Park Chorong
Chorong adalah pelajar senior di Seoul High School dan merupakan pelajar paling pandai di sekolah tersebut.Semasa umurnya 15 tahun,appanya pergi untuk selamanya dan kini dia tinggal dengan omma dia.
Kehidupannya takde lah kaya sangat dan takde miskin sangat.Walaupun omma dia mampu untuk membelikan dia motor untuk kesekolah..dia tetap menolak dan lebih memilih untuk naik basikal fixie warna pink kegemarannya.
Dia mempunyai seorang oppa yang sudah bekerja tetapi oppanya tidak tinggal bersama dan tidak ada siapa yang tahu oppanya dimana sekarang dan kerja apa.
Kim Taehyung
Adalah seorang namja yang membawa watak yang dingin dan tegas.Apa-apa yang berkaitan dengan perkerjaan dia akan menjadi seorang yang tegas dan menakutkan.Di sebabkan sikapnya sebegini rupalah syarikat milik appanya menjadi terkenal di Korea.
Tak lain tak bukan adalah syarikat dimana akan melahirkan artis-artis baru.Untuk menjadi pelatih di Kim Entertaiment,mereka perlulah bebas dari penyakit,rupa yang menawan dan yang paling penting adalah bakat.ada rupa tapi takde bakat lebih baik lupakan tentang cita-cita nak jadi artis ataupun model di Kim Entertaiment.
***
Di tingkat 9 kelihatan seorang yeoja sedang mengejar namja yang sedang jalan dengan laju.Kedua tangannya masuk kedalam poket seluar.Wajahnya tetap datar ketika di sapa oleh perkerjanya sendiri.
"Mr Kim,sebentar lagi akan ada meeting dengan CEO JYP Entertaiment tentang model yang akan tuan pindahkan ke sana.Dan CEO dari JYP meminta bantuan tuan untuk melatih pelatih mereka."terang Sana sambil berlari kecil mengejar bossnya.Bayangkan dengan pakai kasut tumit tinggi dia terpaksa berlari anak.
Itulah susahnya menjadi seorang PA dari seorang Kim Taehyung.Dahlah jarang senyum,tegas,buat kerja kalau boleh terburu-buru pulak tu.
"Oh yaa lagi satu,malam ni tuan ada jamuan makan malam dengan barisan CEO terkenal di Korea dan Jepun.Jam 8.30 malam di Hotel 5 bintang"sambungnya..
"I got it.."balasnya ringkas.Sesampainya di depan lift dia menekan butang buka dan masuk lalu butang tingkat 5 ditekannya menuju ke bilik mesyuarat.
¤Bilik mesyuarat¤
CEO Jyp atau dikenali sebagai Park Jin Young itu sedang duduk santai menanti Taehyung.Kelihatan beberapa pekerja atasan turut berada di sana.
Bila Taehyung masuk ke bilik tersebut,semuanya duduk dalam keadaan tegak.Fail yang dipegang oleh Sana diletakkan di atas meja tepat dihadapan Taehyung.
Fail itu dibuka.Helaian demi helaian di selaknya sehinggalah terhenti pada satu nama.
"Jeon Jungkook??saya nak dia sebagai pelatih saya.."katanya membuka bicara..
"Nae?Jeon Jungkook??mana boleh..dia pelatih kami dan tak lama akan debut dengan got7."balas Jinyoung..
"Saya tetap nak dia.."kata Taehyung tegas disertakan dengan muka dingin.CEO yang sudah menginjakkan kaki 50-an itu menunduk dan bersetuju.
"Baiklah.."
"Zhaou Tzuyu..dia model baru kat syarikat ni.Tuan boleh latih dia dekat syarikat tuan??dan sebagai balasannya pelatih tuan akan kami latih..jugak..boleh?"soal Taehyung dan dia angguk..
YOU ARE READING
Not For Sale!! [Vrong]
FanfictionTaehyung dikenali sebagai namja yang sangat berkarisma dan pemilik saham Kim entertaiment.Sikapnya sangat tegas dalam urusan perkerjaan.Pada suatu hari,dia terjumpa dengan seorang pelajar bernama Chorong di depan bangunan Pejabatnya. Dan pada saat i...