Bab 66

13.4K 204 8
                                    

Isha menyediakan makan malam untuk dirinya dan Hairil . Setelah siap Isha memanaskan lauk udang masak lemak cilipadi yang dimasaknya dirumah mak mertuanya Isha masukkan lauk tersebut kedalam mangkuk dan diletak dimeja makan . Isha cedok nasi ke dalam 2 pinggan dan diletak ditempat masing masing .

Senang hatinya saat melihat lauk masakan yang dibuat dirumah mak mertuanya . Tambah lagi apabila teringat kata kata mak mertuanya semasa dia sedang masak .

Flashback .

"Amboi sekarang dah pandai masak sendiri eh takpayah nak suruh mama tunjuk lagi dah" kata Datin Seri Zarina

"Hehe tapi belum pro lagi ma"

"Ish macam ni dah okay la . Mama bukan nak ajar kamu sampai jadi macam chef wan pun . Kalau macam ni dah boleh try masak sendiri dirumah"

"Yeke ma ? Dah boleh ke ?"

"Iye dah boleh macam ni . Mama dah takpayah ajar dah sekarang ni . Mama cuma tengok je dari tadi Isha langsung dah tak bertanya itu maksudnya Isha dah boleh masak sendiri" kata Datin Seri Zarina lagi

"Yeay maksudnya Isha dah boleh masak sendiri dekat rumah tanpa pengawasan mama atau mommy ?" Datin Seri Zarina mengangguk .

"Yeayy tak sabarnya nak cerita dekat Hairil . Mesti Hairil excited beli barang dapur sebab Isha dah boleh masak sendiri dekat rumah"

End flashback .

Isha tersenyum apabila teringat akan hal itu . Mesti suaminya bangga dan suka kerana dia dah boleh masak sendiri !

Setelah selesai semua Isha pergi ke bilik untuk memanggil Hairil makan .

"You nak pergi mana ?" Tanya Isha apabila lihat Hairil sedang memakai jam tangan .

"Aku ada hal . Takpayah tunggu aku" kata Hairil sambil ambil wallet dan kunci keretanya dan keluar dari bilik .

"Tapi I dah siap hidang makan malam . Masakan yang I masak dekat rumah mama pun ada ni" Isha follow langkah Hairil dari belakang .

"Kan aku cakap aku ada hal" kata Hairil sedikit keras sambil pergi ke pintu .

"Takkan la nak jumpa client malam malam macam ni ?"

"Takpayah sibuk la hal orang" kata Hairil kemudian keluar dan menutup pintu .

Airmata Isha berguguran jatuh ke pipi . Hatinya sakit diperlakukan begini . Baru tadi dia cuba untuk melupakan apa yang dibuat Hairil dibelakangnya demi kebahagiaan mereka tapi sekarang Hairil  pula bersikap dingin . Jujur Isha rindu akan saat manis mereka walaupun hanya Isha yang nampak terhegeh hegeh tapi dia tetap bahagia apabila bersama Hairil .

Isha tutup makanan tersebut dengan tudung saji dan masuk kebilik . Seleranya sudah hilang .

****

Uwek ! Uwek !

"Hah kenapa dengan aku ni ? Kenapa aku rasa mual dan pening ?" Kata Zara apabila selesai muntah . Zara duduk di atas sofa .

"Ergh habis makeup dengan tudung aku . Haduh dahla nak keluar dengan Hairil . Tolong la jangan jadi macam ni masa dekat sana nanti" kata Zara sambil picit pelipisnya .

Pin pin pin !

"Haduh Hairil dah sampai" kata Zara sambil ambil handbagnya dan membetulkan tudung dan rupanya sekejap didepan cermin . Kemudian dia terus keluar dan masuk kedalam kereta Hairil setelag selesai mengunci rumahnya .

"Sorry lambat" kata Zara

"Takpe it's okay" kata Hairil sambil mula gerakkan keretanya meninggalkan kawasan perumahan .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now