Bab 6

15.4K 257 0
                                    

"Assalamualaikum" Hairil memberi salam masuk ke bilik Delisha

Delisha hanya diam dengan berpeluk tubuh sambil tengok tv . Entah apa siaran di tv pun dia taktau kerana dari tadi dia menyumpah seranah si Hairil kerana tinggalnya begitu lama . Dah pukul 4:47 petang baru datang balik .

"Kau tak reti jawab salam ke ?" Hairil sedikit pun tiada rasa serba salah .

Masih diam .

"Okay aku cakap dengan katil" perli Hairil . Masih diam .

"Okay fine aku mintak maaf . Banyak kerja yang aku kene settle kan tadi . Aku kan dah 3 hari tak masuk office sebab kene jaga kau . Sebab tu kerja menimbun" Hairil cuba terangkan perkara sebenar . Delisha masih diam .

"Dah tak payah nak merajuk bukan aku kesah pun . Nah makan ni aku beli untuk kau Nasi Goreng Seafood . Sorry la aku taktau apa fav food kau so aku main beli je . Makan" Hairil hulur makanan tersebut pada Delisha . Delisha masih macam biasa no respond .

"Ambik la makan . Aku tau kau tak makan dari pagi kan ? Nurse call aku kata kau langsung tak sentuh makanan hospital ni . Kau kene ingat kau tu gastrik Isha . Kalau kau tak makan makin teruk la gatrik kau dan makin lama kau duduk dekat hospital ni . Aku kerja dah berlambak dekat office tu . Nak kene jaga kau lagi kerja aku lagi . Kau tau tak penat ?"

"So you nak kata I ni menyusahkan you ? Macam tu ?" Delisha mula bersuara

"Yes exactly !" Hairil jawab jujur tanpa rasa serba salah .

"Okay fine ! You balik la . Biar I sorang sini . I mati pun bukan ada yang kesah" sungguh sakit hati Delisha apabila dengar jawapan jujur Hairil .

"Are you sure nak I balik ? Bukan you takut ke duduk soranh sini ?" Hairil bertanya dengan kening sebelahnya dijungkit .

"I rela takut daripada duduk dengan orang yang tak ikhlas temankan I" Delisha menarik selimut menutup seluruh tubuh dan mukanya .

"Okay no hal . Nasi ni aku letak atas meja . Kau rasa lapar makan ni . Aku balik dulu" Hairil keluar dari bilik tersebut dan balik kerumahnya .

"Dia tinggalkan aku betul betul ?" Delisha turunkan selimut dari mukanya .

" Haduh aku dahla takut nak duduk sorang sorang . Kau ni pun satu Isha pergi cakap macam tu kenapa dah dia tinggal betul betul" Delisha menampar mulutnya sendiri .

****

"Argh kenapa perut aku sakit balik ni ?" Delisha memegang perutnya yang terasa seperti disiat siat . Sakit sangat .

"Mommy daddy" airmatanya jatuh akibat menahan sakit dan sedih kerana rasa dirinya seperti tidak penting .

Delisha cuba menekan button merah diatas kepalanya namun gagal kerana perutnya terlampau memulas tak boleh tegak langsung . Dia hanya meringkuk atas katil .

"Sakit sangat ni . Aku kene panggil doktor" Delisha cuba lagi menekan button merah itu tetapi kalini dia terjatuh kebawah kerana kedudukannya tadi berada dihujung katil . "Arghh" Delisha jerit .

"Ishaa kau kenapa ni ?" Hairil mulai cemas apabila lihat keadaan Delisha . Bukan apa dia risau dimarahi oleh ibu bapanya dan ibu bapa Delisha kerana meninggalkan Delisha dalam keadaan begitu dan tak menjaganya dengan baik .

Hairil terus angkat Delisha atas katil dan memanggil nurse dan doktor untuk lihat keadaan Delisha . Hairil dikehendaki keluar untuk memberi ruang doktor dan nurse check keadaan Delisha .

Hairil duduk di kerusi yang disediakan pihak hospital . Fikirannya serabut . Rasa menyesal marah dan kesian mulai timbul difikirannya . Kalau dia tau jadi macam ni dia takkan tinggalkan Delisha walaupun niatnya main main dan ingin memberi hukuman kerana Delisha cakap begitu . Hairil bukan la kejam sangat nak biarkan Delisha sorang sorang di hospital . Dia balik untuk mandi dan solat . Lepas solat isyak dia pergi keluar makan dan terus pergi ke hospital untuk teman Delisha .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now