Bab 22

13.4K 206 0
                                    

"Assalamualaikum cik"

"Waalaikummussalam . Ye cari siapa ?"tanya Siti PA Hairil

"Saya cari kerja . Saya nak tanya ada jawatan kosong tak disini ?"

"Takde la cik . Maaf ye"

"Saya merayu dekat cik bagi la saya kerja apa pun disini walaupun sebagai cleaner or tea lady"

"Saya mintak maaf . Saya tak boleh buat keputusan sendiri . Saya kene tanya bos saya dulu"

"Saya harap sangat bos awak akan ambil saya bekerja disini . Saya nak cari duit makan . Saya mohon atas jasa baik cik dan bos cik"

"Sekejap ye bagi saya tanya bos saya" kata Siti kemudian tekan butang telekom .

"Bos ada orang cari kerja disini . Ye saya dah kata takde kosong tapi dia merayu sangat . Dia kata jadi tea lady or cleaner pun takpe . Baiklah okay baik" Siti tutup panggilan .

"Sila ikut saya cik" Siti membawa perempuan itu ke bilik Hairil .

Tok tok tok

"Masuk" kata Hairil dari dalam .

"Cik boleh masuk ye" kata Siti pada perempuan itu .

Perempuan itu masuk ke dalam bilik Hairil dan berdiri didepan meja Hairil .

"Hm duduk" kata Hairil tanpa memandang perempuan itu kerana masih sibuk dengan kerjanya .

"Apa yang awak boleh buat ?" Tanya Hairil tetapi mata masih tumpu ke kerjanya .

"Saya boleh bu.."

"Eh bagitau nama dulu dan kemudian bagitau kerja apa yang awak boleh buat" potong Hairil sambil tangan masih buat kerja .

"Nama saya Nurul Izara.."

Hairil terus angkat kepalanya apabila dengar nama tersebut .

"Kau ?! Kau buat apa dekat sini ? Kau jangan pernah tunjuk muka kau depan aku . Berambus !" Hairil menghalau perempuan itu apabila dapat tau perempuan yang minta kerja adalah orang yang pernah mengkhianati cintanya yang pernah meninggalkan dirinya ketika dihari pernikahan mereka yang telah memalukan dia dan keluarga .

"Saya merayu bagi saya terangkan apa yang sebenarnya yang terjadi . Saya bukan sengaja ting.."belum sempat Zara menghabiskan ayatnya laju dipotong Hairil .

"Aku taknak dengar penjelasan kau . Kau keluar sekarang . Aku menyampah tengok muka kau . Aku kata keluar" tengking Hairil .

"Awak dengar dulu penjelasan saya . Saya merayu"semakin kuat tangisan Zara

"Kau keluar sebelum aku panggil securi.."

"Saya diculik Hairil" suara Zara naik 2 oktaf . Terus terdiam Hairil .

"Saya diculik Hairil ketika dalam perjalanan ke masjid semasa hari nikah kita . Saya dibawa lari ke Siam . Saya tak sedar semasa saya dibawa kesana . Saya pengsan dan bila saya sedar tangan dan kaki saya diikat . Setiap hari mereka pukul saya dan saya juga dirogol Hairil . Ni bukti yang saya dipukul . Saya tak tipu Hairil" airmata palsu Zara mengalir dipipi dengan deras sambil menunjukkan kesan lebam yang masih ada dimukanya .

Hairil terdiam . Rasa bersalah menyelubungi diri kerana tidak usaha mencari dan menyelamatkan bekas tunangnya daripada penjahat . Dia hanya fikir yang Zara lari bukan diculik .

"Selepas itu saya kahwin dengannya di sana . Saya ingatkan lepas kahwin dia berhenti seksa saya tapi tidak dia berterusan menyeksa saya . Selama 2 tahun saya terseksa dirumah tu . Sampai satu tahap saya dah tak tahan dan saya beranikan diri untuk lari dari rumah tu masa dia ada kerja diluar . Sebab tu saya merayu sangat awak bagi saya kerja disini . Saya dah takde duit sekarang ni . Saya perlu cari kerja . Ni pakaian yang saya pakai ni pun kakak saya yang punya"

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now