14 - marah + lipas + koyak

9K 206 15
                                    

Last last dia dengar wani sebut nama ameer. Semakin marah dan cemburu naqib dibuatnya. Dengan geram, naqib turun dan makan seorang diri

Dalam sedap dia makan, wani turun dan duduk sebelah dia

"kenapa tak panggil wani makan?" tanya wani dan ceduk nasi ke dalam pinggan dia

"ingatkan dah kenyang. Ye la cakap dengan crush kan" perli naqib

"la cikgu cemburu ke?" tanya wani dan gelak

"siapa cemburu?" tanya naqib pulak

"dah la!! cikgu la cemburu..Tapi jangan risau, saya taknak bagi denda sebab cikgu pun dah masak" kata wani dan mula makan

Sebaik sahaja nasi yang disuapnya masuk kedalam mulut dia, kepedasan wani dibuatnya

Wani tak makan pedas dan naqib pulak sebaliknya. Wani capai je air naqib dan terus Tergamam naqib bila wani minum air dia

"cikgu kenapa masak pedas pedas?" tanya wani marah

"siapa suruh makan? Saya tak masak untuk awak pun" kata naqib dan berlalu ke dapur bersama dengan pinggan dia

Ternganga wani dibuatnya

"dahtu cikgu masak untuk siapa?" tanya wani

"cikgu alisya" kata naqib

"ouh ye ke? Nak wani packkan untuk cikgu tak lauk ni?" tanya wani dan buang nasi yang dia ceduk tadi

Seriusly memang pedas dan dia memang akan buang

"tak payah..saya boleh buat sendiri" kata naqib dan mula masukkan semua lauk tu dalam tupperware

Wani basuh pinggan tadi dan keringkan pinggan yang dia basuh tadi

Selesai naqib bungkus lauk pauk itu, dia terus keluar dan naik kereta

"pergi jumpa cikgu alisya la tu" kata wani dan naik atas balik

Sebenarnya naqib ke rumah mak ayah naqib bagi lauk tadi

-skip-

Naqib balik dan di masuk ke dapur

Naqib sangkakan wani akan goreng nugget semua tu sebab wani kalau dah masak memang dapur dia tak akan kemas memandangkan wani buang nasi yang dia masak tadi

Dan naqib memang sengaja masak pedas pedas sebab cemburu dia masih berbekas dalam hati dia.

tapi dapur bersih je....

'budak ni tak makan ke?' tanya naqib dalam hati

Naqib panjat tangga untuk ke tingkat atas dan dia nampak bilik wani dah gelap jadi dia pun ambil keputusan untuk masuk tidur

-skip-

Jam 5 wani bangun dan masuk bilik air

Lampu bilik air dibuka dan membuntang mata wani bila ada 1 makhluk dalam bilik air dia

"Arghhh!!!" jerit wani dan segera keluar dari bilik dia dan laju je kaki ke bilik naqib. Pintu bilik naqib diketuk bertalu talu

"cikgu!!! Cikgu!!" jerit wani sambil ketuk pintu bilik naqib

"kau dah kenapa jerit jerit pagi pagi ni?" Marah naqib sebaik sahaja dia buka pintu bilik dia membuatkan wani takut dengan naqib.

"cikgu tolong ada lipas dalam bilik air" kata wani

"dah tu kau nak aku buat apa?" marah naqib

"cikgu tangkap la dan buang" kata wani

Naqib dengan geram ke bilik wani dan ambil air siram lipas tu sampai lipas tu masuk dalam lubang bilik air tu

[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now