Bab 57

19.4K 206 7
                                    

"Nenda kalau macam ni dah naik minyak belum ?" Tanya Isha yang sedang masak sambal tumis .

"Kalau dah nampak pecah pecah macam tu dia dah naik minyak dah tu . Boleh masukkan air asam , gula dengan garam" kata nenda yang sedang potong timun .

"Okay nenda" kata Isha . Nenda dah mesra sikit dengan Isha sikit jelah tak banyak lagi tapi Isha still berusaha .

"Masak apa tu sedapnya bau" kata Hairil yang baru turun ke dapur .

"Nenda masak nasi lemak . Ni kamu ni betul ke dah nak balik pagi ni ? Duduk la 2-3 hari lagi " kata nenda sambil letak bekas timun atas meja .

"Kerja Ril dah menimbun dekat office tu nenda . Nanti la ada masa Ril balik lagi . Tak pun nenda ikut Ril pergi KL"

"Nanti la nenda cari masa pergi sana . Nenda pun dah lama tak masuk kerja ni esok rasanya nenda pergi tengok pejabat nenda tu apa jadi dah tu" kata nenda sambil duduk dihadapan Hairil .

"Nenda dah lama tak pergi office ? Habis siapa yang uruskan office nenda selama ni ?"

"Pakteh dengan kak Yati kamu la"

"Kalau yang nak kene sign apa semua tu siapa yang buat ?"

"Pakteh kamu la yang buat sekarang ni . Nenda malas dah nak pergi office badan dah letih baik nenda duduk kampung tengok tanaman nenda ni ha lagi senang hati"kata nenda sambil tuang air teh ke dalam cawan dan dihulur pada Hairil .

"Nenda takpayah la nak pergi office dah biar pakteh yang uruskan semua . Nenda rest je dekat rumah nenda bukan kuat macam dulu lagi" kata Hairil sambil hirup air teh tersebut .

"Sambal nasi lemak and telur rebus dah siap !" Kata Isha yang baru datang dari belakang sambil letak mangkuk sambal tumis dan bekas telur rebus .

"Isha pergi cedok nasi jap" kata Isha sambil ambil pinggan dibelakang .

"Iyelah nenda nak pastikan pakteh kamu tu betul betul pandai macam mana nak uruskan syarikat tu" okay Isha seperti tak wujud ye😂

"Pakteh tu dah 3 tahun kan uruskan syarikat nenda mesti dia dah tau macam mana nak handle . Takpayah risau sangat la pakteh boleh uruskan"

"Hm iyelah"

"Ni mana  kak Yati dengan bibik ? Taknampak pun ?" Tanya Hairil

"Yati pergi office bibik dah balik rumah villa dah . Kamu pun nak balik harini itu nenda nak balik sana lepas kamu balik ni"

"Ni untuk nenda and ni untuk you" kata Isha sambil letak pinggan nasi dihadapan masing masing .

"Ouh okay . Ni Ril cadang nak singgah rumah pakteh sekejap sebelum balik karang ni" kata Hairil sambil cedok sambal nasi lemak . Okay Isha diabaikan sekali lagi😂

"Singgah rumah pakteh ? Dekat mana B ?" Tanya Isha sambil duduk disebelah Hairil .

"Tak berapa jauh dengan rumah villa nenda" kata Hairil . Nasib baik dilayan .

"Ouhh lepastu datang sini balik ke terus balik ?"

"Terus balik la . Lepas breakfast ni terus balik"

"Ouh okay okay" kata Isha sambil angguk anggukan kepalanya .

"Kamu tak makan ke Isha ?" Tanya nenda apabila lihat Isha hanya tengok mereka makan.

"Isha tengah rebus telur 3 suku nak makan dengan roti nenda"

"Kenapa tak makan nasi lemak ni ?"

"Isha memang tak makan nasi pagi pagi nanti Isha rasa nak muntah"

"Mana telurnya ?" Tanya Hairil pula

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now