Bab 46

14.2K 182 1
                                    

"Mak tolong tengokkan adik ye selama Izal takde ni . Mungkin makan masa beberapa minggu untuk bawak balik dia" kata Faizal sambil cium tangan ibunya .

"Iyelah mak jaga cucu mak ni baik baik . Kamu tu hati hati bawak kereta tu elok elok . Kamu jangan la terlampau berkeras dengan dia cuba pujuk elok elok mana tahu dia jadi lembut hati nak ikut kamu balik" kata Puan Rogayah sambil gosok kepala cucunya disebelah .

"Insyaallah mak Izal cuba . Adik duduk dengan opah elok elok ye abah ada kerja di luar" kata Faizal sambil melutut untuk bercakap dengan anaknya .

"Nak tut(nak ikut)" kata Alissa anaknya yang sudah berumur 2 tahun .

"Takboleh sayang . Abah pergi sekejap je adik duduk dengan opah ye jangan nakal" kata Faizal sambil cium dahi anaknya .

"Ote(okay)" kata anaknya sambil salam tangan ayahnya .

"Okay la mak Izal gerak dulu assalamualaikum" kata Faizal sambil bangun dan masuk ke dalam kereta waja miliknya .

"Waalaikummussalam" kata maknya sambil angkat tangan apabila kereta mula bergerak .

****

"Harini you balik lewat lagi ke ?" Tanya Isha sambil pegang briefcase Hairil sementara Hairil memakai stokin dan kasut .

"Taktau lagi . Nanti apa apa aku bagitau" kata Hairil sambil berdiri setelah selesai memakai stokin dan kasut .

"Ouhh"kata Isha sambil hulur briefcase pada Hairil .

"Harini kau pergi belajar masak rumah sape ? Mama ke mommy ?" Tanya Hairil sambil sambut huluran begnya .

"Mommy semalam kan dah mama"kata Isha

"Hm okay" kata Hairil sambil menyambut salam Isha dan seperti biasa kiss pipi kiri dan kanan Isha dan diakhiri dengan pelukan .

"Aku pergi dulu assalamualaikum" kata Hairil sambil berjalan ke lift

"Waalaikummussalam" jawab Isha sambil tengok Hairil sampai masuk ke dalam lift .

"Eh esok bukan birthday Hairil ke ? Haah la esok kan 1/6 . Kene buat something special ni untuk dia" kata Isha yang baru teringat akan hari special Hairil esok .

"Call Mira la ajak keluar banyak benda ni kene beli" kata Isha sambil keluarkan phone dari poket pyjamas nya dan mendail nombir Mira

"Hm ada apa call aku pepagi buta ni ?" Kata Mira selepas menjawab panggilan Isha

"Amboi garang betul kau pepagi buta ni" kata Isha sambil menutup gate dan pintu rumahnya .

"Hahaa mood happy belum masuk lagi ni pepagi buta ni . Cepatlah asal kau call aku ?" Tanya Mira sekali lagi

"Teman aku beli barang nak celebrate birthday laki aku boleh ?" Tanya Isha sambil labuhkan punggung diatas sofa .

"Celebrate birthday laki kau ? Bila birthday dia ?"

"Esok"

"Esok ? Lepastu baru harini kau nak prepare ?" Tanya Mira seperti terkejut

"Alah aku lupa entah macam mana aku boleh lupa hari penting ni . So boleh tak ?"

"Haii biasanya kau 2 minggu sebelum birthday Hairil kau dah ajak aku beli hadiah dah" kata Mira

"Haha itu la aku boleh lupa pulak bila dah jadi isteri ni"

"Belum tua lagi dah nyanyok kau ni . Ha boleh la kau nak gi bila ? Kalau sekarang tak boleh la aku kerja harini"

"Tak bukan sekarang aku pun kene pergi belajar masak dengan mak aku . Lepas aku siap masak boleh ?"

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now