Selepas mereka dapat masuk bilik yang telah ditempah itu, dia terus baring atas katil tu manakala naqib letakkan beg pakaian dia dengan beg pakaian wani tepi katil
"Argh bestnya dapat baring!!" Jerit wani happy
Naqib sengih dengan jeritan wani tu
"Bila kita nak pergi makan strawberry?" Tanya wani dan pandang suami dia
"Strawberry? Ada papa cakap kita nak pergi makan strawbery ke?" Kata naqib
"Ha? Dahtu? Kan cameron highland dikenali dengan strawberi" kata wani kuat
"Hahaha abang gurau je la..erm maybe esok kita pergi" kata naqib dan duduk sebelah wani
"Betul?" Tanya wani gembira
Naqib angguk dengan senyuman
"Yeahh!!" Sorak wani gembira
"Sayang pergi la masuk mandi dulu..dah berbau dah" sakat naqib
"Hello!!! abang tu yang berbau..." kata wani dan buat muka gedik depan naqib
Naqib gelak kuat
"Dah la pergi mandi.. ke nak mandi sekali?" Sakat naqib lagi
Wani mula cucuk pinggang naqib
Terus menegak badan naqib bila wani cucuk pinggang dia
"Ouh abang geli..so i know your weakness" kata wani dan mula turun dari katil
Beg pakaian dia dibuka dan dia mula buka zip luggage dia, Tuala dicapai dan dia terus berlari masuk dalam bilik air. Sebaik sahaja wani masuk bilik air, telefon wani berdering tanda ada orang call dia
Naqib mula mula abaikan deringan panggilan telefon wani tu tapi makin dia abaikan makin berbunyi
Naqib pun capai telefon wani dan tengok nama pemanggil
Arsyad
Membuntang mata naqib bila lelaki lain telefon isteri dia
'Kenapa budak kelas aku call dia? Apa kaitan? Sekarang kan cuti sekolah?' Omel naqib dan mata dia masih tertumpu dekat telefon wani
Telefon wani yang tadinya dah berhenti berdering mula berdering semula. Naqib dengan beraninya angkat panggilan dari arsyad tu
"Finally wani awak angkat jugak...awak please jangan buat saya macam ni...sebenarnya yang buat awak sebelum ni bukan saya tapi-" naqib terus matikan panggilan tu bila wani dah keluar dari bilik air apabila dia selesai mandi
"Cikgu pergi la mandi" suruh wani yang sedang berkemban manakala Naqib hanya diam membisu
"Cikgu!" Panggil wani lagi
Dan naqib diam lagi
"Cikgu!" Panggil wani dan kini berdiri depan naqib dengan tangannya diawang awangkan dihadapan muka naqib
"Ha ye kenapa sayang?" Kata naqib dan pandang isteri dia
"Pergi la mandi...wani lapar" kata wani
"Ouh ye okay" kata naqib
Naqib segera melangkah ke beg luggage dia, zip dibuka dan dia terus capai tuala dia dan masuk bilik air. Wani menuju ke beg luggage dia dan baju semua dicapai. Sementara naqib tengah mandi, wani segera pakai baju
-skip-
Wani dan naqib pergi makan tanpa orang tua mereka sebab mereka yang taknak ikut. Sepanjang perjalanan naqib diam je, selalunya naqib paling banyak mulut
"Cikgu, kenapa cikgu diam je?" Tanya wani yang pelik dengan naqib
"Takde apa" jawab naqib yang entah kenapa tiba tiba moody
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...