Bab 79

15.1K 201 0
                                    

"Tak sabarnya esok kita akan jadi suami isteri yang sah dan ayah kepada anak kita dalam perut ni" kata Zara sambil usap perutnya yang dah menonjol sedikit . Kandungan Zara sudah mencecah 5 bulan tapi perut Zara memang nampak kecik macam 3 bulan baru kerana jenisnya . Ada orang baru 4 bulan dah macam 8 bulan .

"Anak kita ?" Hairil terus pandang Zara .

"Haah anak kita" Zara senyum .

"Awak dah mengandung ?"

"Ye saya dah mengandung"

"Saya rasa tak sampai sebulan lagi kes kita terlanjur haritu"

Zara telan airliur risau kantoi "rezeki kita dapat awal . Awak tak happy ke ? Awak bakal jadi ayah tau"

"Saya happy tapi kita kan masih belum halal saya rasa macam.."

"Dah yang lepas tu biarlah lepas kita focuskan ke depan . Esok awak akan jadi suami saya dan kita bakal menimang cahaya mata kita" Zara usap perutnya sambil memandang Hairil . Hairil hanya mampu senyum . Dia taktau kenapa dia takde rasa teruja atau bahagia pun . Hatinya masih fikirkan Isha .

****

"Esok kau bakal jadi isteri Hairil itu bermaksud separuh harta Hairil dah jatuh ke tangan kau . Kau pastikan kau buat kerja dengan teliti jangan sampai pecah lubang" kata Zura sambil duduk di bangku luar menghirup udara malam .

"Ye aku tau . Aku akan pastikan seluruh harta Hairil bakal jadi milik kita berdua"

"Bagus . Ni pasal anak dalam perut kau ni ingat jangan sampai dia syak yang ni anak kau dengan si Faizal bukan anak dia . Kalau tak memang mampus la kita berdua"

"Hm aku tau tapi sekarang ni yang buat aku serabut aku ni masih isteri Faizal . Boleh ke aku kahwin dengan lelaki lain ? Perempuan boleh kahwin sorang je"

"Alah kau ni takpayah la nak ikut hukum hakam ni semua buat serabut kau je . Kita ikut je plan yang kita buat ni lepas kita dapat semua harta diorang kita bla la dari malaysia ni kita duduk negara lain"

"Budak dalam perut ni ?"

"Kau letak la dekat mana mana pusat anak yatim . Apa susah ?"

"Ha okay la kalau macam tu"

"Hahaha tak sia sia kita perangkap Hairil malam tu membuahkan hasil jugak" kata Zura

"Haha tulah pasal macam mana la kau boleh dapat ubat tu sampai dia memang tak boleh kawal diri dia malam tu kau tau memang takboleh tido aku malam tu"

"Aku beli dalam online la bukan senang nak dapat ubat perangsang dekat dalam malaysia ni . Dari luar negara tau aku beli"

"Huish gila la kau kak sanggup habis duit kat situ saje"

"Alah berapa sangat la aku gadai tu nak bandingkan dengan apa yang bakal kita dapat ni hahahah"

"Haah kan hahaha plan kau memang A kak tip top !" Zara cium ibu jarinya

"Ofc la tengok siapa Nurul Azura kot" Zura sapu bahunya acah hebat .

"Hahah acah je kau ni . Haih tak sabarnya aku nak tunggu esok"

"Haah aku pun sama . Esok dengan rasminya kau jadi isteri usahawan terkenal dalam Malaysia ni . Fuh aku dah boleh bayang nanti kita akan famous 1 malaysia . Semua orang kenal kita silap silap kita nak keluar pun kene ada guard lepastu orang nak tangkap gambar dengan kita"

"Eh ofc la kak dah nama pun bini and kakak ipar usahawan memang comfirm la meletop . Betina tu mesti frust menonggeng gila bila kita dah famous nanti yelah dulu waktu aku jadi cleaner bukan main dia hina aku tengok lah nanti aku akan pijak pijak kepala betina tu"

Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)Where stories live. Discover now