"Apa awak buat dekat sini?"Chorong terkejut melihat kehadiran V di sekolahnya.Sepatutnya namja ni sekarang ada dekat airport dan dalam 1 jam setengah lagi dia akan terbang ke Brazil.Entah kenapa uji bakat untuk mencari model baru dia ikut turun tangan kali ni.Berbeza dengan sebelumnya yang hanya di hadiri oleh staf Kim Entertaiment sahaja.
Chorong merasa malu bila dia menjadi tontonan umum kali ni.Lekas dia berlari anak masuk ke dalam kereta dan begitu juga V.
Cermin mata hitamnya dibuka lalu menjalankan keretanya membelah jalan.
"Apa awak buat dekat sini?bukan awak ke Brazil hari ni??"soal Chorong.
"Tak jadi.Jimin tukar tempat aku.."
"Tapi dia dari syarikat lain.."
"Ya I know,dia ke sana sebab dia cari model baru untuk agensi dia juga.Lebih baik dia yang pegi sebab bab model dia lagi power dari aku.."
"Tapi tetap juga dia dari syarikat lain..awak dengan dia mesti bersaing.."
"Bersaing dengan kawan sendiri bukan cara aku..jadi biarkan.."
"Apa-apa je lah.."
"So,nak ikut aku tak?"soal V
"Pergi mana?"
"Pejabat.."
"For?"
"Kau tak nak tengok kawan baik kau latihan untuk comeback dia?"
"Tak yah tengoklah..nanti kat tv tahu jugak.."
"Kali ni lagu diaorang oppa kau yang buat.Yakin tak nak tengok dari berlatih?"soal V lagi.
Chorong menggeleng kecil.
"Yah mana semangat kau untuk support kawan baik kau tu?"soal V lagi dan lagi.Tak faham betul hubungan persahabatan antara Chorong dan Eunji.
Berbeza dengan hubungan orang lain.Patutnya kalau dah pegang ikatan bestfriend for ever mesti saling support antara satu sama lain.Ini tak!Eunji nak comeback dia buat bodoh je.
"Dengar baik-baik Mr Kim,saya dengan Eunji memang kawan baik dan cara kami berdua lain.Walaupun cara persahabatan kami lain dari lain,kami tak pernah bergaduh pun."
"Jeongmal?"
"Eoh!"
"Kalau hubungan kita pulak macam mana?kalau aku jadi suami kau dan tak layan kau sebaik mungkin,kau masih nak stay dengan aku?"
Soal V.Chorong memainkan kuku jarinya.Jalan raya yang penuh dengan kenderaan tidak dapat menarik minatnya.
"Saya akan pergi dalam hidup awak.Tapi sejauh mana saya pergi mesti awak akan kejar kan?"
"Kenapa pulak?"
"Sebab awak cinta mati dekat saya.Berapa kali saya tolak awak?berapa kali saya mendajal awak?dan berapa kali saya marah awak?jahat mana pun saya,awak tetap nak saya kan?"soal Bertubi-tubi.
Sudut bibirnya ternaik bila tengok muka V.Senang rasanya bila kenakan ahjussi tua ni.Tepuk tangan untuk Chorong sebab dah berhasil cairkan hati seorang Kim Taehyung yang berhati dingin ni.
"Ahjusshi.."
V menoleh.Keretanya berhenti ketika lampu jalan bertukar merah.
"Mwo?"
"You love me at the first sigh right?"
Makin berkembang senyuman Chorong.V menjadi salah tingkah.Entah kenapa saat ni apa yang diucapkan oleh Chorong membuatkan dia malu sendiri dan baru kali ni Chorong tak melenting atau semak dengan keberadaan dia.
YOU ARE READING
Not For Sale!! [Vrong]
ФанфикTaehyung dikenali sebagai namja yang sangat berkarisma dan pemilik saham Kim entertaiment.Sikapnya sangat tegas dalam urusan perkerjaan.Pada suatu hari,dia terjumpa dengan seorang pelajar bernama Chorong di depan bangunan Pejabatnya. Dan pada saat i...