Bab 18

13.5K 212 1
                                    

"Alah duduk la sini lagi pakteh makteh . Tak puas lagi main dengan baby Adam dengan baby Aril" Hairil sambil dukung baby Aril berkata .

"Esok pakteh dah nak masuk kerja . Lama sangat dahni ambil cuti . Nanti ada masa datang la rumah boleh main dengan diorang ni ha"kata Encik Badri sambil dukung baby Adam

"Haah betul tu . Datang la bila free . Tak pun kalau nak sangat buat la anak sendiri baru takde berpisah pisah . Sentiasa je ada bawah ketiak" kata Puan Zira pula . Isha disebelah hanya senyum je tapi dalam hati dah takut . Takut Hairil akan request .

"Insyaallah makcu . Kalau ada rezeki ada la nanti" kata Hairil dengan senyuman sambil tangan bermain dengan pipi baby Aril .

"Cepat cepat sikit ye Ril Isha mama dengan papa dah tak sabar nak timang cucu ni . Dok geram dengan anak orang je kan bagi la kami cucu banyak banyak . Baru meriah rumah ni kan bang" Datin Seri Zarina pula mencelah

"Haah betul tu . Kamu sorang je anak papa . Papa harap kamu berdua dapat bagi cucu banyak banyak pada kami"

"Banyak banyak ? Apa ingat aku ni kilang anak ? Ergh ni la masalah bila dah kahwin . Mesti nak ada anak . Habisla badan aku nanti dah tak cantik . Rumah bersepah . Dah tak boleh bergaya . Eiii serabutnyaa" kata Isha dalam hati .

"Isha ? You kenapa ?" Tanya Syafiq apabila lihat Isha seperti tak tentu arah . Padahal dia sudah tau hal sebenar .

"Haa err takde apa . Isha pikir nanti bila anak ramai mesti seronok kan meriah je rumah" Isha bagi fake smile .

"Haah betul tu meriah je rumah . Seronok" kata Puan Maimunah pula maklong Hairil .

Hairil dan Isha senyum .

"Okay la kami gerak dulu nanti sampai lewat malam pula" kata Encik Badri .

"Kakak , angah , Anas sini salam kita nak balik dah" panggil Encik Badri pada anak anaknya yang sedang main kejar kejar di halaman rumah .

"Pakteh makteh" kata Hairil sambil salam mereka . Begitu juga Isha.

"Cepat bagi Makteh cucu ye" kata Puan Zira apabila salam dengan Hairil .

"Insyaallah Makteh"kata Hairil kemudian bagi baby Aril dekat mak nya semula .

"Isha tak lama nanti boleh join group mak mak iye"usik Puan Zira

"Ha haha" Isha gelak fake .

"Kak Isha nak salam" kata Laila . Isha hulur tangan salam dengan anak anak Pakteh dan Makteh .

"Kak Isha ni comel la"kata Anas yang berumur 4 tahun itu sambil peluk Isha .

"Thanks" kata Isha sambil gosok kepala Anas .

"Dah dah jom masuk kereta . Kami gerak dulu ye . Assalamualaikum" kata Encik Badri dan Puan Zira kemudian Encik Badri hon sebelum bergerak .

Kemudian semua masuk ke dalam rumah . Isha dan Hairil masuk ke dalam bilik .

"B jom keluar nak tak ?" Isha duduk sebelah Hairil atas sofa dibilik mereka .

"Malas la" jawab Hairil sambil main phone .

"Alah please B" Isha menyatukan kedua tangannya tanda merayu .

"I boring la duduk rumah je . Jom la kita gi dating sekejap teman I shopping ke please" Isha memeluk lengan Hairil dan sandarkan kepalanya di lengan sasa milik Hairil .

"Sekejap je" kata Hairil

"Okay okay I promise . Yeay thank you B love you" Isha cium pipi Hairil dan terus pergi bersiap .

Hairil sentuh pipinya yang dicium Isha . "Kalau aku ada anak mesti seronok kan ? Tapi boleh ke aku ada anak dengan Isha ? Perempuan yang aku tak cintai ? Tapi orang kata anak pengukuh rumah tangga so mana tau lepas aku ada anak dengan Isha aku akan jatuh cinta dengannya ?" Kata Hairil dalam hati .

