Bab 58

15.8K 167 1
                                    

"Ye mak lagi 2-3 hari Izal balik sana bawak Zara" kata Faizal melalui panggilan .

"Ha elok la tu ni ha si Alisa ni dok kata rindu abah dia je . Cepat la sikit balik kesian mak tengok dia dah berapa dok menyebut kamu" kata Pn. Rogayah sambil meriba cucunya yang ketiduran .

"Iyeke kalau macam tu Izal akan usahakan balik secepat mungkin . Izal nak pulihkan hubungan kami betul betul nanti Izal bawa balik Zara sekali ye"

"Ha iyelah assalamulaikum"

"Waalaikummussalam" Faizal mematikan panggilan .

"Siapa call ?" Tanya Zara yang baru keluar dari bilik mandi .

"Mak . Katanya anak kita dah rindu kita . Hari khamis ni kita balik rumah mak ye ?"

"Ha err okay" kata Zara . Hatinya mula risau kalau dia kene ikut suaminya itu bermakna peluangnya untuk mendapatkan Hairil sangat tipis .

"Aku kene rancang sesuatu ni" kata Zara dalam hati .

****

"Makteh balik dulu ye" kata Hairil sambil menyalam begitu juga Isha .

"Ingat ye Ril hati hati memandu dah sampai bagitau" kata makteh .

"Iye makteh" kata Hairil

"Abang Ril kak Isha salam" kata Alia dan mereka bertiga salam dengan Hairil dan Isha .

"Nah kakak nanti share dengan adik adik tau" kata Hairil sambil hulur rm100 sekeping pada Alia .

"Wow banyaknya" kata Alia

"Cakap apa dekat Abang Ril ?" Kata makteh pada anak anaknya .

"Terima kasih abang Ril" kata mereka serentak .

"Sama sama . Okay la kami gerak dulu ye makteh kirim salam dekat pakteh" kata Hairil sambil ambil tupperware yang berisi kuih seri muka yang dibuat makteh untuk bekalan sepanjang dalam kereta .

"Haah iyelah insyaallah . Hati hati ye memandu dah sampai bagitau"

"Okay makteh"

"Balik dulu ye makteh" kata Isha sambil pergi kereta .

"Iye hati hati ye"

"Okay assalamualaikum" kata Hairil sambil buka tingkap dan Hairil bunyikan hon tanda mahu bergerak .

"Waalaikummussalam" kata makteh .

*ringtone iphone Hairil berbunyi

Hairil ambil phonenya dan earphone dan diletakkan di telinga kirinya kemudian angkat call tersebut .

"Hello ? Kenapa call saya masa cuti ni ada apa apa ke ?" Kata Hairil sebaik menjawab call .

"Hello boss , takde apa sangat tapi saya cuma nak inform boss yang Zara yang kerja cleaner tu sampai sekarang tak masuk kerja boss" kata Siti melalui panggilan .

"Tak masuk kerja ? Bila last dia datang kerja ?" Tanya Hairil . Isha hanya memerhati .

"Kalau tak silap saya masa cik Isha celebrate birthday boss"

"Ha ? Lamanya ? Kenapa baru sekarang awak bagitau saya ?" Suara Hairil naik seoktaf . Isha usap dada Hairil untuk bagi sedikit ketenangan .

"Saya mintak maaf . Saya pun baru perasan masa Mak Jah bagitau saya baru baru ni"

"Hm esok saya masuk office . Kita bincang esok lah . Saya tengah drive ni . Assalamulaikum" kata Hairil dan menutup panggilan sebaik PA nya menjawab salam .

"Kenapa B ?" Isha merangkul lengan sasa Hairil seperti biasa .

"Nothing" kata Hairil . Nanti kalau bagitau mesti Isha melenting .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now