Bab 45

16.6K 231 6
                                    

"B I nak ikut you pergi kerja harini boleh ?" Kata Isha sambil tengok suaminya yang sedang breakfast roti telur yang sedikit hangit hasil dari masakan Isha .

"Takpayah nak sibuk la . Kau ni bila nak masuk kerja tolong daddy ?" Tanya Hairil kemudian meneguk air teh panas .

"Alah nanti la tunggu I ready sepenuhnya . Buat masa ni I nak jadi housewife full time" kata Isha

"Kesian la dekat daddy kene buat kerja sorang sorang . Ada anak tapi tak berguna"

"Hello cakap baik sikit eh . Cepatlah I nak ikut you pergi kerja . Malam tadi you tak bagi I ikut you jumpa client harini I nak ikut you pergi kerja . Bolehla please B ?" Isha menyatukan kedua tangannya tanda merayu .

"No way ! Harini aku tak duduk office sangat sebab banyak client yang aku kene jumpa and nak kene tengok site . Aku dah cuti lama banyak benda yang tertangguh . Maybe aku balik lewat so kalau kau rasa nak tido kau tido je dulu takpayah tunggu aku" kata Hairil kemudian bangun ambil briefcasenya disebelah .

"Alahh bosan la I" Isha buat muka sedih

"Eh ni kain kita masa dekat Langkawi haritu banyak aku dah jalan mesin sampai ke mesin pengering . Kau tinggal lipat je kain . Kain ada dalam mesin nanti lipat jangan lupa" kata Hairil sambil duduk di kerusi . *macam mesin di dobi terus sampai kering takpayah sidai

"Hm okay nanti I lipat . You jangan la balik lewat nanti I bosan"

"Kau kan kene belajar masak dengan mama atau mommy . So pergi la sana takde la bosan" kata Hairil sambil pakai stokin

"Hm okayy" kata Isha kemudian salam tangan Hairil dan seperti biasa sebelum Hairil pergi kerja kene kiss pipi kiri dan kanan dan last dahi kemudian peluk .

"Dah aku dah lewat ni lepas" Hairil cuba leraikan pelukan

"Aku nak pergi kerja je Isha cepatlah aku dah lambat ni"

"Hm dah lama tak berpisah dengan you" kata Isha yang masih peluk Hairil .

"Dahla jangan nak mengada . Pergi rumah mama atau mommy belajar masak takde la boring . Dah bye" Hairil leraikan pelukan dan pergi meninggalkan Isha .

"Huargh back to normal routine" Isha buat muka😣

"Haah la aku kene beli ubat tu sebelum lekat . Aku kene pergi farmasi dulu then baru pergi rumah mama ke mommy ? Hm rumah mama la" kata Isha kemudian tutup grill dan pintu kemudian masuk untuk bersiap .

****

"Ni kalau Hairil tau aku beli ubat ni mampus aku . Balik ni sorok tempat yang betul betul tersembunyi" kata Isha sambil perhatikan ubat pil perancang yang baru dibelinya tadi

Isha masukkan pil perancang tersebut ke dalam handbagnya dan start enjin untuk pergi ke mak mertuanya untuk belajar masak .

****

"Haih macam macam Isha ni . Kau ni terlampau manja tu yang buat aku makin tertarik dekat kau tapi kau belum berjaya buat aku jatuh cinta dekat kau"kata Hairil sambil duduk bersandar di kerusi kerjanya teringat kejadian pagi tadi Isha tak mahu melepaskannya untuk pergi kerja .

Tok tok tok

"Masuk" Hairil kembali duduk tegak

"Maaf tuan Hairil saya nak kemas bilik tuan sekejap" kata Zara penuh sopan .

"Ha masuk" kata Hairil kemudian dia kembali buat kerjanya .

Zara menyusun fail fail di rak tersebut sesekali dia mencuri pandang Hairil yang sedang tekun membuat kerja . Zara ambil bulu ayam yang dibawa tadi dan menyuci rak tersebut supaya tiada habuk .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now