Bab 49

13.1K 190 4
                                    

"Selamat ulang tahun tuan semoga murah rezeki dipanjangkan umur dan cepat cepat dapat anak saya doakan . Beruntung tuan ada isteri macam cik Isha ni romantik baik pandai jaga suami" kata Mak Jah

"Terima kasih atas ucapan dan doa Mak Jah aamin . Alhamdulillah" kata Hairil dengan senyuman .

"Cik Isha sedapnya ayam mekdi ni terima kasih la yek belanja kami semua . Merasa jugak Mak Jah makan ayam mekdi iyelah nak beli tak mampu" kata Mak Jah yang baru selesai makan ayam sampai 6 ketul pada Isha yang sedang berdiri sambil memeluk suaminya itu .

"Hehe okay Mak Jah no problem . Nanti ada rezeki lagi saya belanja lagi" kata Isha sambil senyum .

"Okay cik Isha . Mak Jah pergi dulu ye kesian si Zara tu buat kerja sorang sorang . Mak Jah pergi dulu ye" kata Mak Jah kemudian pergi setelah mendapat anggukan dari Isha dan Hairil .

"Aku nak pergi toilet kejap kau pergi la dekat kawan kau dulu" kata Hairil kemudian pergi setelah mendapat anggukan dari Isha .

Hairil pergi ke toilet yang berhampiran dengan bilik pejabatnya .

"Eh tu Hairil aku kene pergi jumpa dia ni" kata Zara kemudian pergi tunggu Hairil depan toilet .

Hairil agak terkejut dengan kehadiran Zara yang berada betul betul depan toilet .

"Awak tunggu siapa ?" Tanya Hairil

"Saya tunggu tuan . Saya cuma nak cakap happy birthday pada tuan . Tadi ada isteri tuan jadi saya berkesempatan nak ucap happy birthday pada tuan" kata Zara sambil menunduk .

"Okay terima kasih"

"Err saya ada bagi hadiah untuk tuan saya letak atas meja dalam bilik tuan . Saya harap tuan suka dengan hadiah tak seberapa dari saya" kata Zara merendah diri .

"Ha okay nanti saya ambil . Thanks"

"Welcome . Saya pergi dulu ye"

"Okay thanks for the present"

"Welcome"kata Zara kemudian pergi dari situ .

Hairil masuk ke bilik pejabatnya dan lihat hadiah yang ada diatas meja . Sudah pasti dari Zara . Hairil mendekati hadiah tersebut dan ambil card yang berada diluar hadiah dan diletak ditepi . Hairil duduk dan buka hadiah tersebut .

Hairil buka penutup kotak tersebut dan keluarkan beberapa keping gambar , pendrive dan kotak perfume . Hairil tengok gambar gambar tersebut gambar sewaktu mereka bercinta .

Ada 5 keping gambar . Gambar yang pertama waktu menyambut birthday pertama kali menjadi pasangan couple waktu form 5 . Zara pegang kek dan Hairil meniup lilin di kek tersebut dalam keadaan penuh tepung dimuka dan baju Hairil kerana dibaling tepung oleh rakan rakan sekolahnya . Gambar kedua disebuah taman permainan Zara suap kek ke mulut Hairil . Gambar ketiga dan keempat di airport sebab Hairil tengah study di UK time ni . Zara hanya dapat surprisekan birthday Hairil 2 kali sahaja sepanjang Hairil sambung study sebab ada yang kene waktu dia exam so tak boleh balik . Dan gambar yang terakhir di office Hairil iaitu semasa Zara menjadi PA Hairil dan itu merupakan tahun last mereka bersama sebelum Zara meninggalkan Hairil .

Hairil tarik nafas dalam dalam selepas lihat gambar gambar tersebut .

"Kenapa kau bagi aku gambar gambar ni semula ?! Aku baru nak belajar move on cuba lupakan kau dan kisah kisah silam kita" Hairil letak gambar tersebut atas meja .

Hairil ambil pendrive tersebut dan cucuk ke laptopnya . Keluar video mereka di airport dimana Hairil sanggup pulang ke Malaysia semata mata nak celebrate birthdaynya bersama orang tercinta begitu juga semasa birthday Zara .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now