"Nak ke Isha ada anak ? Aku tengok dia tak suka budak . Takpe kalau dia betul cintakan aku dia mesti sanggup" kata Hairil lagi dalam hati .

****

"Eiii kau ni aku rasa dah banyak kau beli baju dan tudung baru . Tak habis habis lagi ke ?" Kata Zura yang berpeluk tubuh .

"Alah kau ni kak aku kene la nampak cantik macam dulu balik . Yang dekat rumah tu mana cukup untuk aku nak pakai harian . Orang kata nak sesuatu kene usaha . Ni aku tengah usaha la ni  nak nampak cantik supaya dia akan angau dekat aku balik" kata Zara sambil memilih tudung .

"Lantak kau la . Aku cakap bukan nak dengar pun . Nanti dah senang jangan lupa aku yang ada waktu kau susah ni . Aku nak kereta bmw 1 rumah banglo 1 faham ?"

"Haha iye kak . Kau mintak je nak apa aku akan tunaikan la nanti . Harta dia tu 7 keturunan tak habis . Setakat kita dua tak luak la duit dia" kata Zara bongkak .

****

"B jom teman I tengok beg tu kejap cepat B" Isha menarik tangan Hairil untuk masuk ke dalam kedai beg itu .
Hairil redha~

"B cantik tak ?" Isha menggayakan beg Louis Vuitton yang berharga Rm25 000 ringgit malaysia .

"Hm" Hairil sambil main phone jawab .

"You ni kan selalu macam tu . Bila teman I shopping main phone . Meh sini phone tu" Isha merampas phone Hairil .

"Isha bak balik phone aku . Kau pergi jelah shopping aku nak main phone" Hairil hulur tangan minta phonenya kembali .

"No . I bagi phone you bila dah sampai rumah " Isha masukkan phone Hairil dalam handbagnya .

"Kau ni karang"

"What ? Nak marah I ? Nanti I call mama baru tau" Isha memberi ugutan

"Cepatla serabut aku lelama dekat sini" Hairil terpaksa mengalah . Bukan dia taktau nanti bila Isha mengadu dengan mamanya seharian dia kene bebel . Menantu kesayangan .

"Cantik tak beg ni B ?" Isha bertanya lagi sekali

"Hm" Hairil bagi jawapan malas .

"B elok elok la I tanya ni"

"Iye cantik . Cepatlah sikit aku lapar ni"

"Iyelah kejap I nak bayar" Isha pergi ke kaunter

"Ini saje cik ?" Tanya orang kaunter tersebut .

"Yes" jawab Isha

"Cash or credit card ?"

"Credit card . Wait ya" Isha keluarkan purse dari handbagnya untuk ambil credit card .

"Nah bayar duit beg dia" Hairil hulur card credit pada orang kaunter .

"Kenapa you bayar ? I ada duit I sendiri la" Isha bertanya selepas keluar dari kedai beg tersebut .

"Kau isteri aku tanggungjawab aku"

"Yes but I don't need your money I need your love only" Isha mendongak memandang Hairil .

"Jangan bincangkan hal itu dekat sini boleh tak ?" Hairil agak sentap dengan kata kata Isha .

"Hm okay tapi I harap one day you akan cintakan I macam mana I cintakan you sepenuh hati" Isha memeluk suaminya dari tepi . Tangan Hairil dibawa atas bahunya seperti biasa . Hairil diam tak memberontak . Masih memikirkan kata kata Isha .

Tanpa diduga ada dua mata yang memerhati mereka .

"I nak pergi toilet kejap" kata Isha apabila selesai order di kedai Ben's by Big Restaurant in Pavilion . Hairil angguk . Hairil hanya memerhati tindak tanduk manusia yang berada dalam kedai ni . Nak main phone , phone dekat Isha . Haih .

"Hai" kata seorang perempuan yang tiba tiba duduk di kerusi Isha iaitu dihadapan Hairil .

"Kau ?"lidah Hairil terkelu sampai gagap apabila menyebut nama perempuan itu . Tak disangka perempuan yang melarikan diri dihari pernikahan mereka dan menghilang selama 2 tahun muncul kembali .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now