Bab 91

17.4K 257 5
                                    

"Siapa dia dalam family ni ? Kenapa aku tak pernah tau ? Kenapa dia rapat sangat dengan nenda sampai boleh berpelukan macam tu" kata Isha sambil perhatikan mereka dari atas .

"Hairil pun dah jumpa betina tu terus lupa aku pandang pun tak !" kata Isha marah .

"Ergh kau kene belajar semua ni Isha dia bukan hak milik kau lagi . Kenapa kau nak kene rasa cemburu" Isha pejam mata sambil menunduk .

"Hei buat apa dekat sini ?" tanya Syafiq yang baru sampai atas .

"Haa ? Hm nothing" Isha berpusing menghadapnya dan ukir senyuman fake .

"Ouh you usha diorang ke ?" tanya Syafiq sambil tengok dibawah .

"Mana ada la I cari parents I la . You ada nampak diorang tak ?" Isha cuba cover dengan menggunakan mommy daddynya tapi memang Isha nak cari diorang pada mulanya tapi ternampak mereka .

"Parents you ada dekat dapur lagi berborak . Iyeke cari parents you ? Macam tipu je" Syafiq naikkan keningnya sambil keluarkan jari telunjuknya .

"Hm betullah apa yang tipu ?" Isha kerutkan keningnya .

"Jujur je dengan I janji I tak bagitau Hairil"

"Hm siapa dia tu ?" tanya Isha sambil pandang kebawah .

"Siapa ? Yang tengah bergelak tawa dengan Hairil tu ?"

Isha pandang Syafiq "hm" jawab Isha .

"Ouh tu kawan kitorang masa sambung study dekat UK dulu"

"Then ?"

"Kenapa nak tau lebih lagi ? Are you jealous ?" Syafiq naikkan keningnya .

"Taknak bagitau sudahla" Isha mahu pergi tapi sempat ditahan Syafiq .

"Okay okay I bagitau" kata Syafiq .

"Hm" Isha berpeluk tubuh siap untuk mendengar .

"Masa kitorang belajar dekat sana dulu family dia ni banyak membantu kitorang selalu bagi makanan almost everyday tau sebab yelah orang bujangkan mana la reti masak sangat takkan nak makan luar hari hari selama 4 tahun disana kan ? So dipendekkan cerita family Jade ni banyak jugak la bantu kami berdua sepanjang kitorang disana"

"So how about nenda ? Macam mana dia boleh rapat dengan nenda ? Nenda bukan tak suka ke orang berpakaian macam tu macam I dulu ? Tapi kenapa dengan perempuan tu nenda rapat je ? Dengan I bukan main lagi pandang atas bawah"

"Alamak banyaknya soalan you ni . Hm panjang sangat la cerita dia . I nak mandi ni berlengas dah badan ni you tanya husband you sendiri la eh bye" Syafiq terus masuk ke biliknya.

"Syafiq ! Syafiq !" panggil Isha namun langsung tak diendahkan Syafiq .

"Eii dia ni dah cerita tu habiskan la terus ! Ni buat aku tertanya tanya ni . Takkan nak tanya Hairil ? Eh tak boleh tak boleh nanti mesti dia kata aku jeles"

"Hm tapi aku nak tau sangat siapa dia" kata Isha kemudian tengok dibawah semula .

"Mommy balik dulu ye Ril" kata Datin Rohayu sambil bersalam dengan menantunya .

"Mommy ?" Isha terus turun kebawah .

"Mommy nak balik dah ke ?" tanya Isha selepas turun bawah .

"Haah nak dekat maghrib dahni"

"Kalau macam tu mommy tunggu kejap Isha nak ambik beg dekat atas" kata Isha dan baru mahu naik keatas tapi dihalang daddynya .

"Ishaa kamu duduk sini dulu kalau nak pergi rumah pun esok atau lusa dengan Hairil"kata Dato Hisyam .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now