Bab 71

14.1K 175 5
                                    

"Alhamdulillah ya allah . Ni kalau aku bagitau Hairil mesti Hairil suka sangat dan tak jadi marah dekat aku" Isha senyum sambil lihat pregnancy test yang baru dicubanya .

"Tak sabar aku nak tunjukkan dekat Hairil" Isha senyum lebar sambil pegang perutnya yang bakal membesar .

"Eh bunyi pintu tu mesti Hairil" kata Isha apabila dengar bunyi pintu terbuka . Isha letak pregnancy test atas sinki dan terus berlari dapatkan suaminya untuk memberitau berita gembira .

"B you nak tau tak I.."

Pangg ! Hairil menampar pipi Isha . Terteleng kepala Isha ke tepi .

"B..?" Isha pegang pipinya . Ini kali pertama Hairil menamparnya .

"Kau takpayah nak buat muka innocent la Isha . Aku benci la perempuan hipokrit macam kau !"

"Apa salah I sampai you tampar I macam ni ?" Airmata Isha gugur .

"Kau tanya apa salah kau ? Heh banyak sangat ke kesalahan yang kau buat belakang aku sampai nak kene tanya apa salah kau ? Aku kecewa dengan kau Isha" Hairil masuk ke dalam bilik .

Isha hanya mampu menangis di kerusi meja makan . Dia baru nak bagitau berita gembira pada Hairil tapi ini pula yang terjadi .

"You nak pergi mana dengan beg semua ni ?" Isha berdiri semula sambil lap airmatanya apabila lihat Hairil nak keluar semula dengan beg pakaian .

"You I tanya ni you nak pergi mana dengan beg ni ?" Isha pegang tangan Hairil .

"Lepaslah . Aku nak keluar malas hadap perempuan hipokrit macam kau !" Hairil tepis tangan Isha dan keluar dari rumah .

"Kenapa you sanggup buat I macam ni ?" Deras airmata Isha turun .

Isha tutup pintu dan kunci . Isha pergi ke toilet bilik dan ambil pregnancy test tersebut bawa ke katil .

"Dulu masa aku makan pil pencegah kehamilan kau marah kau kata tolak rezeki . Kau selalu cakap tentang anak kau nak sangat aku pregnant tapi sekarang bila aku dah mengandung anak kau buat aku macam ni" Isha tenung pregnancy test yang dicubanya . Sungguh dia gembira apabila dapat tau yang dia bakal menjadi ibu .

"Tapi sekarang ? Kau punca aku mengandung kau yang nak sangat aku mengandung tapi bila aku mengandung kau buat aku macam ni" kata Isha sambil kesat airmatanya .

"Kenapa kau berubah secara mendadak Hairil ? Kenapa kau taknak dengar penjelasan aku dulu ?"

Isha ambil phonenya dan call seseorang .

"Hello ? I nak you mulakan kerja you sekarang . Dapatkan semua maklumat secepat mungkin . Ye kalau you lambat I cari orang lain" Isha menutup panggilan .

"Aku akan cari apa sebab kau boleh berubah macam ni sekali ?" Isha kesat airmatanya . Pregnancy test disimpan dalam handbagnya .

****

"Ha kat mana rumah kau ni ? Aku dah masuk dah kawasan rumah kau . Nombor berapa ? Lorong berapa ?" Tanya Zura melalui panggilan .

"Rumah aku lorong 2 lot 2341"

"Lorong 2 2341 encik" kata Zura pada pemandu grab .

"Ha okay okay kami dah nak sampai . Sediakan duit aku takde duit ni nak bayar duit grab" kata Zura perlahan pada adiknya kemudian menutup panggilan .

"Dah sampai cik" kata pemandu grab yang memakai topi dan spek .

"Okay terima kasih . Berapa ?"

"Rm16" kata pemandu grab .

"Okay kejap ye" Zura buka pintu kereta .

"Cepat cepat dia dah tunggu tu" Zura panggil adiknya .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now