Bab 65

13.1K 172 2
                                    

Hairil menggeliat sebelum duduk . Matanya masih terkatup sambil menguap . "Hm dah pukul berapa ni ?" Tanya Hairil sambil gosok matanya . Hairil capai phonenya disebelah dan buka untuk melihat jam .

"Allahuakhbar dah pukul 7 ?" Kata Hairil terkejut . Sudah terlewat untuk solat subuh . Hairil baru nak kejut Isha disebelahnya tapi takde orang ?

"Aik dia pergi mana ?" Tanya Hairil

"Eh aku kene mandi ni dah lewat nak solat" kata Hairil kemudian terus capai towel dan berlari masuk ke toilet .

Setelah selesai mandi dan solat Hairil bersiap untuk pergi ke office . Dia masih tertanya tanya kemana Isha pergi .

Hairil memakai jam tangannya dan menyembur perfume tersebut di tengkuknya kemudian capai briefcase dan keluar dari bilik .

"Lah kau kat sini rupanya ? Asal tak kejut aku bangun ? Kau tau tak aku dah lewat solat subuh . Kau ni kalau dah bangun awal ke.." belum sempat Hairil menghabiskan ayatnya Isha yang tadi sedang menuang air kopi untuk sarapan Hairil terus masuk kedalam bilik .

"Dia buat tak layan je dekat aku ?" Kata Hairil sambil duduk . Hairil buka tudung saji dan lihat sarapannya yang sudah siap dihidang . Telur mata bersama sosej .

Hairil terus makan makanan yang dihidang Isha .

Isha ikat tocang satu rambutnya . Isha menyembur perfume dibadannya kemudian dicapai handbagnya dan keluar dari bilik  .

"Eh kau nak pergi mana ?" Tanya Hairil apabila lihat Isha membawa handbag .

"I nak keluar kejap" kata Isha kemudian terus keluar tanpa bersalam suaminya terlebih dahulu .

"Ya allah aku ada buat salah apa lagi ni ? Kenapa dia taknak cakap dengan aku ?!" Tanya Hairil seorang diri .

Hairil mengeluh .

****

"Aku nak pergi jogging kejap dalam pukul 10 camtu aku balik la" kata Fauzan sambil memakai kasut sukan .

"Ha cepat sikit kita ada meeting ni . Nanti ayah kau membebel aku yang nak kene dengar bukan kau" kata Amin yang sedang bersiap untuk ke office .

"Ye aku tau la . Aku gerak dulu" kata Fauzan kemudian keluar dari rumah .

****

"Lega sikit rasa dapat hirup udara pagi macam ni sejuk je" kata Isha sambil pejam mata .

"At least aku dapat lupakan sekejap masalah aku" kata Isha sambil lihat tasik dihadapannya .

*ringtone iphone Isha berbunyi

"Hello ma ? Haah kejap lagi Isha pergi rumah mama belajar masak . Isha dekat luar kejap karang Isha pergi ye . Ha okay waalaikummussalam" Isha mematikan panggilan setelah menjawab salam .

"Isha ?" Isha terus memandang gerangan orang yang memanggil dirinya .

"Fauzan ?" Isha mendongak memandang Fauzan yang sedang berdiri dihadapannya . Dengan berpakaian tracksuit dan kasut sukan Isha sudah tau jawapannya mengapa Fauzan disini .

"Boleh I duduk ?" Tanya Fauzan lembut .

"Sure" kata Isha . Isha dah tak takut atau bencikan Fauzan kerana dia lihat Fauzan yang dulu dan sekarang lain . Fauzan dah berubah .

"You buat apa dekat sini ? Jogging jugak ke ?" Tanya Fauzan setelah duduk disebelah Isha .

"Ish takkan la dengan pakaian macam ni I nak jogging" kata Isha yang berseluar jeans dan baju hoodie .

"Ouh haah sorry" kata Fauzan sambil garu kepalanya yang tidak gatal .

"Takpe . You memang selalu jogging dekat sini ke ?" Isha bermanis mulut .

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now