ZERO NINE [Hadiah]

658 74 0
                                    

-Chorong pov-

Setelah kejadian yang memalukan itu,aku tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke syarikat ahjussi si pencuri ciuman pertama aku.

Kalau Eunji call mengadu kelaparan,aku hanya hantar di luar bangunan sahaja ataupun mintak tolong guard.

Kalau ada pesanan bunga dari mana-mana pekerja di sana pun aku takkan hantar dan mintak dorang datang sendiri ke kedai.

Maaflah aku masih belum bersedia untuk bertatapan mata dengan Taehyung.Setiap kali pakai lipstick mesti aku teringat moment tu belum lagi kalau aku jumpa orang tua tu depan mata,aku rasa 24 hours aku akan ingat benda memalukan tu.

Sedang aku sibuk di kaunter,datang seorang pelanggan berbaju suit hitam.Aku menunduk kearahnya.

"Boleh saya tolong?"soalku penuh sopan santun.

"Park Chorong?"soalnya.

Eh!dia kenal aku ke?aku tak kenal dia pun.

"Ye saya.."

"Ini dari Tuan Kim untuk anda."satu beg kertas berukuran sedang terletak cantik di atas meja.

"Tuan Kim?Kim Taehyung?"soalku.

Dia mengangguk.Yah!aku masih tak mintak apa-apa kat dia lagi tapi dia dah bagi hadiah.

"Cakap dengan dia ya--"

"Saya pergi dulu.."

Potongnya dan terus pergi begitu sahaja.Argh!!!!apa aku nak buat dengan hadiah dia ni?

Hadiahnya aku pandang lama.Tiba-tiba teringat apa yang kawan dia cakap tempoh hari.Kalau Taehyung dah bagi hadiah semuanya mesti mahal-mahal.

Mari aku buktikan.

Hadiahnya aku buka.

Kasut sport Adidas.Boleh tahan.

Kotak kasut aku buka dan mata aku terbuntang luas melihat pemberiannya.

Kotak kasut aku buka dan mata aku terbuntang luas melihat pemberiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

God!hadiah dia kali ni bukan main-main.Pandai dia pilih.Baru je aku nak test kasut tu,ada satu kertas kecil tersimpan di antara kasut.

Sebagai tanda terima kasih dan maaf.Mianhae sebab buat benda tak baik ikut suka hati aku.Tapi,terima kasih sebab menolong.Hope you like it!

Tolong jangan dibuang ke tong sampah.

-Kim CEO-

Aku tersenyum sendiri membaca suratnya.Tahu-tahu je niat awal aku nak buang kasut ni.Tapi bila fikir balik semua yang pernah dia bagi kat aku guna duit dan suka-suka hati aku je buang hadiah dia.

Not For Sale!! [Vrong]Where stories live. Discover now