Bab 74

14.1K 193 17
                                    

"Nanti waktu you balik you nak I pick up you dekat airport ke ?" Tanya Isha sambil bawa beg luggage 20 inci milik Hairil .

"Hm taktau lagi tengok macam mana nanti aku bagitau kau balik" kata Hairil sampai pakai stokin dan kasut .

"Ouh k" kata Isha sambil bagi beg tersebut pada Hairil apabila Hairil selesai memakai kasut .

Hairil hulur tangan untuk bersalam dengan isterinya .

"Hati hati" kata Isha sambil berpeluk tubuh dan disandar diri pada pintu selepas siap bersalam .

"Aik dia tak suruh aku kiss atau cium pulak ?" Kata Hairil dalam hati .

"You tunggu apa ? Ada barang tertinggal ke ?" Tanya Isha apabila lihat Hairil masih diam disitu .

"Hm takde apa . Aku pergi dulu" kata Hairil .

"Okay bye" kata Isha sambil senyum . Hairil pergi dalam keadaan ragu ragu .

"Ni bukan Isha yang biasa kalau Isha yang biasa aku nak pergi kerja pun payah ni aku nak pergi Indonesia kot untuk beberapa hari kenapa dia buat taktau ?" Kata Hairil sambil masuk ke dalam lift .

"Dia buat macam tu sebab ada jantan tu ke ? Ouh senang betul kau berubah hati bila dah rasa sayang kat orang lain aku diabaikan ? Kau dah buat aku jatuh cinta dekat kau then kau blah dekat jantan lain ? Arghh!" Hairil geleng kepalanya .

"Rileks Hairil balik nanti kau akan cari jalan penyelesaiannya . Dengan masalah si Zara pulak erghh !" Kata Hairil sambil pergi ke keretanya .

"Huh rileks Hairil semua ni mesti ada jalan penyelesaiannya . Tunggu kau balik nanti kau settlekan semua masalah ni" Hairil cuba tenangkan dirinya setelah masuk ke dalam kereta . Hairil start enjin dan bawa keretanya ke office . Disana baru ada transport bersama stafnya untuk pergi ke KLIA dan ke Indonesia .

****

"Kalau ikutkan hati aku ni memang aku dah berambus dari rumah ni ikut mommy and daddy duduk sana tapi disebabkan aku masih ada rasa cinta dan sayangkan kau Hairil aku tak tinggalkan kau even kau dah kantoi buat maksiat dengan perempuan tu . Takpe aku nak tengok jauh mana kejujuran kau Hairil" kata Isha sambil duduk di balkoni luar tengok suasana pagi yang sibuk .

"Aku nak pastikan kau cintakan siapa aku atau dia . Aku harap kau dapat buat keputusan yang bijak Hairil"

****

"Abang perasan tak Isha macam lain je semalam masa dia hantar kita" tanya Datin Rohayu sambil gantung baju pada hanger dan disangkut dalam almari .

"Apa yang lainnya ?" Tanya Dato Hisyam sambil main phone atas katil .

"Ish abang ni tengok la muka dia macam ada sesuatu yang dia sembunyikan la mata dia pun sembam tau"

"Ish takde apa la awak ni cuba jangan over thinking sangat"

"Tapi saya yakin yang anak kita ada masalah . Saya kesian la dekat dia bang kita dahla lama dekat sini biarkan dia sorang sorang dekat sana"

"Dia kan ada suami apa yang sorang sorangnya ?"

"Iyelah mana tau si Hairil tu ada buat salah yang buat anak kita jadi sedih . Yelah abang tengok la masa dia hantar kita semalam dia macam taknak lepas je kita pergi . Masa kita dah nak pergi saya nampak dia kesat airmata dia . Saya rasa dia ada masalah dengan suami dia la bang"

"Ayuu awak ni cuba jangan cakap yang bukan bukan . Awak tau tak kata kata tu doa . Cuba awak doakan yang terbaik untuk anak kita . Kalau ye pun diorang ada masalah biar diorang selesaikan sendiri kita jangan masuk campur nanti jadi lain pulak . Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surutnya bukan sepanjang perkahwinan tu bahagia . Dah saya taknak awak cakap tentang hal ni lagi and andai kata mereka memang ada masalah Isha ngadu dekat awak , awak bagi nasihat je bukan keruhkan keadaan . Faham ?" Kata Dato Hisyam sambil tengok isterinya .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now