Bab 39

13.1K 177 0
                                    

"Haduh perut ni time macam ni nak berbunyi . Takboleh tunggu sampai esok pagi ke ?" Bebel Isha seorang diri sambil tengok jam di handphonenya pukul 3:12 a.m.

"Ahh abaikan jelah . Cuba je tido mesti hilang" kata Isha sambil cuba untuk tido . Pusing ke kiri tak kene pusing ke kanan tak kene . Cuba tido lentang pun tak kene , menerap pun tak kene .

"Ish kau ni perut takkan la time macam ni kau nak mintak makan . Mana aku nak cari makanan ? Takkan nak makan makanan pasar malam ? Ishhh" Isha duduk dari baring .

"Hm dah taktahan ni perut dah berbunyi . Ada ke lagi makanan yang tinggal ? Haduh gelapnya takut la pulak" kata Isha yang baru bangun dari duduk .

"Takkan la" kata Isha apabila pandang Hairil . Lagi sekali perutnya berbunyi .

"Kejut jelah aku dah tak tahan ni kalau aku tahan lagi boleh kene gastrik aku" kata Isha seorang diri kemudian naik atas katil semula dan duduk mengadap Hairil .

Baru nak menyentuh badan Hairil Isha menarik semula tangannya . Takut ! "Nak kejut ke taknak kejut ke taknak" Isha gigit bawah bibirnya seram pulak nak kejut like 'kejut harimau yang sedang tido'

"Bismillahhirrahmanirrahim" Isha menadah tangan baca bismillah sebelum nak kejut Hairil . Perlahan lahan tangannya dibawa ke badan Hairil nak kejut .

"Kejut jelah nak baca doa bagai kenapa" kata Hairil sambil duduk . Hampir nak terjatuh Isha dari katil tiba tiba Hairil bercakap sambil duduk .

Isha tarik nafas dan hembus perlahan lahan" you ni memang nak bagi I mati awal ke ? Macam mana you boleh bangun ? Dah lama ke you jaga ?" Isha membetulkan kedudukannya semula .

"Lama la jugak lepas dengar perut kau berbunyi" Hairil berkata dengan senyuman sinis sambil bangun dari katil .

Isha tepuk dahinya sendiri" malunyaa" kata Isha dalam hati .

"Eh you nak pergi mana ?" Isha mengejar langkah Hairil yang dah keluar dari bilik .

"Memancing" kata Hairil selamba sambil duduk di kerusi meja makan .

"Ish orang tanya elok elok kan" kata Isha juga duduk disebelah Hairil .

"Kau nak kejut aku sebab apa ?"

"Sebab nak suruh teman I makan"

"Ha habistu tanya apa lagi ?"

"Ouh okay okay tapi I nak makan apa ? Jom keluar cari kedai makan" kata Isha sambil memeluk lengan Hairil .

"Ni makanan yang aku beli dekat pasar malam tadi makan jelah . Aku malas nak keluar" Hairil ambil makanan yang dibeli tadi dan hulur pada Isha .

"Taknak makanan pasar malam tak elok banyak minyak and tak bersih" kata Isha

"Aku elok je makan takde apa pun yang berlaku . Cuba dulu" kata Hairil

"Hmm" Isha geleng kepala

"Makan jelah jangan memilih sangat kalau tak aku masuk balik bilik tido" kata Hairil yang dah berura ura mahu bangun .

"Okay okay teman I . I takut" kata Isha sambil tarik tangan Hairil semula .

"Hm cepat makan" Hairil duduk kembali .

Isha ambil chicken wing yang ada dalam plastik dan makan . Nasib baik Hairil tak habiskan semua .

"Aku nak pergi toilet kejap" kata Hairil kemudian pergi ke toilet .

Isha tengok kiri kanan pastikan line clear tak "okay Hairil dah masuk toilet nasib baik . Sedapnya dia punya chicken wing dengan fried chicken dia . Patutla aku tengok Hairil bukan main semangat makan tadi" kata Isha seoramg diri sambil melahap bukan makan lagi . Isha habiskan semua makanan yang dibeli Hairil tadi .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now