lain . Allahu
Eiden menghampiri Zahra . Gadis itu hanya tunduk diam . Eiden tarik lembut tangan putih milik isteri sahnya .
Isteri ?
Eiden tahan senyum . Tiba-tiba rasa rama-rama dalam perut .
Cincin disarung dijari manis . Eiden cium dahi Zahra atas permintaan jurugambar yang diupah .
Kini giliran Zahra pula menyarungkan cincin . Terketar-ketar dia memegang tangan kasar milik Eiden .
Seperti tadi , kini gilirannya pula diminta untuk menunduk mencium tangan Eiden .
Eiden letakkan telapak tangannya diatas kepala Zahra . Membacakan sepotong ayat yang diajar Ayahnya , Encik Edham .
Semoga perkahwinan kita berkekalan hingga akhir
Akad nikah yang dilangsungkan didalam masjid itu disambung pada waktu malam pula di sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang untuk majlis persandingan .
Zahra dan Eiden berpisah untuk 2 jam bagi persiapan awal . Masing-masing akur dengan arahan Puan Risya , ibu kepada Eiden .
Pihak sebelah perempuan juga menyatakan arahan yang sama .
Eiden berdiri tegak menghadap karpet merah yang dihalakan terus dari pintu masuk ball room .
Segak dia berdiri dengan tuxedo putihnya menanti Zahra untuk masuk ke dewan . Emcee menceritakan sedikit sebanyak tentang dua mempelai yang diraikan sementara menunggu Zahra .
Baru saja Eiden ingin mengalihkan mata memandang ayahnya disisi terus terhenti saat pintu masuk dewan dibuka . Serentak itu lagu Thousand Years bergumandang seisi dewan .
Melangkah masuk seorang gadis berpakaian gaun merah meleret ke lantai . Cantik dipadankan dengan sentuhan lembut pada wajahnya . Tersenyum gadis itu cuba mengusir gundah gelana didalam hati .
"Itu dia , pengantin kita pada malam ini , Aisy Zahra ! Sungguh segak dan cantik pengantin kita ya ? Bagai pinang dibelah dua ! " celoteh Emcee seakan diendah Eiden yang terpukau dengan pemandangannya sekarang .
Zahra berjalan perlahan menghampiri Eiden ditengah karpet merah . Jambakan bunga ditangan digenggam erat .
Sampai saja dihadapan Eiden . Eiden ukir senyum paling manis menghulurkan tangan kanannya manakala tangan kiri diletakkan dibelakang .
How charming he is
"My Lady, shall we ? " ujarnya perlahan .
Zahra angguk kecil dengan senyum dibibir menyambut huluran Eiden . Tangan kanan Zahra dirangkul pada lengan Eiden . Mereka berjalan dengan bergaya menuju ke pelamin .
Selepas 3 jam majlis berlangsung , tetamu mula berkurangan . Zahra melabuhkan punggung duduk seketika atas kerusi tetamu .
Dia helakan nafas penat . Macam ni sekali penangan berkahwin eh ?
Taubat taknak nikah dah lepasni .
"Zahra ? Come , i'll meet you with my officemate " sapa Eiden yang berdiri tegak disisinya .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Last Love
RomancePerkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara tanpa rela untuk menutup malu kelurga Eiden Rian kerana pengantin perempuan Rose Emilyn mengambil k...