Bab 88

17.3K 231 3
                                    

"Umi abang nak bihun dengan ayam goreng" kata Syahrul sambil menadah pinggan pada uminya .

"Kakak tolong buat untuk abang ni umi tengah suap adik makan" kata Puan Lina sambil menyuap Sufi makan nasi lemak yang dibeli suaminya di kedai belakang rumah .

"Abang meh sini pinggan" kata Syira sambil turun dari kerusi dan tolong ambilkan bihun untuk adiknya di meja tempat letak makanan . Memang tak letak di meja makan sebab nampak serabut siapa nak ambil dekat meja yang di khaskan letak makanan macam kenduri kahwin punya . Can imagine ?

"Meh sini kaklong tolong buatkan" kata Sarah yang juga sedang ambil makanan di situ .

****

"Adikk ! Adik ! Bangun la makan karang pukul 12 orang dah mula datang . Bangun bangun ayah banyak nak mintak tolong dekat luar tu" kata Puan Aini sambil ketuk pintu bilik Zarul .

"Hm ye mak kejapp" kata Zarul yang masih berada bawah selimut .

"Kamu kalau tak bangun lagi sebelum pukul 9 jaga kamu ye" kata Puan Aini kemudian pergi ke bilik sebelah dimana tempat Hairil dan Isha tidur .

"Hairil Bella turun makan" kata Puan Aini sambil ketuk pintu sebelum turun ke bawah .

****

Hairil terjaga apabila terdengar ketukan pintu .

"Pukul berapa dahni ?" Hairil kerutkan dahinya sambil buka mata dan lihat jam di dinding menunjukkan pukul 8:45 pagi .

"Ya allah subuh terlepas" Hairil tepuk dahinya sambil nak bangun tapi terasa ada orang yang sedang tidur atas tangannya sambil memeluknya .

Hairil pandang tepi ternyata isterinya masih tidur . Hairil senyum terasa bahagia apabila dia masih dapat merasa bagaimana Isha yang manja dengannya dulu .

Hairil usap kepala Isha sambil cium dahinya . "Sayangg ?" Kejut Hairil perlahan .

"Hm ?" Kata Isha yang masih mata terpejam .

"Bangunlah dah siang ni nanti maklong marah bangun lambat" kata Hairil masih perlahan .

"Hmm ehh ?" Isha terus bangun apabila dia mula perasan dan sedar yang dia sedang memeluk siapa .

"Kenapa ?" Tanya Hairil .

"Siapa suruh you peluk I ?! Eii sebab tu I taknak duduk sekatil dengan you suka ambik kesempatan" Isha marah .

"Sayang cuba kau ingat balik apa yang jadi malam tadi ?" Tanya Hairil sambil duduk dan sikat rambutnya guna tangan .

"Malam tadi ? You buat apa ?!" Isha terus tengok dirinya "masih berseluar dan berbaju" kata Isha dalam hati "Hahh ?" Isha terus berdiri dan pergi ke cermin tengok lehernya risau ada tompok merah "takde pun" kata Isha lagi dalam hati .

Hairil hanya geleng kepala sambil ambil towel yang bersangkut di ampaian dan pergi ke Isha "aku rogol kau malam tadi" Hairil berbisik di telinga Isha kemudian tiup dan terus keluar dari bilik sambil sangkut towel di bahunya .

"Ishh" Isha gosok telinganya geli .

"Dia rogol aku ? Tapi aku elok berpakaian lagi leher pun takde apa . Apa yang jadi malam tadi ?" Isha masih berfikir .

"Ya allah aku peluk dia semalamm" Isha tutup mukanya kerana malu .

"Bella buat apa dalam bilik lama lama tu ? Turun makan karang orang nak mula datang dah" jerit Sarah dari bawah .

"Ye kejap karang Bella turun" kata Isha dari bilik .

"Hmm malunyaaaa" Isha hentak kaki sambil tutup mukanya kemudian ambil getah di almari solek dan ikat sanggul .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now