TWO THREE

547 69 2
                                    

Chorong duduk diam disebelah pemandu.Terjadi lagi hari ni bila CEO terkenal ni jemput dia balik sekolah.Selalunya V memakai pakaian santai sahaja tapi hari ni dia pakai baju pejabatnya.Sudah semestinya dia menjadi perhatian orang ramai.

Nak je dia melarikan diri saat tu bila menjadi tontonan umum.Ada yang jeles,ada yang tak suka dan ada juga yang kagum bila melihat seorang namja sanggup menjemput kekasih hati walaupun sibuk bekerja.

"Kita nak pergi mana?"soal Chorong.

"Rumah omma.."jawab V santai.signal kiri dihidupkan sebelum dia belok.

"Mwo?buat apa?"soal Chorong lagi.Tiba-tiba dia tak senang duduk bila V ingin membawanya berjumpa dengan Mrs Kim.

"Manalah aku tahu.Omma suruh bawak kau ke rumah.Takkan aku nak bantah pulak."

"Saya tak nak.Hantar saya balik."

"Omma aku nak jumpa kau je bukan nak makan kau pun.Omma aku manusia jugak.."

Chorong memandang V atas bawah.Ada ke tadi dia cakap Mrs Kim tu haiwan atau hantu?takde kan?

"Petang ni saya dah janji dengan kawan nak gi belajar kat cafe.."

"Mana lagi penting?belajar ke jumpa omma mertua?"soal V.Sempat dia menjeling Chorong yang kini sedang melongo.

Mertua?jeongmal?terfikir nak ada ikatan dengan namja kerek ni pun takde lagi nak gelar omma dia omma mertua kepada Chorong.Sah namja ni angau.

"Mestilah belajar.Kalau tak belajar nanti bodoh.Kalau dah bodoh takde siapa yang nak.Bila takde siapa yang nak nanti depress.Bila dah depress mulalah buat kerja bodoh."kata Chorong lancar.

"Kau bebel apa budak?kau bebel apa?"V menggosok tangannya diwajah Chorong membuatkan dia rimas.Nak je sekarang ni dia gigit tangan besar tu sampai berdarah.

"Jumpalah omma aku sekejap.Lepas jumpa nanti aku hantarlah jumpa kawan-kawan kau lepastu belajarlah puas-puas.Tapi takde guna jugak kau belajar sampai pandai sebab kalau kita kahwin,aku haramkan kau bekerja."

Burk!

Perut V ditepuk kuat oleh Chorong.Namja tu meringis kesakitan.Nasib baik dia tak hilang kawalan tadi.Kalau tak habis rosak kereta mahal dia.

"Siapa nak kahwin dengan awak?kahwin dengan awak ibarat masuk dalam mimpi buruk dan susah untuk keluar."geram Chorong.

V diam.Pedih hatinya bila Chorong cakap macam tu.Nampak sangat yeoja ni masih belum ada perasaan kat dia.Tapi dia tetap cool dan santai.

"Siap sedia.Kita dah nak sampai."katanya.

Tidak lama kemudian,mereka sampai di kediaman keluarga Kim.Chorong memandang takjub rumah banglo di depannya.Mulutnya tak tertutup langsung bila melihat beberapa jenis kereta terpaking di depan rumah.Luas betul kawasan luar rumah banglo ni.

"Jangan mimpi nak tinggal sini.Nanti bila dah kahwin dengan aku,kita tinggal kat rumah yang aku bawak kau tempoh hari.Cukup masa kita pindah dan tinggal kat rumah lagi besar dari ni."kata V bangga diri.

Chorong membuat muka.Riak dia dah mula keluar habislah.Namja ni kalau bercakap,gajah pun boleh kurus tau.

Chorong jalan masuk ke dalam kedaan menunduk.Tak sopan langsung datang rumah orang pakai baju sekolah.

"Ahjussi.."

"Mwo?"V menoleh.

"Mian.."

"Kau nak apa lagi?"soal V.

Mereka kini berdiri di depan pintu utama.Chorong memandang V lama lalu dia memandang pakaianya.

"Boleh tak sebelum nak pergi mana-mana bagitahu saya awal-awal?bolehlah saya pakai pakaian elok sikit."bebel Chorong.

"Kau pakai baju apa pun kau tetap cantik.Dah jom masuk."lengan Chorong ditarik lalu mereka masuk ke dalam rumah.

