4 - marah

11.3K 251 18
                                    

sebaik sahaja dia turun dia nampak Cikgu naqib lagi. dengan geram dia panjat tangga semula, tetapi lengan dia dapat ditarik oleh papa.

"kenapa nak naik balik? meh sini makan" ajak papa

"taknak makan kalau ada cikgu naqib" jawab wani protes.

"kenapa? dia bakal suami kamu jugak" kata mama

"lebih baik wani lapar dari makan dengan dia" kata wani dan panjat tangga semula dan masuk ke dalam bilik semula

"takpe la auntie.....nanti dia okay la tu..maybe dia tak biasa" tutur naqib berbahasa

mama wani hanya mampu setuju sahaja dengan apa yang naqib katalan tadi.

-30 minit kemudian-

TOK TOK TOK

pintu bilik wani diketuk dari luar.

"wani" panggil naqib depan pintu bilik wani

"cikgu nak apa?" marah wani

"ni cikgu ada bawa makanan kamu ni...mama kamu suruh cikgu hantarkan" kata naqib

"saya tak lapar" jawab wani

"mama kamu cakap kamu tak makan dari petang tadi, nanti kamu sakit kan susah" pujuk naqib

"biar saya sakit..cikgu sibuk hal saya kenapa?" marah wani

"saya tak kisah kamu sakit, tapi mak ayah awak yang akan susah dan akan semakin risaukan awak." Balas naqib

"dah la cikgu, balik la!! saya tak lapar" kata wani lagi geram

"nanti kamu turun makan...cikgu dah nak balik ni..assalammualaikum" ucap naqib dan mula berlalu dari situ dan membiarkan wani terperap didalam biliknya sahaja.

-SKIP-

wani ke sekolah seperti biasa, tapi sebaik sahaja dia masuk dalam kelas dan duduk ditempat duduk dia, dia dapat lihat 1 plastik dengan penuh roti didalamnya

"siapa letak kat sini?" omel wani dan check isi dalam beg plastik itu dan terdapat 1 nota dalamnya. Wani capai nota itu dan mula membaca tulisan yang ada dinota itu.

'makan roti ni..mama kamu cakap kamu tak turun makan semalam'

yang benar,
Naqib

"Aduh mama ni....tak payah sampai suruh cikgu naqib belikan roti bagai" omel wani dan tak makan pun roti tu semua

-SKIP-

kelas diadakan seperti biasa tapi kawan baik wani tak datang harini jadi wani seorang diri je la dekat meja tu. memandangkan ada addmath, naqib masuk kelas dia seperti biasa dan mengajar seperti biasa...semasa mengajar si naqib ni pulak kerap datang dekat meja wani

'mentang mentang intan tak datang...suka pulak dia meronda dekat meja aku' bebel wani dalam hati dan buat je kerja yang naqib bagi dengan dia tak faham apa apa

"semua dah siap? kalau dah hantar sekarang" kata naqib setelah berdiri dihadapan kelas semula

"cikgu kalau hantar esok boleh?" tanya solihin

"tak boleh! sebelum balik ni saya nak seorang kutip buku ni dan hantar kat meja saya boleh?" tanya naqib dan memandang semua pelajar dalam kelas itu.

"boleh!!!" jerit mereka semua

"okay...sebelum balik pastikan semua hantar  dan letak atas meja saya." kata naqib dan pandang wani. wani buat buat tak dengar dan mula simpan alat tulis dia dalam bekas pen dia semula

[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now