Selepas ambil wani tu naqib terus memandu balik ke rumah dia
-skip-
Naqib memandu pula ke rumah mertua dia iaitu rumah parents wani
Naqib parkir kereta dia di beranda rumah dan wani turun dari kereta
"Eh kenapa balik sini?" Tanya papa dekat wani tapi wani tak jawab malah terus masuk dalam rumah dia
"Kawan kawan wani yang nak datang sini siapkan presentation...diorang tidur sini malam ni...tu yang naqib hantar dia tu" kata naqib
"Ha...jemput la masuk" jemput papa dekat naqib
Naqib pun buka la kasut dia dan masuk dalam rumah
Naqib nampak wani dah baring dah dekat sofa dengan telefon dia di tangan
"Mama mana?" Tanya naqib
"Dalam bilik solat zohor" kata papa
Naqib angguk
"Ni dah makan tengahari belum ni?" Tanya papa dekat naqib
"Belum pa" jawab naqib
"Ha elok la tu...ni mama pun dah siap masak dah..sepatutnya lepas mama masak dia akan terus ajak makan tapi entah kenapa mama suruh jangan makan lagi...mungkin dia dapat rasa yang kamu berdua nak balik la ni kot" kata papa dan ketawa diikuti naqib
Selang beberapa minit mama turun
"Abang apa yang bising sangat ni..siapa balik? Naqib ke?" Tanya mama
Mama datang ke ruang tamu dan nampak naqib berdiri depan papa
"Ha naqib...kenapa datang tak bagitahu?" Tanya mama
Naqib menyalami mak mertua dia
"Ni kawan kawan si wani ni nak tidur sini sebab nak siapkan presentation...sebab tu la" terang naqib
"Jam berapa kawan kawan wani sampai?" Tanya mama
"Dalam jam 4 atau 5" kata naqib
"Ha lambat lagi..ni sempat lagi la kamu makan tengahari dekat sini" kata mama
Naqib angguk dan sengih
"Kamu pergi la dekat meja makan tu..mama dah siap masak dah..tinggal nak hidang je...abang pergi la duduk sana" kata mama dekat naqib dan papa
Mereka berdua angguk dan melangkah ke meja makan, Mama terus ke dapur dan hidang semua lauk diatas meja. Sebaik sahaja mama duduk dekat meja makan wani jerit. Mereka yang dimeja makan toleh pandang wani yang baru duduk dekat meja makan sebelah naqib
"Mama!!" Jerit wani lagi
"Apa kamu ni? Perlu ke jerit jerit?" Marah mama
"Mama buat wani macam tak wujud tahu tak" marah wani
"La mama ingat kamu dah kenyang dengan main hp tu..tu yang mama taknak kacau tu" kata mama
Wani tarik muka, wani nak bangun dari kerusi tu tapi naqib pegang tangan dia supaya wani tak pergi dari situ
"Lepaslah cikgu" marah wani
"Just stay here and eat" arah naqib
"Taknak!! Wani dah kenyang dah dengan main telefon ni!" kata wani yang sempat perli mama dia sambil rentap tangan dia dari pegangan naqib, tapi tak berhasil.
Akhirnya wani berjaya rentap tangan dia tapi malang tidak berbau naqib tarik dia dan dia terduduk atas naqib
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...