Bab 11

13.3K 225 0
                                    

"Mommy Isha taknak pakai inai macam ni . Isha nak inai picit" Isha mengadu pada mommynya apabila maklongnya memaksa dia memakai inai tersebut yang dibawa dari kampungnya .

"Jangan nak mengada . Penat maklong petik daun dekat belakang tumbuk sampai lumat sebab nak bagi kamu pakai inai ni . Bak sini tangan" Puan Aini menghulur tangan meminta tangan Isha untuk diisi inai di jari jemari Isha .

"Mommy ?" Isha buat muka sedih minta simpati

"Pakai jelah Isha dekat jari je . Yang lukis lukis nanti baru guna inai picit" Datin Rohayu cuba memujuk tapi Isha still menggeleng .

"Bagi je dia pakai mak . Gedik sangat taknak pakai" Zarul yang baru turun turut duduk disebelah maknya Puan Aini .

"Takpayah la Zarul . Kau ni suka sangat menghasut la !" Isha marah .

"Apa ni bising bising ?" Datin Seri Zarina yang baru selesai membantu gubah bilik pengantin mencelah.

"Haa elok sangat Ina turun . Ni ha si Isha taknak pakai inai daun ni . Puas pujuk dah" Datin Rohayu mengadu

"Alah itu je sebabnya" Datin Seri Zarina turut melabuhkan punggung disebelah Isha .

"Mama Isha taknak pakai inai daun bagi jelah pakai inai picit kan ma?" Isha berharap Datin Seri Zarina berpihak disebelahnya .

"Orang kata inai daun ni lagi cantik warnanya nanti merah menyala . Isha pakai jelah ye sayang baru menyerlah esok . Nanti baru Hairil tergoda" Datin Seri Zarina separuh berbisik diayat hujungnya .

"Iyeke mama ?" Isha dah membulatkan mata . Datin Seri Zarina mengangguk .

"Okay nah" Isha menghulurkan tangannya pada maklongnya .

"Aik tiba tiba nak ni kenapa ?" Datin Rohayu pelik

"Adalah kan mama ?" Isha menjongketkan keningnya sebelah pada Datin Zarina . Datin Zarina gelak .

"Okay la mama balik dulu . Hairil kat luar tu mesti dah penat tu . Jumpa esok ye" Datin Seri Zarina bangun dan bersalam salaman dengan orang yang berada disitu

"Okay ma . Take care . Kirim salam cinta dekat Hairil tau" Isha berbisik di ayat hujungnya kemudian bersalam dengan tangan kirinya kerana tangan kanannya dan dipakai inai .

"Kau nak tau tak Bella aku tengok masa mak aku kutip daun inai ni dekat belakang rumah aku nampaj ada ulat beluncas . Eiii sumpah nak muntah aku tengok" Zarul mula mengusik sepupunya itu apabila sudah 8 jari inai dah dipakai . Keluarga belah ayahnya memanggil Isha dengan panggilan Bella . Mak Isha anak tunggal .

"What ? Seriously ? Maklong taknak cabut balik nanti habis tangan Bella cepat maklong cabut ! Cabutla" Isha seperti mahu menangis apabila dengar kata kata Zarul

"Eii aku budak ini nak menyakat saje !" Puan Aini cubit peha Zarul sekuat hati

"Aduh sakit mak sakit !" Zarul gosok pehanya akibat dicubik .

"Dah kamu jangan nak percaya cakap Zarul ni . Sini lagi 2 jari je lagi" Puan Aini mintak tangan Isha .

"Adik pergi naik atas panggil kaklong kata dah boleh lukis inai dekat tangan Bella ni" Puan Aini menyuruh anaknya Zarul .

"Ha okay" Zarul terus naik untuk memanggil kakaknya .

"Mommy naik atas dulu ye nak mandi solat" Datin Rohayu bangun dari duduknya dan naik keatas .

"Maklong nak pergi mana ?" Tanya Isha apabila Puan Aini bangun dari duduknya .

"Maklong nak pergi basuh tangan . Kenapa ?" Puan Aini berhenti berjalan apabila Isha bertanya

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now