-waktu rehat-
Wani dan intan segera keluar dari kelas dan menuju ke kantin
Dalam mereka nak pergi tempat yang jual makanan tu kan tiba tiba tangan wani kena tarik dan dia ikut langkah orang tarik tangan dia
"Wani!!" Jerit intan dan ikut jejak wani
Kini mereka bertiga berada dekat pondok sekolah tu
"Kau nak apa lagi?" Marah wani sebaik sahaja ameer lepaskan tangan dia
"Saya nak minta maaf..tolong la jangan buat saya macam ni" rayu ameer
"Buat kau?? Siapa buat siapa sekarang?? Kau tahu tak menyesal aku suka kau dulu..menyesal tahu tak" marah wani
"Wani ,saya betul betul suka awak" rayu ameer lagi
"Mana bukti kau suka aku?? Yang aku nampak bukti yang kau dah tipu aku...kau dah lukakan hati aku..tu je yang aku nampak..aku tak nampak pun bukti yang kau sayang dan suka aku!!" Tengking wani
Ameer dah terdiam dekat situ
Intan hampiri wani dan lurut belakang wani, Intan tahu yang wani akan buat lebih dari itu.
"Kenapa dulu awak suka saya, awak sanggup tunggu saya? Sekarang baru nampak saya dengan tasha awak dah tak tahan? Ke awak dah suka dekat hilmi tu? Yang awak anggap hero tu" marah ameer pulak
"Ni hal aku dengan kau je!! abang hilmi takde kena mengena dalam hal ni!! dah la now kau dengan aku takde apa apa hubungan..kau nak bercinta dengan tasha ke apa ke kau buat la suka hati kau....aku nak pergi aku lapar" kata wani dan mula nak tinggalkan ameer dekat situ
"Saya tak habis cakap lagi wani!" Panggil ameer
Wani pusing pandang ameer
"Kau nak cakap apa lagi??" Marah wani
"Saya suka awak...pagi tadi awak betul betul dah salah faham...dia yang pegang tangan saya bukan saya yang pegang tangan dia" kata ameer
"Kau nak bodohkan aku apa lagi? Kalau dia pegang tangan kau, kau tak reti lepas ke? Asal kau pun layan pegang tangan dia? Lepastu kau ingat aku tak nampak kau bukan main senyum bila berduaan dengan si tasha tu..dah la aku malas nak pikir apa dah... we break!" Kata wani dan terus tinggalkan kawasan pondok tu diikuti intan
Ameer? Pergi mampus dia la nak buat apa pun. 😂😂😂
Wani dan intan duduk dekat meja kosong dekat situ
"Kau nak makan apa? Aku belikan" tanya intan
Wani geleng
Intan bangun dari kerusi tu dan menuju ke tempat yang jual makanan tu. Intan membeli 2 ketul nugget dan 1 pek sandwich
Lepastu dia duduk depan wani balik, Sandwich dibelinya dia letak depan wani
"Aku taknak makan" kata wani dan tolak sandwich tu
"Kenapa?" Tanya intan risau
"Takde mood" jawab wani selamba
"Wani mak-" ayat intan tak habis bila dia nampak seseorang hampiri mereka
"Wani okey?" Tanya hilmi selepas duduk sebelah wani
Wani pusing pandang hilmi dan angguk
"Kenapa tanya?" Tanya wani
"Abang nampak apa yang jadi tadi, sebab tu tanya to make sure that u was okay" kata hilmi prihatin
"Im totally fine...abang jangan risau" kata wani
"Ni mesti belum makan kan?" Tanya hilmi
"Takde selera dan takde mood" jawab wani
"Makan sikit, ni intan dah belikan sandwich dah...nanti perut tu masuk angin macam mana?" Kata hilmi
"Macam tu la" jawab wani
"Ha menjawab menjawab" kata hilmi dengan sengihan
Mereka tak sedar, ramai dekat situ tengok mereka berdua
"Nah makan" kata intan
"Okey" jawab wani dan capai sandwich tu
Plastik sandwich dibuka dan dia mula makan
-skip-
-sabtu-
Seperti yang dijanjikan pagi sabtu itu wani dan naqib pergi jogging
Kini mereka berdua dalam kereta otw ke taman
Sebenarnya wani taknak pergi tapi disebabkan dia stress dengan ameer yang setiap hari kacau dia, dia pergi jugak jogging bagi tenangkan fikiran dia
"Wani okey tak?" Tanya naqib dan pandang wani sekilas
Wani hembuskan nafas dia dan angguk
"Sure?" Tanya naqib lagi
"Yes" jawab wani
Naqib sengih dan mula parkingkan kereta dia bila mereka dah sampai
"Jom!" Ajak naqib
Wani mula buka seatbelt dan keluar dari pintu
Kemudian baru naqib keluar
Naqib mula lock kereta dia dan laju sahaja Wani dah berdiri sebelah dia
Tanpa lihat kiri kanan, naqib terlebih dahulu melintas manakala Wani masih berdiri dekat tempat sama
Sebelum wani melintas, wani nampak ada sebuah kereta menuju ke arah mereka
Mata wani terus pandang ke arah naqib
"Cikgu!!" Jerit wani dan lari ke arah naqib dan tolak naqib
Kini mereka berdua baring ke atas jalan raya
Wani atas naqib dan tanpa sedar siku wani berdarah sikit
Naqib pulak kepala dia terhentak dekat bahu jalan
Wani terus tengok keadaan naqib
"Cikgu, cikgu!!! cikgu bangun" nangis wani dan kejutkan naqib yang separuh sedar tu
Luka ditangannya dia abaikan dan kini dia 100% tumpuan dekat naqib
Orang awam yang turut jogging dekat situ hampiri mereka
Ada yang call ambulans
Entah kenapa wani menangis dekat situ
-skip-
-hospital-
Siku wani yang berdarah tu dah disapu ubat manakala naqib dimasukkan kedalam wad sebab tak sedarkan diri
Selang beberapa minit seorang nurse hampiri wani
"Nama adik wani?" Tanya nurse tu
Wani segera angguk
"Abang adik nak jumpa" kata nurse tu dan senyum
"Terima kasih" ucap wani dan segera masuk dalam wad naqib
Sebaik sahaja wani nampak naqib Wani terus mengalirkan air mata dia
"cikgu okey?" Tanya wani risau
"Sayang kenapa menangis? Abang okey" kata naqib dengan sengihan sebaik sahaja nampak isteri dia
Wani tersentak dengan apa yang baru dikatakan oleh naqib tadi
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...