Sekali lagi mulut Chorong ternganga melihat isi rumah yang dipenuhi dengan perhiasan kaca.Tapi tak lama pun bila Mrs Kim memanggilnya dan tanpa segan memeluk Chorong.

Chorong membalasnya dalam keadaan yang sangat kekok.Sedangkan V sudah naik ke atas meninggalkan Chorong sendiri dibawah.

"Mari kita duduk dulu.."tangan Chorong dipegang lembut sambil mereka melangkah ke ruang tamu.

Chorong duduk.Kepalanya tertunduk kebawah.Terlalu malu untuk mengahadap Mrs Kim.

"Ingat ahjumma lagi?"soalnya.

Chorong mengangguk.Mana boleh dia lupa.Masa dia keluar dengan Hyunsik,dia sempat mengejar peragut dan berjaya menangkap peragut tu tanpa bantuan orang.Mangsanya pula adalah Mrs Kim sendiri.Waktu itu mereka berkenalan agak singkat.

Kali kedua mereka bertemu dihari yang sama tapi kali ni dipejabat V sewaktu dia ingin memulangkan hadiah dari pemberian namja boros tu.

"Gomawo sebab tolong ahjumma.."

"Takpe.Itukan perkara lama.Lagipun kita sesama manusia mesti tolong-menolong.Masa tu saya tak fikir apa pun dan terus kejar peragut tu.Saya tak tahu pula mangsa peragut tu omma kepada Ahju--taehyung.."hampir tersasul Chorong dibuatnya.

"Kamu dah lama kenal Taehyung?"soalnya.Chorong mengangguk.

"Macam mana boleh kenal?"soalnya lagi.

"Saya masuk kedalam kereta dia masa saya kena kejar oleh ahjussi pejual telur.Saya tak tahu nak lari mana lagi masa tu,tambah lagi lutut dengan siku saya berdarah jadi saya mintak tolong dia selamatkan saya.Lepastu dia hantar saya ke klinik.Lepas kejadian tu,saya selalu terserempak dengan dia."jawab Chorong jujur.

Bila ingat balik rasa menyesal pun ada sebab masuk kereta orang yang tak kenal.Nasib baik masuk kereta orang baik kalau masuk kereta orang jahat?entah hidup lagi ke tidak dia.

"Kamu tahu Taehyung suka kamu?"soalnya mengejut.

Chorong mengangguk lemah.Walaupun perkataan 'I love You' belum keluar dari mulut V,dia tetap yakin yang namja tu sukakan dia.Cuma cara yang dia buat agak berlebihan.

"Saya tak buat apa pun supaya dia suka saya.Saya tak tahulah kenapa dia boleh suka dekat budak sekolah macam saya ni.."

"Ahjumma pun suka kamu."kata Mrs Kim tiba-tiba.

"Nae?"

"Ahjumma tahu Taehyung ni suka bagi hadiah kat orang yang dia sayang.Siapa yang tak suka bila dapat hadiah mahal kan?tapi kamu berbeza.Kamu tolak semua hadiah dia dan berjaya buat dia kecewa.Kat situ dia dah tahu nak pikat hati yeoja bukan dengan memberi hadiah mahal-mahal."

"Kalau kamu bersama dengan Taehyung,mesti namja tu takkan boros dan tak buang-buang duit lagi."

"Nae."hanya itu sahaja yang boleh dikatakan oleh Chorong sekarang ni.Mulutnya terkunci dan tak tahu nak cakap apa.

"Kalau ahjumma lamar kamu untuk jadi menantu ahjumma nak tak?"soal Mrs Kim mengejut.

Chorong terkaku.

"Ahjumma,saya masih lagi sekolah.Banyak lagi benda yang saya belum buat.Saya bukan nak menolak tapi saya rasa masanya belum tiba untuk pikir tentang kahwin."

Mrs Kim tersenyum tipis.Dia tahu jiwa remaja Chorong baru sahaja bermula takkanlah dia nak tamatkan zaman muda dia dengan cepat semata untuk menerima lamaran.

"Gwenchana.Ahjumma akan tunggu sampai kamu sedia.Dan ahjumma yakin yang Taehyung pun sanggup tunggu."Mrs Kim tersenyum lagi.

"Mianhae ahjumma.."

-TBC-

Not For Sale!! [Vrong]Where stories live. Discover now