Bab 67

14K 216 5
                                    

"Auch peningnya kepala aku" Isha memegang kepalanya apabila tersedar dari tidur . Isha menegakkan kerusinya semula untuk duduk .

"Dah pukul berapa ni ?" Tanya Isha seorang diri sambil lihat jam ditangannya .

"Ya allah dah pukul 11 ? Lamanya aku tidur" Kata Isha sambil gosok mukanya . Isha tutup enjen kereta dan ambil handbagnya keluar dari kereta untuk pergi ke toilet RnR tempat Isha tidur untuk beberapa jam .

Isha cuci mukanya untuk menyegarkan dirinya . Isha lihat mukanya yang sembam . "Ni kalau Mira nampak mesti dia tau aku ada masalah dengan Hairil sekarang ni" kata Isha sambil belek mukanya di cermin .

Isha ambil foundation dan tacap sedikit supaya dia dapat menutupi  muka sembamnya . Isha mengenakan lipstick mengikut warna bibirnya .

"Hm better la kot dari tadi" kata Isha seorang diri didepan cermin .

Setelah selesai Isha keluar untuk mencari sedikit makanan untuk membuat lapik perut kerana dia masih belum makan apa apa lagi dari tengah hari semalam . Risau pulak kene gastrik .

Isha membeli roti vanilla dan air mineral kosong . Selesai membeli Isha mahu masuk ke kereta tetapi dia ternampak buah pelam muda yang sudah dipotong dalam plastik bersama asamnya . Tiba tiba kecur airliurnya . Isha terus membeli 4 bungkus dan langsung masuk ke kereta .

Isha makan roti terlebih dahulu risau pula perut kosong terus makan benda masam . Habis sahaja roti tersebut Isha langsung kerjakan pelam muda pula . Sungguh gelojoh apabila dia dapat makan sesedap ni .

"Hm sedapnya ya allah !" Isha sampai terpejam pejam matanya saat menikmati buah pelam tersebut .

"Kenapa dengan aku ni ? Sebelum ni aku mana minat masam kenapa sekarang aku rasa sedap sangat ni ?!" Kata Isha yang masih menikmati buah pelam tersebut . Habis keempat empat bungkus buah pelam dimakannya .

Setelah selesai makan dan minum Isha memulakan perjalanannya untuk ke tempat yang ditetapkan Mira untuk berjumpa . Mereka datang awal sedikit kerana nak shopping and dating berdua sebelum datang bakal tunangnya dan suami Isha .

****

"Tak guna punya jantan celaka betul kau memang suka menyusahkan aku ! Setannn !!" Jerit Zara sambil baling pregnancy test yang baru dibuat tadi .

"Ergh apa patut aku buat ni ? Apa patut aku buat ni ?!"  Turun naik nafas Zara sambil mula serabutkan rambutnya memikirkan masalahnya .

"Macam mana aku nak teruskan plan aku kalau aku dah mengandung anak jantan tu ! Ergh kau memang tak guna !!" Zara baling segala apa barang yang ada didepannya .

"Aku kene plan something sebelum perut ni makin membesar" Zara mula memikirkan idea idea yang perlu dilakukan sebelum perutnya semakin besar memboyot .

****

"Hei babe !!" Kata Isha dengan senyuman lebar sambil peluk Mira dari tepi . Isha cuba sedaya upaya menutup muka sedihnya . Dia taknak bebankan kawannya yang bakal nak bertunang ni dengan masalahnya .

"Heii lama aku tunggu sini tau . Asal lambat sangat ?" Kata Mira sambil mereka berlaga pipi .

"Sorry babe ada hal sikit tadi" kata Isha sambil satukan kedua tangannya mohon maaf .

"Eh asal muka kau macam.." Mira memegang muka Isha .

"Eh jom la shopping karang kau dah nak bawak aku jumpa bakal tunang kau" Isha sengaja mahu menukar topik .

"Ha okay jom" kata Mira yang baru teringat nak shopping .

"Siapa nama bakal tunang kau babe ?" Tanya Isha sambil tengok sekeliling apa yang bakal di shopping .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now