Bab 8

14K 251 0
                                    

"Congrats babe ! Dah jadi tunang orang dah kau sekarang" Mira melabuhkan punggung disebelah Delisha atas katil dalam bilik Delisha .

"Thanks babe and thanks for coming" Delisha peluk Mira

"No hal la bff aku kot takkan tak datang hari bahagia membe sendiri" Mira membalas pelukan Delisha .

"Ewah anak dara dua orang ni berpeluk pulak dalam bilik . Isha ni hari tunang kamu tau yang kamu terperuk dalam bilik ni kenapa ? Pegi keluar layan tetamu tu" Datin Rohayu bercekak pinggang

"Taknak la mommy malas . Dahla Hairil takde" Delisha bermain dengan cincin ditangannya iaitu cincin tunang .

"Ish budak bertuah ni . Hairil bukan saje saje taknak datang . Hairil ada outstation nak buat macam mana . Dah pegi keluar layan tetamu"

"Taknak Isha nak duduk dalam bilik je" Delisha berkeras hati .

"Mira tolong aunty pujuk dia ye . Aunty taktau nak cakap macam mana dengan orang keras kepala ni . Aunty turun dulu ye" Datin Rohayu turun kebawah setelah mendapat anggukan dari Mira .

"Babe jangan camni nanti apa kata orang dekat bawah tu.."

"Kata orang kat bawah je habis aku ni ? Aku geram gila tau . Dahla bagitau aku betul betul last minit . 2 hari sebelum bertunang baru nak bagitau ada kerja dekat luar takdapat nak datang majlis tunang sendiri tu pun mak dia yang bagitau bukan dia sendiri yang call aku nak mintak maaf ke apa . Sakit hati aku tau . Orang lain pun kerja jugak !" Belum sempat Mira nak beri nasihat Delisha dah potong dengan membebel tentang Hairil yang tak dapat hadiri majlis tunangnya sendiri . Ada outstation di Penang .

"Isha majlis tunang je tak wajib pun lelaki hadir . Dahla maybe Hairil pun tak sangka yang dia ada outstation dihari pertunangan korang . Dahla tu jom keluar nanti apa kata orang kat luar . Mak ayah Hairil pun ada kat luar takkan la kau nak terperuk dalam bilik je . Kang dorang cancel wedding kau kang baru tau" Mira memberi nasihat berbaur ugutan .

"Ish yelah tapi kau kene ada dengan aku ganti Hairil " Delisha takut dengar ugutan tersebut .

"Iye aku teman kau . Muka tu senyum tak elok orang bertunang muka masam"

Delisha menarik nafas dalam dalam dan hembus . Muka dimaniskan . "Okay jom" Delisha menarik Mira untuk turun kebawah .

****

"Aku ada kerja diluar seminggu . Aku dah beli semua keperluan dirumah . Kau jangan nak berani keluar dari rumah ni tanpa kebenaran aku faham" Faizal memberi amaran pada isterinya sebelum keluar dari rumah dan mengunci pintu pagar rumahnya untuk memastikan isterinya tidak dapat lari dari dirinya .

"Dasar lelaki bodoh !" Perempuan itu senyum sinis sambil memusingkan kunci rumah ditangannya yang baru dicurinya 3 hari lepas . Perempuan itu letak ubat tido didalam air kopi pada suaminya . Setelah memastikan suaminya itu terkena perangkapnya terus diambil kunci pendua rumah dalam kereta suaminya .

****

"Isha tak marah ke kau takde dihari pertunangan korang ni ?" Syakir mulakan bicara sambil makan makanan yang diorder iaitu spaghetti meatball . Syakir merupakan kawan sekerja dan kawan paling rapat dengan Hairil .

"Entah" Hairil jawab malas sambil main phone . Makanan yang diorder masih belum sampai .

"Entah ? Seriously ? Kau ni memang langsung taknak ambik kesah ke tentang wedding kau ? Separuh hidup kau bersama Isha tau . Takkan dia tak chat or call kau langsung ?

"Entahla . Sebelum aku pegi sini aku dah block dia dekat whatsapp . Call pulak langsung takde . So aku taktau" Hairil memandang Syakir sekejap kmudian sambung main phonenya semula .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now